23 September 2010

Tip Mudah Melabur Saham di Bursa Malaysia



Entri kali ini berbeza dari entri-entri yang sebelumnya. Ini kerana mulai hari ini saya akan memulakan satu segmen baru iaitu segmen pengurusan kewangan dengan penekanan kepada pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Walaupun selama ini dalam blog ini anda banyak mendapat pengisian dalam perihal kehidupan namun kali ini saya akan menambahkannya dalam sudut pengurusan kewangan pula.

Ini kerana dalam kehidupan moden ini kita bukan sahaja perlukan keperluan dan keseimbangan dalam aspek Rohani, Jasmani dan Akal semata-mata namun keperluan kewangan juga merupakan salah satu elemen yang penting. Tanpanya ia boleh memporak perandakan perjalanan sebuah kehidupan.

Banyak yang bakal saya kongsikan dengan anda dalam segmen ini dan semuanya melibatkan kewangan. Baik dari sudut penggajian, perniagaan , pelaburan dan sebagainya.

Baiklah mungkin anda ingin tahu apakah kelayakan saya untuk mengisahkan semua ini. Untuk pengetahuan anda saya memilik Diploma Pelaburan Saham dari UITM Shah Alam dan kemudiannya menyambung pengajian dalam peringkat Ijazah di University of Nebraska Lincoln di Amerika Syarikat dalam bidang yang sama.

Kemudian saya telahpun berkecimpung dalam bidang saham ini selama 14 tahun mulai dalam tahun 1996. Sepanjang masa itu banyak yang telah saya pelajari hinggalah akhirnya saya dikurniakan ilmu akan bagaiman untuk melabur dalam pasaran saham ini dan mengaut keuntungan darinya. Maka ilmu inilah yang bakal saya kongsikan pada anda semua.

Sebenarnya ramai orang kita yang tak tahu mengenai saham, ada yang tahu dan melabur tetapi mengalami kerugian kerana mereka tak punya ilmu melabur. Apapun saya juga mengalami keadaan yang serupa ketika belajar dahulu namun keadaan adalah lebih baik sekarang kerana dewasa ini saya telah celik akan ilmu saham ini dan tahu saham manakah yang punya asas yang kukuh bagi tujuan pelaburan yang menguntungkan. Keberangkalian membuat keuntungan dan meningkatkan kemewahan buat semua pelanggan semakin baik. Syukur Alhamdullillah.

Pun begitu sepertimana prinsip yang telah saya sampaikan dalam blog ini, maka di sini saya akan menyampaikan apa yang saya tahu kerana sebenarnya masih banyak yang perlu saya baiki dan pelajari bagi mencantikkan lagi ilmu kewangan ini.

Harapan saya semoga ada yang mendapat manfaat daripada tulisan-tulisan bisu ini yang kemudiannya diterjemahkan kepada keuntungan kewangan dan kenaikan taraf kehidupan. InsyaAllah.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.