25 September 2010

TIP # 1 - Membuka Akaun Saham Di Bursa Malaysia



Memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia :

Bagi warganegara Malaysia ;

1.   Kita perlukan salinan kad pengenalan
2.   Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuan untuk menyimpan saham tersebut.)
3.   Buka akaun trading dengan broker / remisier yang terlibat.
4.   Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.

Tambahan ;

5.   Anda juga boleh juga membuka akaun untuk menjalankan transaksi melalui internet mahupun bagi pasaran global.

Sekiranya anda perlukan khidmat saya sebagai perunding portfolio pelburan anda, hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau 03 7625 9033. InsyaAllah saya akan membantu.

Modal permulaan

Modal permulaan terpulang kepada anda. Ia bergantung kepada nilai tabungan anda. Di sini tidak digalakkan melabur saham dengan menggunakan modal yang dipinjam dari bank dan sebagainya. Anda boleh memulakan pelaburan saham dengan modal yang sekecil RM500.00 sekalipun tetapi keadaan ini akan menyebabkan kita hanya dapat membeli saham berharga rendah yang selalunya terdiri daripada syarikat yang kurang baik. Pada saya bermula dengan modal RM5000.00 adalah lebih baik kerana ia bakal memberikan kita lebih kebebasan dalam memilih saham bagi tujuan pelaburan.

Apapun saya sarankan jangan gunakan kesemua duit tabungan anda sekaligus pada satu masa, ini kerana kaedah dollar cost averaging adalah iaitu membeli saham dari satu fasa kepada satu fasa yang lain adalah jauh lebih baik.

Kaedah Dollar Cost Averaging ini akan saya huraikan dalam artikel yang lain nanti. InsyaAllah.

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Saya cuma tahu apa yang saya tahu dan tak tahu apa yang saya belum tahu. Kalau anda lebih tahu harap beritahulah.

Sekian dulu,

Faizal Yusup
Stockbroker
Hp no 012 654 0130

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.