22 September 2010

Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains.



 Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Rujukan: Halaqah.Net

Dipetik dari ILoveIslam.net

Sebagai tambahan...

Sebagai seorang Islam;

·         Kalau tak boleh melakukan tindakan, kita boleh berfikir kalau kita tak ada apa yang hendak difikirkan maka hendaklah kita berzikir.

Bandingkan pula bagi orang lain dalam sistem sekular;

Kalau tak boleh melakukan tindakan, mereka boleh berfikir, kalau ada apa yang hendak difikirkan? Mereka menyanyi agaknya. Janganlah kita jadi seperti mereka. Okay!

·         Sesungguhnya berfikir sesaat itu adalah lebih baik dari berzikir sepanjang malam.

·         Zikir yang paling baik ialah zikir Laaillahaillallah... zikir akhirat, zikir tauhid.
 - (tekan pada photo untuk mengetahui kelebihannya)

·         Berzikir dapat menjernih dan membersihkan hati.

·         Hati yang bersih akan dicerminkan dengan kebaikan akhlak luaran seseorang itu. Ia akan mengeluarkan perbuatan, pemikiran, kata-kata dan tingkah laku yang baik.

·         Hati yang bersih memudahkan kemasukan ilmu dan menyebabkan ilmu menetap di dalamnya.

Oleh itu ahli zikir adalah juga ahli ilmu.

·         Hati yang bersih akan menajamkan mata hati untuk melihat kehidupan serta menghubungkaitkannya dengan yang Maha Kuasa.

·         Berzikir merupakan pertahanan jiwa yang baik. Ia mengelakkan diri dari dimasuki anasir-anasir yang tak baik. Berzikirlah walaupun kita sedang menonton atau bermain bolasepak.

·         Hati yang berzikir adalah hati yang tenang...

·         Dan banyak lagi kelebihannya. Mulalah berzikir sekarang! Mengingati Allah tatkala duduk berdiri dan baring pasti akan membawa kebaikan kepada anda. Percayalah.

Kaedahnya ;


Belilah hand counter dan gunakannya saban hari, percayalah lambat laun ia akan menjadi tabiat dan satu hari nanti hati anda akan berzikir tanpa disedari. Saat itu hadiahkanlah hand counter itu kepada orang yang terdekat dengan harapan mereka juga bakal menjadi ahli zikir. InsyaAllah.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.