05 September 2010

Iktibar Dari Kisah Mangkuk Kayu



Iktibar dalam topik kali ini sebenarnya pernah disiarkan dalam iklan di televisyen namun demikian ia dalam versi yang sedikit berbeza.

Kisahnya begini.

Seorang lelaki tua telah pergi untuk tinggal dengan anak, menantu, dan cucunya yang berumur empat tahun. Tangan lelaki tua itu menggeletar, penglihatannya kabur dan langkahnya tersangkut-sangkut.

Pada mulanya keluarga itu makan bersama di meja makan. Tapi tangan gementar lelaki tua menyebabkan makan juga merupakan satu tugas yang sukar. Air tertumpah, makanan jatuh ke atas meja, atas baju dan lantai. Sudu dan garpu terlepas dari tangan dan sebagainya.

Keadaan yang berlarutan ini membuatkan anaknya dan menantunya memandangnya dengan perasaan yang geram dan marah. Telah beberapa gelas dan pinggan yang pecah disebabkan orang tua yang uzur itu.

"Kita harus melakukan sesuatu tentang ayah," ujar anaknya.

"Saya dah tak tahan melihat susu dan makanan yang tumpah, dan mengemaskan sisa makanan di lantai." Sambungnya lagi.

Jadi, mereka bersetuju meletakkan meja kecil di satu sudut. Di sana, Orang tua itu makan sendirian sedangkan keluarganya menikmati makan malam. Bagi mengelakkan mangkuk dan pinggan pecah, makanannya disajikan di dalam sebuah mangkuk kayu.

Ketika keluarga memendang ke arah orang tua itu, kadang-kadang dia sedang mengalirkan air mata di saat dia duduk sendirian. Namun, kata-kata pasangan itu hanyalah pendangan tajam sebagai amaran ketika dia menjatuhkan sudu atau menumpahkan makanan.

Dalam diam cucunya yang berumur empat tahun itu menyaksikan semua ini. Pada satu malam sebelum makan malam, si ibu dan ayah melihat anaknya itu bermain dengan potongan-potongan kayu di lantai.

“Adik tengah buat apa tu?” Tanya ayahnya.

"Oh, Adik tengah buat mangkuk kecil bagi Papa dan Mama makan makanan bila saya besar nanti”. Budak kecil itu tersenyum dan kembali bekerja.

Kata-kata itu menyiat-yiat hati kedua orang tuanya itu sehingga mereka tergamam tak dapat menungkapkan kata-kata. Kemudian air mata mula mengalir di pipi mereka. Meskipun tidak ada kata yang diucapkan, mereka seakan sama-sama tahu apa yang harus dilakukan.

Malam itu si suami pergi mendapatkan bapanya dan dengan lembut membawanya kembali ke meja keluarga.

Sejak itu mereka tak lagi bersungut andai makanan tumpah mahupun pinggan pecah dan bila bersekempatan mereka akan menyuapkan makanan kepada orang tuanya itu.

“Kedua ibubapa boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dalam menjaga ibubapanya.”

Kesimpulan dari kisah ini ialah ingatlah yang kita semua akan menjalani perjalanan kehidupan yang serupa. Semasa kecil dan tak bermaya maka kedua ibubapa kita yang membantu memelihara kita sehingga kita menjadi besar dan kuat menjelang remaja dan dewasa. Namun ini tak lama kerana seterusnya kita akan menjadi tua dan hilang keupayaan itu dan ini. Seakan kita kembali menjadi bayi. Tubuh menjadi tak bermaya, kita sakit dan nyanyuk.

Ingatlah yang muda akan tua, yang hidup akan mati, yang lama diganti baru silih berganti. Ini adalah lumrah kehidupan. Oleh itu hargailah kedua orang tua kita kerana satu hari nanti kita juga akan menjadi tua dan tak bermaya.

Sebenarnya Allah memberi peluang untuk kita berbakti kepada kedua orang tua kita tatkala mereka sakit dan tidak bermaya. Dia memberikan ganjaran yang banyak bila kita memelihara dan menjaga mereka. Namun demikian kebelakangan ini ramai anak-anak yang menghantar orang tuanya ke rumah-rumah kebajikan kerana merasakan yang ibu mahupun bapa mereka itu membebankan. Apapun ingatlah yang anda juga akan menjadi tua dan keadaan yang sama juga akan terjadi pada anda sepertimana dalam kisah mangkuk kayu yang dipaparkan tadi.


Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.