15 September 2010

Kenapa Perempuan Mandi Lama-Lama



Saya ada terbaca sebuah entri di sebuah blog mengenai tajuk di atas yang ingin saya sentuh.

Dalam entri itu penulis menceritakan tentang pelbagai produk yang harus digunakan hanya untuk mandi. Nak belek muka, belek badan, sabun, syampoo, conditioner, scrub, pencuci muka, losyen dan lain-lain. Semua ini mengambil masa lebih 30 minit. 


·         Consumerism iaitu penciptaan produk telah menyebabkan membersihkan badan ini menjadi lebih lama kalau dibandingkan dengan satu ketika dahulu. Kita hanya menguntungkan pengeluar produk-produk ini. Kita habiskan duit untuk kecantikan luaran tapi kita tak mahu keluarkan duit untuk mencantikkan diri dalaman dengan membeli buku-buku ilmu dan sebagainya. Kalau dulu hanya ada sabun untuk semua perkara,  sekarang dah ada berjenis produk untuk rambut, gigi, lidah, gusi, muka, badan, anu, mata dan sebagainya Maka di masa akan datang akan ada produk untuk telinga, lubang hidung, perut, pusat dan segala macam yang lain. Perlukah menghabiskan duit dan masa untuk semua ini?

·         30 minit sekali mandi 1 jam sehari untuk mandi pagi dan petang. Maknya kalau kita hidup 60 tahun maka kita akan habiskan dua setengah tahun hanya untuk mandi.

·         Membazir itu sifat syaitan dan mandi lama-lama sudah pastinya akan membazirkan air. Nabi pernah mengatakan yang kita boleh bazirkan walaupun kita mengambil wuduk dengan air sungai yang mengalir.

·         Ketahuilah Nabi SAW hanya membersihkan diri sekali sehari dengan menggunakan masa yang singkat kerana ada perkara yang lebih penting dan utama untuk dilakukan.

·         Ingatlah orang dahulu melakukan banyak perkara / perkara yang besar dalam masa yang singkat sedangkan orang sekarang melakukan perkara yang kecil / sedikit perkara dalam jangkamasa yang lama. Mandi lama-lama perkara penting dan besar ke?

·         Mandi dan membersihkan diri ini adalah perkara Harus. Bukankah lebih baik kita gunakan masa itu untuk perkara yang Wajib dan Sunat. Demi masa manusia dalam kerugian. Lebih baiklah gunakan masa untuk menyampaikan yang benar dengan sabar daripada menggunakan untuk mandi lama-lama.

·         Bilik air dan jamban adalah tempat duduk syaitan. Sebaiknya kita masuk dan keluar secepat mungkin. Tunaikan hajat dan keluar. Tak perlukan lakukan perkara lain. Agaknya duduk dalam bilik air lama-lama ni sebab nak berkawan dengan Syaitan kot? Persoalannya duduk di bilik air lama-lama boleh tapi bila di masjid dan tempat ilmu macam cacing kepanasan pulak. Tak sabar-sabar nak keluar.

·         Seterusnya bukankah entri sebegini hanya berkempen dan mengajak orang lain dengan menganjurkan mandi lama-lama? Kita menulis tanpa berfikir apakah implikasinya kepada pembaca.

Cuba fikirkan akan apakah yang paling baik, paling utama dan yang paling bernilai untuk kita lakukan dengan masa yang dikurniakan Allah kepada kita itu. Isikanlah dengan perkara atau tindakan yang paling tinggi nilainya!

Kalau nak difikirkan tahap ibadah manusia berdasarkan keutamaannya adalah begini ;

  • Ibadah tahap Nabi iaitu menyampaikan yang benar, berdakwah, menyebarkan syiar Islam dan sebagainya. Menyampaikan kebenaran dengan kesabaran.

  • Ibadah tahap Khalifah iaitu ziarah menziarah, bertoleransi, tolong menolong dll.

  • Ibadah tahap Malaikat iaitu ibadah-ibadah ritual bertasbih, bertahmid, puasa, solat, berzikir dll

  • Ibadah tahap Binatang iaitu makan, minum, tidur, membersihkan diri (mandi), cari makan dan sebagainya.

Dahlah. Jangan buang masa kerana banyak perkara lain yang lebih baik untuk kita buat sebagai insan yang singgah di mukabumi ini dalam jangkamasa yang singkat lebih kurang 25,000 hari ini. Objektif mandi ialah untuk membersihkan diri. Kebersihan anjuran ugama namun demikian dalam masa yang sama kepentingan pengisian masa juga dianjurkan ugama. Menggunakan lebihan 10 minit masa mandi untuk berdakwah pastinya lebih baik nilai pengisiannya. Jadi mandilah cepat-cepat sikit!

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.