25 September 2010

Tip # 2 - Efek Kompaun – Compounding Effect



Tip# 2 – Tip Mudah Melabur di Bursa Malaysia.
Efek Kompaun – Compounding Effect

Pelaburan saham tidaklah semudah yang kita sangkakan. Ia bukan hanya dengan adanya modal kita kemudiannnya membeli saham tanpa menganalisanya. Selain kuasa memegang dan kesabaran, kita perlukan kaedah yang tepat untuk mendapat keuntungan.

Dari pengamatan saya sebenarnya ramai pelabur yang memulakan portfolio saham tidak mempunyai ilmu yang cukup. Kita tak tahu apa-apa, cuma ada duit dan membeli saham dengan cara yang sembrono sesuka hati sahaja. Analoginya seperti memasuki hutan tanpa membawa peralatan dengan mata yang tertutup di malam hari. Risiko untuk sesat sangatlah tinggi. Inilah sebabnya kenapa kita banyak dengar mereka yang mengalami kerugian. Terus terang saya juga dahulu begitu namun lama kelamaan dangan inzin Allah Taala saya semakin faham dan semakin celik dalam perihal saham ini.

Namun belumlah boleh dikatakan yang saya ini seorang pakar. Saya cuma kongsikan apa yang saya tahu dengan harapan ia boleh membantu memberikan serba sedikit kefahaman kepada anda bagi mengalakkan kesalahan-kesalahan yang pernah saya lakukan.

Apapun untuk pengetahuan anda Kebarangkalian untuk menjana keuntungan adalah dengan menggunakan Kaedah Analisis Asas dan Analisis Kewangan ( Financial / Financial Analysis ). Terus terang dari kajian sejarah Kaedah Carta atau Analisa Teknikal pasti akan lambat laun merugikan. Ini kerana Kaedah FA digunakan secara meluas oleh semua institusi kewangan jadi kita akan membeli saham yang mereka beli iaitu saham yang kuat dan utuh kedudukan kewangannya. Namun demikian kaedah carta boleh juga membantu serba sedikit dalam menganalisis pergerakan / kelakuan harga saham.

Sedikit huraian mengenai Efek Kompaun. Jika kita berjaya menghasilkan keuntungan 15% setiap pada tahun dengan bermodalkan RM100 ribu, maka kita boleh mendapat 1.64 juta selepas 20 tahun, malah dengan modal 50 ribu, selepas 20 tahun, kita masih boleh mendapatkan RM818 ribu.

Contoh: -

50,000 x 1.15     = 57,500 tahun pertama
57,500 x 1.15     = 66,125 tahun kedua
66,125 x 1.15     = 76,043 tahun ketiga
Dan begitulah seterusnya...

20 tahun kemudian = 818,000

Jadi mulakan dari sekarang, jadilah pelabur yang bijak!

Berusahalah seperti kita akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah seperti kita akan MATI esok hari.

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Saya cuma tahu apa yang saya tahu dan tak tahu apa yang saya belum tahu. Kalau anda lebih tahu harap beritahulah.

Sekian dulu,

Faizal Yusup
Nak tahu lebih lanjut hubungi saya
012 654 0130

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.