07 Mac 2011

Kejutan Budaya / Kamban System


KAMBAN METHODOLOGY

Saya baru sahaja sebulan berpindah dari pejabat Kenanga Investment Bank Berhad, Lot 240, Second Floor, The CURVE, Mutiara Damansara 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Biasalah bila kita tiba ke pejabat baru maka banyaklah variables yang berlainan yang perlu kita biasakan. Kalau dahulu bilik kita besar sekarang ia menjadi kecil, tempat kerja kita menghadap tandas, aircondnya yang terlebih sejuk, air teh nya yang kurang sedap, jauh dari stesyen LRT, tiada tempat makan dan banyak lagi rungutan-rungutan yang bakal didengar disebabkan disorientation atau perubahan yang jauh dari kebiasaan ini. Sebenarnya ini semua satu perkara biasa. Pada saya semua ini tak penting kerana lambat laun semua ini lama kelamaan bakal menjadi kebiasaan.

Dalam hal ini manusia lebih suka fokus kepada perkara yang negatif tetapi tidak pula melihat kepada yang positif. Pertamanya tempatnya baru dan canggih, dahulu tiada surau sekarang sudah ada surau di tingkat atas, kalau dahulu tiada tea lady sekarang sudah ada tea lady dan sebagainya. Fokus kepada semua yang positif ini pada saya adalah lebih baik. Ia dapat mengelakkan kita rasa tertekan atas sebab-sebab yang tak perlu.

Analoginya begini;

Kita pergi ke restoran pertama kita nampak yang ianya kotor, kita pergi ke restoran kedua kita nampak yang pelayannya lewat, kita pergi ke restoran ketiga kita dapati makanannya tak sedap sedangkan pada masa yang sama kita tak fokus kepada pelayan yang cantik dan makanan yang sedap di restoran yang pertama, kita tak nampak hiasan dalaman dan kebersihan di restoran yang kedua dan kita tak nampak servisnya yang cepat serta pinggan manggkuknya yang cantik di restoran yang ketiga. Boleh fokus kepada keburukan dengan tujuan untuk memperbaikinya tetapi adalah lebih baik kita fokus kepada kebaikan dan mengambil iktibar darinya. Mungkin semua ini akan menjadi berguna bila kita membuka restoran kelak.

Saya pula akan hanya cuba membaiki perkara yang menjejaskan perniagaan contohnya ketiadaan talian internet ataupun masalah telefon dan perkara penting yang lainnya. Dalam analogi restoran tadi saya akan memastikan makanan yang dimasak sedap, servisnya cepat dan layanannya baik. Ini terlebih dahulu. Kenapa?

Sebab kalau kita lihat banyak juga gerai kecil yang kotor dan tak terurus tapi pelanggannya begitu ramai dan maju. Ini kerana mereka mempunyai makanan yang sedap. Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru contohnya. Mereka tetap ada pelanggan yang ramai hingga kini walaupun susun aturnya tetap sama ala-ala kadar sahaja sehingga kini.

Pada saya mereka yang dapat mengadaptasi atau menyesuaikan diri dengan keadaan dengan cepat maka merekalah yang lebih beruntung kerana mereka akan dapat meneruskan langkah perjalanan kehidupan dengan lebih lancar tanpa masalah yang bakal menarik diri kita ke belakang.

Apapun ini bukanlah isu utama yang ingin saya sampaikan dalam artikel kali ini. Isu utama semenjak perpindahan di sini ialah ia mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak langkah perjalanan saban hari untuk ke sana dan ke sini bagi menyelesaikan sesuatu urusan.

Saya yang berada di tingkat bawah terpaksa naik ke tingkat dua hanya untuk pergi membuat salinan photocopy. Kemudian mesin photocopy itu pula jenis yang sukar dikendalikan. Kemudian, kalau nak jumpa Pegawai Kawalan Kredit pula saya kena naik ke tingkat 4 dan di situ terpaksa pula menunggu di pintu depan dengan harapan ada sesiapa yang hendak masuk mahupun keluar. Ini kerana saya tak punya pas untuk masuk ke dalam pejabat tersebut. Tak cukup dengan itu bila hendak keluar sekali lagi saya terpaksa menunggu seseorang mengimbas pas mereka kerana tiada suis yang disediakan. Dan banyak masalah yang lainnya.

Sebenarnya satunya semua ini membuang masa dan kalau kita kira blok masa dalam setahun maka kita akan dapati kita sudah menghabiskan begitu banyak masa dan tenaga untuk naik dan turun menunggu dan menanti. Kemudian kalau kita kira langkah yang yang kita ambil untuk ke sana dan ke mari maka saya yakin secara totalnya kita mengambil jarak berkilometer dalam masa setahun. Sebenarnya ia jelas menunjukkan mereka yang mengatur semua ini tidak faham akan semua yang saya perkatakan ini.

Meletakkan satu mesin photocopy dan water dispenser berdekatan dengan tempat kami bekerja akan menjimatkan masa kerja maka dapatlah kami lebih masa untuk fokus kepada pasaran saham mahupun melayan pelanggan.

Kemudian, meletakkan suis untuk ditekan semasa keluar juga pasti akan menjimatkan masa. Kedudukan pegawai-pegawai yang penting yang ditugaskan berdekatan pula pastinya akan membolehkan sesuatu urusan itu dijalankan dengan mudah cepat dan pantas. Begitu jugalah dalam hal-hal yang lain.

Apapun saya bukanlah hendak merendah-rendahkan pejabat tempat saya mencari rezeki. Saya cuma memberi pandangan akan kebaikan yang boleh dilakukan untuk diambil iktibar kepada sesiapa sahaja yang dijodohkan dengan artikel ini. Semua ini sebenarnya dijalankan oleh orang-orang Jepun dalam Sistem Kanban yang bagi tujuan pengilangan mereka. Ia menjadikan pekerja mereka lebih efisien dengan menggunakan masa dan tenaga di tempat yang perlu dan bukannya untuk menunggu, menanti, berjalan dan sebagainya.

Fikir-fikirkanlah...

Oh ya! Ada dua tiga orang yang melanggar cermin pintu depan kerana mereka tak nampak cermin baru yang jernih itu.

Sekian dahulu... Faizal Yusup mengundur diri.

' style='padding: 0; border: none;'/>

03 Mac 2011

Tekanan Mental, Tekanan Fizikal, Tekanan Organ?



OTAK / MENTAL

Sebelum ini saya pernah bertemu dan mengendalikan beberapa kes mereka yang stress dan tak dapat tidur. Pada saya stress ini disebabkan oleh masalah yang mengunung dalam diri dan mereka itu tak tahu dan tak dapat mencari jalan keluar untuk meredakan masalah yang mereka hadapi itu. Tekanan kerja, tekanan hidup, tekanan perhubungan dan pelbagai tekanan lagi.

Seperti yang pernah saya terangkan dalam artikel-artikel yang terdahulu dalam aspek menangani masalah dan stress ia seakan paip air yang lalu yang tak punya jalan keluar maka lambat laun ia akan penuh dan meletup. Kalau takpun analogi air dalam gelas yang telah penuh juga boleh digunakan.

Bila air ini penuh maka otak tak dapat lagi berfungsi dengan betul jadi kegelisahan atau anxiety mula melanda, perasaan takut yang berterusan, tak dapat tidur, jantung yang berdegup kencang, fikiran yang tak boleh berhenti berfikir, masalah pening kepala yang berat atau migrain dan pelbagai masalah lagi.   

Yelah mana taknya lawak pula bunyinya bila seorang kaunselor motivasi yang menyampaikan pengisian pengurusan tekanan atau stress management yang tak dapat mengawal tekanan bila ia kena pada dirinya sendiri. Memang ada kes yang pernah saya dengar begitu namun terus terang saya tak punya masalah ini dan episod masalah jantung yang saya hadapi tempohari kemungkinan besar tak ada kena mengena dengan stress atau yang melibatkan otak. Kalau adapun mungkin sedikit.

Semua ini adalah petanda stress atau tekanan mental yang melampau dan terus terang kebanyakan sintom ini tiada pada saya.

Setakat hari ini saya boleh tidur dengan nyenyak pada bila-bila masa walau dimana-mana saya berada, tiada rasa resah gelisah mahupun migrain yang melampau. Yang ada hanyalah degupan jantung yang tak betul iramanya atas kehendak Allah Taala.

Bila saya fikirkan kemungkinan masalahnya ialah satu.

FIZIKAL / TUBUH BADAN

Saya ni jenis honey bee atau lebah yang mencari madu. Saya seorang yang tak suka buang masa dan saya seorang yang sangat kurang tidurnya. Ini kerana sebelum dimasukkan wad tempohari saya bekerja siang dan malam. Mula bangkit jam 6 pagi dan bekerja sehingga jam 2 atau jam 4 pagi setiap hari. Di siang hari bekerja sebagai seorang remisier yang menjalankan transaksi saham yang pastinya mencabar, Untuk pengetahuan anda saya tinggal di Nilai, Negeri Sembilan dan bekerja di Petaling Jaya, satu pejalanan yang jauh untuk pergi dan balik kerja saban hari buat seorang yang telahpun berumur 41 tahun. Kesesakan jalanraya tak payah nak ceritalah.

Kemudian pulang ke rumah untuk membuat analisis saham untuk keesokan harinya dan seterusnya kesempatan yang ada saya akan gunakan untuk menulis buku mahupun mengemaskinikan blog. Kadangkala saya dah terlelap dengan kepala yang terlentuk depan komputer jam 2:30 pagi. Sepatutnya saya naik tidur tetapi saya meneruskan kerja dan adakalanya saya tak tidur kerana ilham menulis yang sampai menyebabkan saya meneruskan penulisan. Sekarang saya dah tahu yang sepatutnya saya berhenti menulis dan tidur. Saya bukan muda lagi dan saya rasa badan saya tak mampu meneruskan aktiviti dan produktiviti yang berterusan dan berlebihan begitu. Walau otak saya kata BOLEH namun mungkin badan saya TAK BOLEH menerimanya dan dugaan yang saya terima baru ini mengejut dan menyedarkan saya akan semua ini.

Badan, otak, organ dalaman diri saya juga perlu berehat. Lagi lama saya menggunakannya lagi teruklah mereka semua bekerja. Mereka tak cukup berehat dan masa tidur selama 2-3 jam itu tak mencukupi buat mereka memulihkan diri dan tubuh badan saya. Jadi saya rasa mulai sekarang saya perlu menjaga semua ini agar episod yang sama tak lagi berulang dengan keizinan Allah Taala.  

Apapun ini semua hanyalah andaian saya kerana ia juga mungkin ia atas sebab musabab lain.

Kita perlu ingat Allah Taala menjadikan siang untuk kita bekerja dan malam untuk berehat dan kalau kita melakukan yang tak normal maka mudaratlah yang bakal kita terima.

Saya harap garapan kali ini boleh membantu anda mengenali masalah yang anda hadapi.

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

KESEIMBANGAN DAN DUGAAN KESIHATAN


Semasa di hospital, terdapat banyak kes yang boleh dilihat maka FY tak mahu melepaskan peluang untuk bertanya demi untuk membuat kajian dan mengambil sedikit iktibar dari apa yang mereka jalani.

Seorang pakcik lingkungan umur pencen yang menghidap penyakit kencing manis mengatakan yang dia hantu pulut dan boleh makan sebatang lemang sekali hadap dan seorang pemuda bujang berumur 30 tahun juga menghadapi masalah kencing manis kerana telah mula minum lebih kurang 10 gelas air manis sehari semenjak di bangku sekolah rendah. Kini dia terpaksa menyuntik insulin dalam tubuhnya kerana organ pankreasnya yang sudah bermasalah.

Kalau difikirkan dalam hal penyakit ini juga pada saya ada ukurannya. In kerana Allah ada mengatakan yang Dia menjadikan sesuatu itu dengan ukuran yang tertentu. Kalau kita makan dan minum benda yang manis terlalu banyak dan berterusan untuk satu jangkamasa yang panjang maka saya yakin penyakit kencing manis akan datang hinggap.

Kalau kita makan makanan daging, telur, berminyak dan sebagainya pula kita akan dihinggapi dengan masalah kolesteral dan seterusnya meningkatkan tekanan darah lantas menyebabkan kita dihinggapi masalah darah tinggi dan jantung. Sebenarnya satu serving makanan kita yang disarankan para doktor sebenanya kecil tapi bila kita makan nasi dan lauknya menggunung di dalam pinggan kemudian siap boleh tambah lagi 2-3 kali.

Sunnah Rasullullah SAW dalam hal ini ialah untuk makan bila perlu, makan hanya dengan satu lauk, makan sebelum mahgrib kecuali di bulan Ramadhan, makan 1/3 isi, 1/3 air dan 1/3 lagi udara. Berhenti sebelum kenyang, makan dengan 3 jari, makan dengan mengunyah 40 kali supaya makanan senang hadam, makan dengan cara duduk yang melipat perut agar tidak diisi terlalu banyak, makan berjemaah, berpuasa sunat dan sebagainya. Namun tak satupun yang kita ikuti agaknya kecuali membaca doa makan.

Mana taknya kita makan tak kira masa hinggakan masa nak tidurpun kita masih mahu keluar ke kedai mamak untuk supper. Makan dengan mencampurkan pelbagai lauk, makan hingga kenyang kalau boleh nak isi ke buku lali. Jarang nak berpuasa kecuali di bulan Ramadhan malah dalam bulan Ramadhan pun ramai yang ponteng puasa. Kemudian semua kalori itu pula tak keluar kerana kita jarang bersenam hanya duduk di depan komputer saban hari tak seperti datuk nenek moyang kita yang bekerja kuat secara fizikal mengeluarkan titik peluhnya saban hari.

Akhirnya apa terjadi? Anda pun tahu jawapannya. Ke hospitallah jawabnya. Sebab dah makan dalam ukuran yang berlebihan. Kalau di awal kehidupan kita boleh makan dengan banyaknya namun demikian di penghujung kehidupan kita terlantar tak boleh nak makan lagi, kena pantang itu dan ini.

Apapun fikir-fikirkanlah...

Saya Faizal Yusup mengundur diri..

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

02 Mac 2011

FAIZAL YUSUP SAKIT JANTUNG?


Buat pertama kalinya sejak 41 tahun hidup di muka bumi ini FY dimasukkan ke dalam wad. Selalunya FY yang pergi menziarah saudara mara dan rakan taulan dan kali ini sebaliknya berlaku dan ia adalah satu pengalaman yang berbeza.

Apapun mungkin anda tak tahu sebab kenapa FY di masukkan ke dalam wad. Sebabnya FY ada masalah JANTUNG... Organ utama dalam tubuh seseorang manusia!

Malam Sabtu lepas entah kenapa selepas makan malam ayam golek dara, tiba-tiba dada terasa sakit dan jatung itu berdentum dentam tak menentu. Kepala terasa pening dan sukar untuk berdiri kerana badan terasa lemah. Selepas menelefon seorang kenalan doktor, dia menyarankan FY pergi ke hospital.

Setibanya di hospital terus dimasukkan ke unit rawatan kritikal kerana doktor mengandaikan FY diserang STROKE dan seterusnya ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Apapun mereka berjaya menstabilkan degupan jantung FY dan pemeriksaan seterusnya tidak menemui apa-apa masalah.

Tekanan darah – normal,
Echo – normal
Gula – normal
Kolesteral – normal dan begitu jugalah seterusnya.

Akhirnya mereka membuat keputusan yang ianya hanyalah merupakan SATU episod. Satu episod yang tak dapat dipastikan lagi sebabnya, satu episod yang mungkin akan membawa kepada episod-episod yang seterusnya. Pun begitu FY harap ia akan dapat dielakkan. Apapun 3 temujanji yang akan datang mungkin akan dapat mengenalpasti puncanya.

Berikut adalah jawapan FY kepada soalan doktor...

Ada cirit birit?
Tak ada
Ada muntah?
Tak ada
Ada rasa nak pitam / pengsan?
Tak ada
Ada pening kepala?
Ada, sedikit
Ada merokok?
Dah lama berhenti?
Ada minum
Tak ada
Ada ambil apa-apa supplement?
Tak ada
Ada ambil ubat tradisional?
Tak ada
Ada bersenam?
Ada

Apapun pada FY ini adalah “calling” dari Allah Taala untuk mengingatkan FY tentang banyak perkara antaranya ;

·         Banyakkan amalan
·         Berpuasa
·         Kurangkan makan
·         Banyakkan bersenam
·         Lebihkan rehat

Dan lain-lain lagi. Yelah apa yang penting ialah untuk kita mengambil iktibar atas semua peristiwa dan dugaan yang menimpa diri kita.

Apapun terus terang FY rasa masih terlalu awal untuk pergi kerana pada FY masih banyak yang perlu disampaikan, masih banyak yang perlu dilakukan dan masih banyak matlamat yang hendak dicapai namun ini semua ketentuan Allah Taala. Kalau masanya telah tiba maka tidak sesaat yang mampu ditambah mahupun mampu dikurangi.

Apapun ketentuannya FY redha.

“Perumpamaan seorang mukmin ialah seakan seekor unta yang patuh. Kalau disuruh duduk maka dia akan duduk.”

Sekian dulu buat kali ini. FY mengundur diri.

Kepada pengunjung blog ini dan mereka yang dijodohkan Allah dengan artikel ini, doakan FY sihat ye... Terima kasih saya amat menghargai doa kalian. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

www.faizalyusup.com

' style='padding: 0; border: none;'/>