05 Februari 2013

Itulah TakdirNya...

Assalamualaikum semua...  

Tanggal 1 Februari 2013, Nenek FY sebelah bapa telah pergi kembali ke Rahmatullah. Nenek Kidah binti Md Amin ini merupakan nenek yang menjaga FY semasa dilahirkan di Rumah Sakit Daerah Batu Pahat, Johor pada 2 Mei tahun 1970. Pada masa itu ibu FY berpantang di rumah yang terletak di Kamping Istana, Batu Pahat. Beliau menjaga kami umpama menatang minyak yang penuh pada ketika itu.

Namun Allah lebih menyayangi beliau dan ada hari tersebut beliau kembali ke Rahmatullah. FY doakan semoga roh Allahyarhammah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah Taala. Berikut ini adalah nukilan Pak Anjang FY - Dr Ismail bin Haji Jamal teristimewa buat nenek yang FY kasihi itu.


FY sepatutnya berada di sini, bersama untuk upacara pengkebumiannya namun susunan Allah Taala tidak mengizinkan kerana FY terpaksa menjalankan seminar saham yang telah dirancangkan jauh lebih awal. Kepada Pakcik Makcik serta saudara mara yang lain, kemaafan yang FY pohon kerana tidak dapat hadir bersama.

Majlis Pengkebumian nenek FY di Presint 20 Putrajaya pada tengahari hari Sabtu 2 Februari 2012...
Inilah hakikat kehidupan, kita manusia hanya bisa merancang namun Tuhan yang Maha berkuasa untuk menentukan. Kita tak boleh berada di 2 tempat pada satu masa. Yang pergi kan tetap pergi kerana itu hukumNya. Yang hidup pasti bertemu dengan dengan kematian namun yang hidup perlu meneruskam perjuangan.

FY dalam Seminar Super Investor hari yang sama Sabtu 2 Februari 2013...

Terus terang andai diberi pilihan pasti FY ingin bersama untuk Solat Jenazah berjemaah, mengusung jenazah, sama-sama dalam majlis pengkebumian sebagai penghormatan terakhir buat nenak FY itu namun FY ada amanah dan tanggungjawab yang lebih besar demi pembangunan ummah atas susunan Allah Taala.

Dengan rasa sedih dan terkilan FY ucapkan selamat tinggal kepada Arwah Nenek FY itu dan pastinya FY akan menyusul satu hari nanti. Semoga Allah memelihara kita semua dan memberkati kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat...

Sekian.

Wassalam.

FY


' style='padding: 0; border: none;'/>

Kursus Pelaburan Saham di Bursa Malaysa Feb 2013

Urusetia bersedia menanti kehadiran para peserta...
Pengerusi Majlis Saudara Zuhri Zain MSTA memulakan bicara...

Seminar Super Investor bermula bersama FY...

Kehadiran para peserta seminar yang amat menggalakkan... Sporting semuanya...
En Hamdan, Remisier berpengalaman Kenanga turun dari Teluk Intan memberi sokongan...

Saudara Norrizam Md Nor datang ke Seminar Super Investor buat kali yang kedua...

Saudara Nabil Fikri MSTA memberikan perkongsian dalam sesi Analisa Teknikal...

Sesi santai sambil makan-makan...

Zuhri Zain MSTA beramah mesra bersama peserta seminar...

Acara Penyampaian Sijil Penghargaan kepada peserta Seminar...

Sesi Penutup...
Sesi Bergambar Kenangan dengan semua peserta Seminar Super Investor... Semoga kita berjumpa lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Seminar Saham Super Investor yang dijalankan pada hari Sabtu 2 Februari tempohari berjalan dengan lancar dengan izinNya.

FY ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang sudi hadir dan kepada semua yang terlibat menjayakan seminar kali ini terutamanya kepada krew Advance Forward Training and Consultants yang bertungkus lumus berusaha di belakang tabir bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

FY berharap semoga perkongsian seminar ini membawa kebaikan dan manfaat kepada para peserta yang hadir baik dari dekat dan jauh. Kak Dara and the gang contohnya sanggup turun dari Pulau Pinang, En Ismadi dari Kuantan, En Daeng dari Langkawi, ada yang dari Johor dan dari seluruh pelusuk Malaysia semata-mata untuk mencari ilmu pelaburan saham di Bursa Malaysia dan FY harap objektif anda tercapai dan semoga pengisian seminar ini menjawab semua soalan yang membelenggu diri selama ini.

Terima kasih yang tak terhingga juga FY ucapkan kepada Saudara Nabil Fikri MSTA yang sudi menyampaikan pengisian Analisa Teknikal, juga kepada En Hamdan Remisier Senior yang sudi turun dari Teluk Intan untuk memberi sokongan. 

Alhamdulillah, testimoni peserta yang kami terima amat baik dan mereka berpuas hati dengan Seminar yang kami jalankan ini.

FY juga ingin memohon maaf kalau ada apa-apa kejanggalan di dalam menyampaikan seminar ini. Apapun kalau ada yang kurang difahami hubungilah FY samaada di blog, emel, FB, twitter mahupun melalui telefon. FY sedia berkhidmat untuk anda semua.

Inn Shaa Allah, Seminar seterusnya akan dijalankan pada bulan Mac nanti kalau tiada aral melintang dan kami dalam usaha untuk menjalankannya di Johor Bahru dan di Utara Semenanjung selain dari Kuala Lumpur bagi memudahkan para pelabur di sana nanti.  

FY akan berada di Johor Bahru pada hari Sabtu 16 Feb dan Ahad 17 Feb di Hotel Blue Wave bagi menganjurkan seminar Financial Analysis bersama Saudara Shamsuddin Yahaya CFA bagi pihak PRIBUMI khas untuk para remisier dan dealer di sana nanti. Inn Shaa Allah. Kalau ada pelabur yang berminat untuk menyertainya yuran yang dikenakan ialah RM500 untuk dua hari tersebut. Terhad kepada 5 seats sahaja untuk pelabur. Hubungi FY sekiranya berminat. First Come First Serve Basis.  

Pihak kami juga akan menjalankan program Personal Coaching Technical Analysis tak lama lagi. FY akan menghuraikan mengenainya tak lama lagi.

Sekian dulu buat kali ini.

Wassalam...

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

30 Januari 2013

Terkini IPO Malaysia 2013

Assalamualaikum ...
 
Terkini IPO Malaysia Tahun Ini:
 
Iskandar Waterfront Berhad.

Pemaju Hartanah Johor (Iskandar, Nusa Jaya, Danga Bay & Tebrau Coast)
Modal Pasaran berjumlah: RM9 bilion, 800 juta saham. Bakal menjadi antara 30 syarikat tersenarai terbesar di Bursa Saham. Akan datang pada bulan Jun 2013.
 
Terdapat 17 penyenaraian baru di Bursa bagi tahun ini bernilai RM23b: Tune Insurans, Airasia X, KLCC Reit, Malakoff, Petronas LNG, UMW Oil Gas, KNM OSV, Ekuinas Icon, TJ Tenaga, Tenaga Cliq, Matrix Hartanah, Westport , Tune Air, Magnum, IOI Harta & Felcra.


Jangan lupa untuk bersama FY dalam Seminar Super Investor pada hari Sabtu 2 Feb ini yer. Cara untuk mendapatkan saham-saham ini akan dikongsikan dalam seminar tersebut nanti. Lawati laman web www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

' style='padding: 0; border: none;'/>

25 Januari 2013

PORTAL SAHAM.MITI.GOV SEDANG DIKEMASKINI

SAHAM.MITI.GOV SEDANG DIKEMASKINI

Assalamualaikum. 

Kebelakangan ini mungkin ada pelabur yang cuba masuk ke dalam portal peruntukan saham khas di MITI namun tidak berjaya. Ramai juga yang bertanya kepada FY apa masalahnya memandangkan mereka menanti keputusan peruntukan saham Air Asia X mahupun menantikan peruntukan saham bumiputera khas yang baru.

Setelah FY bertanya, menurut salah seorang pegawai di MITI, portal saham itu sedang dikemaskini dan kemungkinan besar akan kembali bersiaran pada awal Februari nanti. Apapun kita tunggu dan lihat.

Nampaknya saham Tune Insurance, syarikat yang menyediakan perkhidmatan insurans bagi penumpang-penumpang Air Asia telah ditawarkan di IPO Awam tanpa melalui MITI. FY pun tak pasti kenapa ia tidak melalui pihak MITI bagi peruntukan Bumiputera. Mungkin peruntukan untuk Bumiputera itu telah mencukupi agaknya.

Ia dijual pada harga RM1.55 sesaham dan boleh dipohon dengan cara pengisian borang, ATM mahupun Online Banking sepertimana yang pernah FY jelaskan dahulu.

Untuk pengetahuan anda FY sedang menulis Ebook bagaimana memohon saham IPO Awam ini berserta dengan rahsia dan tip-tip yang perlu pelabur tahu. Inn Shaa Allah ia akan siap tak lama lagi.

Apapun Tune Insurance mungkin bagus Fundamentalnya tetapi keadaan pasaran yang tidak menentu, status non syariahnya serta pengumuman pilihanraya dalam masa yang terdekat ini mungkin sesuatu yang harus difikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Sekian dulu. FY mengundur diri buat masa ini.

Jangan lupa FY ada buat Seminar Super Investor Sabtu 2 Februari nanti di Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur. Ia sesuai untuk pelabur beginner / newbie yang mahu belajar asas pelaburan saham. Lawati kami di www.seminarsaham.com.my

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

18 Januari 2013

Majlis Pelancaran Buku 101 Saranan Salleh di Bursa Malaysia

Assalamualaikum...

FY sebenarnya selalu juga dijemput ke majlis itu dan ini tetapi jarang FY nukilkan dalam blog tapi mulai tahun 2013 ini FY mengambil keputusan untuk membawa kamera setiap kali menghadiri apa juga jemputan dan akan menukilkan apa yang yang FY rasakan penting dan bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
 
Apapaun siang tadi FY mewakili Persatuan Remisier Bumiputera telah menghadiri majlis pelancaran buku 101 Saranan Salleh, buku yang kandungannya terdiri daripada himpunan artikel Allahyarham Datuk Salleh Majid dari tahun 2009 hingga penghujung 2011 sebelum Allahyarham menghambuskan nafas yang terakhir pada 3 Januari 2012.

Berikut ini FY sampaikan kronologi majlis tersebut yang bermula jam 9:30 pagi bertempat di Bursa Malaysia.
  
 

Penyampaian sepatah dua kata oleh Datuk Azlan bagi pihak Utusan Publications and Distributors penerbit buku 101 Saranan Salleh ini.



Sebenarnya FY juga pernah menulis 2 buah buku iaitu buku Keluar Dari Tempurung 1 dan 2 dengan Utusan Publication. Dan siang tadi sempat berbual dengan Editornya Puan Faridah yang lama juga FY tak jumpa.
 
Pelancaran oleh Tun Dzaiddin Haji Abdullah. Pengerusi Bursa Malaysia Berhad.


FY pernah berkawan dengan Azlan anak Tun Dzaiddin ini semasa dia bekerja di Kenanga Investment Bank Kuala Lumpur satu ketika dahulu.


Majlis pelancaran.








Ulasan buku oleh Datuk Azman Ujang.
 
Buku 101 Saranan Salleh yang berharga RM48 yang boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran.
Walaupun kandungan buku ini agak berat dengan tajuk-tajuk seperti Sistem Kewangan Dunia, Daya Saing Gaji, Selok Belok Pasaran Saham, Model Baru Ekonomi dan Agenda Melayu, Budaya Kerja dan Transformasi dan Pakej Ransangan ekonomi, Datuk salleh majid mampu mengutarakan isu-siu tersebut secara bersahaja melalui penggunaan bahasa dan gaya penyampaian yang mudah. 

Selain itu beliau juga menyentuh perihal isu terkini, politik, kewangan, ekonomi, sosial, agenda melayu dan sedikit sebanyak mengenai pengalaman kehidupannya.

Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan di tempat FY belajar dahulu iaitu di UITM, dan menjadi Pengurus Besar Bursa Saham Kuala Lumpur dari tahun 1984 hingga 2003 kalau tak silap FY. Allahyarham juga pernah menjadi penasihat dan penaung Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia satu ketika dahulu.

Apapun pada FY buku ini bagus untuk bacaan khususnya mereka yang latarbelakangnya perniagaan, pelaburan, ekonomi dan kewangan.

Sekian dahulu.

FY


' style='padding: 0; border: none;'/>

16 Januari 2013

Ilmu Pelaburan Saham

Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang nak belajar mengenai pelaburan FCPO, satu sesi Personal Coaching FCPO akan diadakan pada hari Sabtu ini bersama Sifu Ridzuan Ibrahim anjuran Master Futures. FY rekomen program ini kerana FY kenal dan tahu kemahiran mereka dalam FCPO ini. 


 Hubungi FY sekiranya anda berminat untuk menyertainya.

Seperkara lagi kepada mereka yang ini memulakan portfolio saham jemputlah untuk bersama FY dalam Seminar Saham From Zero To Hero yang terdekat.


Selamat menimba ilmu dan menjadi pelabur yang bijak!

FY
0166667430
www.faizalyusup.net

' style='padding: 0; border: none;'/>

10 Januari 2013

Kursus TA dan FA Percuma untuk Dealer Rep dan Remisier Bumiputera

 
 
PERHATIAN KEPADA DEALER REP DAN REMISIER BUMIPUTERA
Persatuan Remisier Bumiputera akan menganjurkan kursus Analisa Teknikal bersama Dr Nazri Khan dan kursus Analisa Fundamental bersama En Shamsuddin Yahaya bertempat di Kuala Lumpur dan Johor Bahru khusus untuk Remisier dan Dealer Rep Bumiputera yang berlesen bulan Februari nanti. Ia PERCUMA kerana ditaja oleh BDREF. 
Kepada Remisier dan Dealer Rep yang berminat diharap dapat memberikan maklumat berikut :
Nama Penuh :
Kursus yang ingin dihadiri :
Alamat Email :
No HP :
No Lesen DR :
Venue :
Kursus tersebut kepada FY seberapa segera. 
Harap Maklum dan terima kasih.
 
FY
0126540130 / greng70@yahoo.com / www.faizalyusup.net 

' style='padding: 0; border: none;'/>

08 Januari 2013

Analisa Carta TDM


From the daily chart prices made a higher low with a strong support at 3.32. It breaks from a small consolidation with a significant volume. In addition volume is increasing gradually with price. Furthermore MA(5) is above MA(20) confirms with on the verge of "Golden Crossover" in Stochastic.

I am bullish on the stock for short term with targeting at 3.80 and cut loss at 3.31. 
 
Nabil Fikri MSTA
www.technicalway.blogspot.com 

Research House Recommendation ;
 
Jupiter gave a buy call with a target price at RM4.26.
 
FY
www.faizalyusup.net  

' style='padding: 0; border: none;'/>

Analisa Teknikal - WTK Berhad


I put it in simple explanation in order you guys understand why I choose this stock. Before I say it in technical analysis you need to have a confirmation. It is really an important point you to bear in mind.
There are 4 points in choosing this stock:-
1. Breakout from downtrend line with a big volume
2. Stochastic on the verge of "Golden Crossover"
3. Breakout from a small consolidation period
4. Making a higher low
5. The most important point for the past couple of years every first quarter of the year price of WTK will rebound
All these points confirm that price breakout not just temporarily but will move higher with targeting at 1.13 and 1.27. Cut loss at 0.975
Nabil Fikri MSTA

Research House Recommendation ;

Most Research Houses gave a HOLD recommendation with a fair value of RM1.06.

FY
www.faizalyusup.net 

' style='padding: 0; border: none;'/>

03 Januari 2013

Membongkar Rahsia Pasaran Saham

SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR BAKAL MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DI PASARAN SAHAM MELALUI KAEDAH-KAEDAH BERIKUT ;

•    Membongkar Rahsia Menjana Keuntungan Daripada Saham IPO AWAM
•    Membongkar Rahsia Menjana Keuntungan Daripada Saham IPO MITI
•    Membongkar Rahsia Menjana Keuntungan Daripada Kaedah Analisa Teknikal
•    Membongkar Rahsia Menjana Keuntungan Daripada Kaedah Analisa Fundamental
•    Membongkar Rahsia Menjana Keuntungan Daripada Kaedah CSI FY
•    Membongkar Rahsia Menjana Keuntungan Menggunakan Sistem XXXX
•    Kaedah-Kaedah Lain
 

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK BERSAMA SAYA, FAIZAL YUSUP MEMBONGKAR SEMUA RAHSIA-RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN PASARAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA INI.

"WHEN OPPORTUNITY KNOCKS, DON'T KNOCK THE OPPORTUNITY AWAY."

UNTUK MENDAFTAR LAYARI -

www.seminarsaham.com.my


' style='padding: 0; border: none;'/>