05 Februari 2013

Itulah TakdirNya...

Assalamualaikum semua...  

Tanggal 1 Februari 2013, Nenek FY sebelah bapa telah pergi kembali ke Rahmatullah. Nenek Kidah binti Md Amin ini merupakan nenek yang menjaga FY semasa dilahirkan di Rumah Sakit Daerah Batu Pahat, Johor pada 2 Mei tahun 1970. Pada masa itu ibu FY berpantang di rumah yang terletak di Kamping Istana, Batu Pahat. Beliau menjaga kami umpama menatang minyak yang penuh pada ketika itu.

Namun Allah lebih menyayangi beliau dan ada hari tersebut beliau kembali ke Rahmatullah. FY doakan semoga roh Allahyarhammah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah Taala. Berikut ini adalah nukilan Pak Anjang FY - Dr Ismail bin Haji Jamal teristimewa buat nenek yang FY kasihi itu.


FY sepatutnya berada di sini, bersama untuk upacara pengkebumiannya namun susunan Allah Taala tidak mengizinkan kerana FY terpaksa menjalankan seminar saham yang telah dirancangkan jauh lebih awal. Kepada Pakcik Makcik serta saudara mara yang lain, kemaafan yang FY pohon kerana tidak dapat hadir bersama.

Majlis Pengkebumian nenek FY di Presint 20 Putrajaya pada tengahari hari Sabtu 2 Februari 2012...
Inilah hakikat kehidupan, kita manusia hanya bisa merancang namun Tuhan yang Maha berkuasa untuk menentukan. Kita tak boleh berada di 2 tempat pada satu masa. Yang pergi kan tetap pergi kerana itu hukumNya. Yang hidup pasti bertemu dengan dengan kematian namun yang hidup perlu meneruskam perjuangan.

FY dalam Seminar Super Investor hari yang sama Sabtu 2 Februari 2013...

Terus terang andai diberi pilihan pasti FY ingin bersama untuk Solat Jenazah berjemaah, mengusung jenazah, sama-sama dalam majlis pengkebumian sebagai penghormatan terakhir buat nenak FY itu namun FY ada amanah dan tanggungjawab yang lebih besar demi pembangunan ummah atas susunan Allah Taala.

Dengan rasa sedih dan terkilan FY ucapkan selamat tinggal kepada Arwah Nenek FY itu dan pastinya FY akan menyusul satu hari nanti. Semoga Allah memelihara kita semua dan memberkati kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat...

Sekian.

Wassalam.

FY


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.