05 Februari 2013

Kursus Pelaburan Saham di Bursa Malaysa Feb 2013

Urusetia bersedia menanti kehadiran para peserta...
Pengerusi Majlis Saudara Zuhri Zain MSTA memulakan bicara...

Seminar Super Investor bermula bersama FY...

Kehadiran para peserta seminar yang amat menggalakkan... Sporting semuanya...
En Hamdan, Remisier berpengalaman Kenanga turun dari Teluk Intan memberi sokongan...

Saudara Norrizam Md Nor datang ke Seminar Super Investor buat kali yang kedua...

Saudara Nabil Fikri MSTA memberikan perkongsian dalam sesi Analisa Teknikal...

Sesi santai sambil makan-makan...

Zuhri Zain MSTA beramah mesra bersama peserta seminar...

Acara Penyampaian Sijil Penghargaan kepada peserta Seminar...

Sesi Penutup...
Sesi Bergambar Kenangan dengan semua peserta Seminar Super Investor... Semoga kita berjumpa lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Seminar Saham Super Investor yang dijalankan pada hari Sabtu 2 Februari tempohari berjalan dengan lancar dengan izinNya.

FY ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang sudi hadir dan kepada semua yang terlibat menjayakan seminar kali ini terutamanya kepada krew Advance Forward Training and Consultants yang bertungkus lumus berusaha di belakang tabir bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

FY berharap semoga perkongsian seminar ini membawa kebaikan dan manfaat kepada para peserta yang hadir baik dari dekat dan jauh. Kak Dara and the gang contohnya sanggup turun dari Pulau Pinang, En Ismadi dari Kuantan, En Daeng dari Langkawi, ada yang dari Johor dan dari seluruh pelusuk Malaysia semata-mata untuk mencari ilmu pelaburan saham di Bursa Malaysia dan FY harap objektif anda tercapai dan semoga pengisian seminar ini menjawab semua soalan yang membelenggu diri selama ini.

Terima kasih yang tak terhingga juga FY ucapkan kepada Saudara Nabil Fikri MSTA yang sudi menyampaikan pengisian Analisa Teknikal, juga kepada En Hamdan Remisier Senior yang sudi turun dari Teluk Intan untuk memberi sokongan. 

Alhamdulillah, testimoni peserta yang kami terima amat baik dan mereka berpuas hati dengan Seminar yang kami jalankan ini.

FY juga ingin memohon maaf kalau ada apa-apa kejanggalan di dalam menyampaikan seminar ini. Apapun kalau ada yang kurang difahami hubungilah FY samaada di blog, emel, FB, twitter mahupun melalui telefon. FY sedia berkhidmat untuk anda semua.

Inn Shaa Allah, Seminar seterusnya akan dijalankan pada bulan Mac nanti kalau tiada aral melintang dan kami dalam usaha untuk menjalankannya di Johor Bahru dan di Utara Semenanjung selain dari Kuala Lumpur bagi memudahkan para pelabur di sana nanti.  

FY akan berada di Johor Bahru pada hari Sabtu 16 Feb dan Ahad 17 Feb di Hotel Blue Wave bagi menganjurkan seminar Financial Analysis bersama Saudara Shamsuddin Yahaya CFA bagi pihak PRIBUMI khas untuk para remisier dan dealer di sana nanti. Inn Shaa Allah. Kalau ada pelabur yang berminat untuk menyertainya yuran yang dikenakan ialah RM500 untuk dua hari tersebut. Terhad kepada 5 seats sahaja untuk pelabur. Hubungi FY sekiranya berminat. First Come First Serve Basis.  

Pihak kami juga akan menjalankan program Personal Coaching Technical Analysis tak lama lagi. FY akan menghuraikan mengenainya tak lama lagi.

Sekian dulu buat kali ini.

Wassalam...

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.