JOIN GROUP WHATSAPP SAHAM FY FREE
Hubungi FY - 016 666 7430
atau tekan link di bawah ini ;
https://groupsahamFy.wasap.my untuk masuk grp wasap bersama FY
atau
https://t.me/FaizalYusup
MEMBUKA AKAUN CDS
Hubungi Cik Anna 011 2139 5718.
TRADING SECARA ONLINE
Hubungi Ramzie - 017 373 0513.
PRIVATE PLACEMENTS
High Networth Clients yang berminat untuk mendapatkan blok saham IPO Private Placement terkini dengan nilai pelaburan RM250K ke atas?
Hubungi FY - 016 666 7430.
SEMINAR SAHAM LENGKAP FROM ZERO TO HERO 2 HARI AKAN DIADAKAN SETIAP BULAN DI NILAI. HUBUNGI HAJAH AZILA 0166641755 ATAU LAYARI www.seminarsaham.my UNTUK KETERANGAN LANJUT.
Dapatkan artikel FY secara terus ke e-mail anda.? Daftar di bawah.
Dapatkan artikel FY secara terus ke e-mail anda.? Daftar di bawah.
Beberapa hari yang lalu saya ada berbual dengan salah seorang dari pembaca blog ini.
Katanya ;
Sekarang setiap hari bila sampai ke pejabat dia akan membuka blog ini dan bila berkesempatan akan membaca artikel-artikel yang ada. Katanya secara tak langsung blog ini banyak mengubah perpektif pandangan kehidupannya. Membantunya memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan orang lain, mengenali serba sedikit sifat dan sikap orang lain, mendekatkan dirinya kepada Allah dan sebagainya. Dia yakin dan percaya blog ini akan pergi jauh dan dia selalu membuat promosi percuma untuk blog ini kepada kawan-kawannya. Pada masa yang sama dia mengatakan yang teka teki dan cerita lawak saya itu umpama pembayang kepada cerita sebenar.
Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca tersebut. Saya percaya apa yang sedap pada anda belum tentu sedap pada orang lain. Saya yakin pembaca tadi seorang yang suka pada ilmu jadi sukalah dia datang kemari. Kalau dipromosikan pada kawan yang tak suka pada ilmu maka tak sukalah orang itu ke sini atau kalau dia sukapun kerana dia suka pada cerita-cerita lawak dan teka teki yang boleh dijadikan modal ketika minum teh di waktu rehat.
Bagaimana pula dengan anda?
Anda mungkin sebelum ini pernah berkunjung dan membaca artikel yang ada di blog Faizal Yusup ini atau mungkin juga ini merupakan kali pertama anda bertamu di sini.
Persoalannya ;
·Adakah anda datang kemari ingin mencari ilmu?
·Adakah anda datang kemari kerana ingin mencari terapi diri?
·Adakah anda nak cari idea teka teki dan lawak yang menggembirakan diri atau orang lain?
·Adakah anda datang kemari ingin mengetahui tentang kehidupan dan bagaimana untuk menangani masalah?
·Atau adakah anda ke sini untuk berkenalan dengan Faizal Yusup?
Ermm.. itu saya yakin jawapannya tidak... hawhawhaw...
·Atau sebab-sebab yang lainnya...
Ilmu dan pengetahuan yang anda dapat itu ;
·Adakah anda akan simpan dan gunakan untuk diri sendiri sahaja?
·Atau adakah ia disampaikan kepada yang lain dengan ikhlas?
·Atau adakah anda menggunakannya untuk tujuan yang salah iaitu untuk menunjukkan kepada orang lain yang anda seorang yang berilmu walhal anda hanya umpama burung kakak tua yang mengulangi kata-kata?
Persoalannya mudah, apakah niat anda datang ke mari? Adakah anda datang untuk mendapatkan kaunseling / motivasi atau adakah anda datang untuk berseronok dengan kisak lawak jenaka? Kalau di hati anda telah di program untuk mendapatkan input-input kaunseling maka saya yakin anda akan fokus pada input yang disampaikan. Tapi kalau niat anda datang ke mari untuk segmen lawak pastinya anda akan fokus memberi tumpuan kepada artikel lawak maka input kaunseling itu akan menjadi pasif dan tak kelihatan. Ia sebenarnya bergantung kepada niat di hati anda.
Walau apapun niat anda ke mari, terima kasih bertamu ye. Saya harap anda akan dapat satu dua manfaat yang bakal melekat di hati dari tulisan-tulisan bisu ini. InsyaAllah...
Terus terang sebenarnya tak cukup hanya dengan sekadar membaca satu atau dua artikel di sini. Ia samalah keadaannya sekiranya anda menonton satu filem hanya di bahagian tengahnya, atau membaca novel sekadar di separuh jalan, mahupun membaca Al Quran (termasuk saya sendiri dalam hal ini ) tetapi tak faham dan tak habis membacanya. Kalau ada kesempatan, ruang dan peluang luangkanlah masa di sini kerana saya percaya sedikit sebanyak kalau anda menghayati apa yang ingin saya sampaikan maka saya yakin dengan izin Allah ia akan membawa kepada kefahaman, kesedaran dan perubahan dalam kehidupan anda.
Apapun saya harap sebagai tanda penghargaan kepada apa yang anda dapat dari blog ini, kalau tak keberatan tinggalkanlah komen, jadilah follower dan sampaikanlah kepada yang ramai. Allah SWT tak akan mengurangkan manfaatnya walaupun satu.
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sidang pembaca yang baik hati sekelian dapat berbuat demikian. InsyaAllah...
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Pada saya seorang penyanyi bukan hanya menyanyikan sebuah lagu dengan kemerduan suaranya bagi memikat pendengarnya. Ia satu pakej yang yang besar sebenarnya, ia termasuk lirik lagunya yang menyampaikan maksud tersurat dan tersiratnya yang tersendiri, susunan gubahannya, muziknya, persembahannya, penyanyi latarnya beserta dengan aspek-aspek yang lainnya bagi menjadikannya begitu menarik untuk dihargai.
Dalam hal ini, penulis juga bukan hanya menyampaikan cerita dengan olahan plot cerita yang sedap bagi memikat pembacanya. Ia lebih dari itu. Ia mesti mempunyai unsur mendidik dengan penerapan nilai yang baik untuk difikirkan dan diambil iktibar.
Sebagai contoh,
Tengahari itu, aku meminta Shamsir Ikhmal membawaku ke tepi pantai, tempat di mana aku selalu mengasingkan diri dan memikirkan segala masalahku. Setakat ini hanya Shamsir Ikhmal sahaja yang tahu tempat kegemaranku ini.
Shamsir Ikhmal tidak bertanya mengapa aku tidak pergi kerja hari ini. Mungkin memberi ruang padaku untuk menjelaskan segala-galanya apabila keadaan mengizinkan.
Ditambah dengan,
Tengahari itu, aku meminta Shamsir Ikhmal membawaku ke tepi pantai, tempat di mana aku selalu mengasingkan diri dan memikirkan segala masalahku. Setakat ini hanya Shamsir Ikhmal sahaja yang tahu tempat kegemaranku ini. Mungkin manusia sebagai makhluk Tuhan secara semulajadinya suka berinteraksi dengan alam sebagai terapi dirinya sendiri. Padaku duduk berseorangan memerhatikan deruan ombak Selat Melaka dengan angin yang nyaman menghembus menerpa wajahku ini sudah cukup memberikan ketenangan. Aku cukup yakin yang alam semulajadi punya auranya yang tersendiri. Kalau dahulu aku duduk bersendirian di sini memikirkan mahupun menangisi suka duka kehidupan namun kaliaku bersama dengan seorang jejaka bernama Shamsir Ikhmal. Mungkinkah dia bakal menjadi tempat untuk aku meredakan kegelisahan yang sentiasa membelenggu hati?
Shamsir Ikhmal tidak bertanya mengapa aku tidak pergi kerja hari ini. Mungkin memberi ruang padaku untuk menjelaskan segala-galanya apabila keadaan mengizinkan.
Bagaimana pula dengan yang ini?
Setelah 11 tahun berpisah, buat pertama kalinya Mona dijemput ke majlis Reunion sekolahnya yang akan diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya malam nanti. Kekasih zaman sekolahnya Azli akan turut serta. Gadis berambutpanjang ikal mayang itu tak tahu apakah yang sesuai dipakainya untuk ke majlis itu nanti. Mona telah mengambil masa 3 jam mencuba 35 helai pakaian yang ada dalam almari di biliknya. Namun tak satupun dirasakan padan dan sesuai untuk ke majlis tersebut. Masa sudah terlalu suntuk untuk dia pergi membeli belah. Kepalanya pening memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Bukankah ini penerapan nilai yang kurang baik? Agaknya Mona mencuba pakaian sambil berzikir selama 3 jam. (bersangka baik)
Apapun seorang penulis yang baik pasti akan menerapkan nilai-nilai mendidik sebegini kepada pembacanya dan seorang pembaca yang baik pula pasti akan nampak nilai didikan ini di dalam setiap pengisian dan input yang dibacanya.
Kesimpulan dari artikel ini ialah kalau anda seorang penulis tulislah dengan elemen penerapan nilai diri yang baik untuk disampaikan kepada pembaca anda, kalau anda seorang pembaca pula bacalah dengan penghayatan yang jitu dan bukan dengan sekali lalu kerana di dalam satu-satu pengisian pasti ada kebaikan dan manfaat di dalamnya. Kalau tidak kenapa pengisian itu dijodohkan dengan kita. Alang-alang pengisian itu sudah ditemukan dengan kita, bukankah lebih baik kita mengambil sebanyak yang mungkin daripadanya.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Dewasa ini begitu banyak blog yang ditulis penuh dengan kontroversi, memainkan isu perkauman, kebencian dan sebagainya. Tak kurang juga hate fan club / kelab membenci seseorang yang ditubuhkan di laman-laman web. Dalam beberapa kes blogger itu ditahan pihak berkuasa, dalam kes yang lain pula fan club itu dimansuhkan bila repot polis dibuat dan tak kurang juga kedengaran kes saman yang keluar akibat dari penulisan yang sebegini.
Memandangkan isu yang berleluasa ini maka saya tergerak untuk menulis artikel ini.
Seorang guru pernah berkata, kalau nak nampak lawa, pakailah bedak pada muka sendiri. Kita tak akan nampak lawa dengan menconteng arang ke muka orang lain. Sebenarnya ia akan hanya mempamerkan sifat buruk atau kekotoran hati dalam diri kita sendiri.
Nabi SAW sendiri berdakwah dengan kaedah menceritakan tentang kebaikan Islam dan bukannya dengan mengkeji ugama lain. Kejayaan akhirnya menjadi milik baginda walaupun ia nampak gagal pada permulaannya. Percayalah Allah Taala sentiasa bersama orang yang benar.
Mulut berkata kita hendalak sayang menyayang tetapi tindakan kita jelas sebaliknya. Dalam ertikata lain hentikanlah penghinaan, pengkejian dan kebencian ini. Ia sebenarnya menunjukkan kelemahan diri sendiri kerana membiarkan rongga-rongga hati dihasut setan. Ia juga menunjukkan kelemahan kita mengawal diri kerana tak dapat menggunakan akal bagi mengalahkan nafsu.
Anda masih merokok?
Ia sebenarnya juga petanda kegagalan diri mengawal nafsu. Tak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar mengenainya mahupun mengenai aspek-aspek yang lainnya. Ia hanya sebagai contoh mudah dan nyata untuk diambil iktibar. Carilah jalan untuk bersihkan hati, kalau pokok boleh mengambil najis sekalipun untuk dijadikan baja dan seterusnya mengeluarkan oksigen, buah dan pelbagai lagi manfaat buat kita, kenapa kita tak mengambil iktibar darinya? Bukankah Allah SWT menyuruh kita berfikir dan mengambil iktibar dari alam semulajadi?
Kesimpulannya berhemahlah dalam penyampaikan, sampaikanlah yang benar dengan amanah, penuh hikmah dan bijaksana. Janganlah main hentam ikut hati je. Kelak kita juga yang akan dipertanggungjawabkan dan di dunia di akhirat kelak.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Top Performing Remisier, Kenanga Investment Bank Berhad, Bekas Speaker Investsmart, Securities Commission, Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Menulis 12 buah buku Genre Motivasi, Saham dan Novel, Motivator, Blogger, Youtuber, Hamba Allah.