29 Oktober 2012
23 Oktober 2012
Kursus Saham Paling Hot!
Assalamualaikum,
Seminar
Saham Super Investor bersama FY anjuran Advance Forward Training and
Consultants nampaknya mula bertapak, melangkah dari satu fasa ke satu
fasa yang lebih baik serta mula dikenali di kalangan pelabur Bumiputera
memandangkan peserta datang dari seluruh pelusuk tanah air, dari Perlis
hingga ke Sabah, dari Kelantan hingga ke Johor Bahru.
Seminar ini juga disertai dan disokong oleh Pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dan En. Khalid bin Mohamed juga telah menyampaikan sepatah dua kata mengenai zakat pelaburan saham disamping menyumbangkan risalah zakat untuk setiap peserta.
Lebih menggembirakan Seminar kali ini juga disertai oleh Sifu Ridzuan Ibrahim Sifu dalam bidang Analisa Teknikal yang tidak ketinggalan memberikan amanat yang amat berharga kepada peserta Seminar kali ini.
Seminar ini juga disertai dan disokong oleh Pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dan En. Khalid bin Mohamed juga telah menyampaikan sepatah dua kata mengenai zakat pelaburan saham disamping menyumbangkan risalah zakat untuk setiap peserta.
En. Khalid sedang beraksi
Lebih menggembirakan Seminar kali ini juga disertai oleh Sifu Ridzuan Ibrahim Sifu dalam bidang Analisa Teknikal yang tidak ketinggalan memberikan amanat yang amat berharga kepada peserta Seminar kali ini.
Sifu Ridzuan Ibrahim sedang beraksi
Alhamdulillah,
kepada para peserta, FY ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir,
semoga perkongsian dan pencerahan di dalam seminar itu dapat dijadikan
panduan dalam perjalanan pelaburan saham di Bursa Saham yang penuh liku
itu. Harapan FY juga semoga para peserta bakal menjadi pelabur yang
bijak. Bijak mencari ilmu pelaburan, bijak membuat keputusan pelaburan
dan sebagainya.
Seminar FY yang seterusnya InsyaAllah akan diadakan pada bulan Januari 2012 nanti. Apapun selepas ini pihak Advance Forward akan menjalankan Seminar Saham Supertech Investor yang dikhususkan kepada para pelabur yang ingin mempelajari kaedah analisa teknikal di pelaburan saham mahupun FCPO. Seminar ini akan dikendalikan oleh Sifu Shamsul Bahari MSTA juga Sifu Ridzuan Ibrahim InsyaAllah ia akan diadakan pada penghujung bulan November atau awal bulan Disember nanti.
Nantikan kehadiran kami nanti.
Nantikan kehadiran kami nanti.
Sekian dulu.
18 Oktober 2012
Penyenaraian Astro dan Makluman Seminar Super Investor
Assalamualaikum, Semoga anda semua dikurniakan ketenangan dan kedamaian dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar ini.
Besok
Astro akan disenaraikan dan setakat ini harga sasaran hanya sekitar
RM3.09 hingga ke RM3.53. Kepada para pelanggan FY, InsyaAllah FY akan
smskan jumlah unit saham yang telah dimasukkan ke dalam CDS anda malam
nanti.
Kepada
mereka yang ingin menjual saham-saham Astro ini besok bolehlah
menghubungi FY 012 654 0130 atau Puan Azizah di talian 019-389 6353.
Berikut adalah FV yang disarankan pihak broker saham ;
|
||||||||||||||
Seterusnya, Alhamdulillah,
Penyertaan Seminar Saham Super Investor kali ini juga amat memberansangkan
dan peserta datang dari semua seluruh pelusuk negara. Apapun FY ucapkan
terima kasih kerana sudi hadir, InsyaAllah FY akan sampaikan yang
terbaik untuk anda semua.
Untuk
pengetahuan semua, Seminar Saham Super Investor kali ini juga akan
dihadiri oleh Sifu Mustapha Kamal pengasas sistem MK Experience, Sifu
Ridzuan Ibrahim - Sifu Analisa Teknikal, juga pihak PPZ Wilayah
Persekutuan. Semua mereka akan berkongsi sepatah dua kata untuk manfaat
kita semua.
Kepada
peserta yang ingin membuka akaun cds bersama FY nanti, bawa bersama
salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku bank (mana-mana bank
komersial). Anda juga boleh membawa bersama lap top dan broadband namun
ia bukanlah satu kemestian.
Kepada yang lain yang masih ingin menghadiri Seminar Super Investor bersama FY ini, anda bolehlah mendaftar di laman web berikut
InsyaAllah kita jumpa di sana nanti.
Sekian dulu.
FY
17 Oktober 2012
16 Oktober 2012
15 Oktober 2012
14 Oktober 2012
13 Oktober 2012
12 Oktober 2012
Harga Sasaran Astro
Assalam...
Target Price /
Fair Value Astro setakat ini...
ECM Libra – RM3.09
ECM Libra – RM3.09
M&A – RM3.15
OSK Research – RM3.37
TA – RM3.53
OSK Research – RM3.37
TA – RM3.53
Langgan:
Catatan (Atom)




