18 Oktober 2012

Penyenaraian Astro dan Makluman Seminar Super Investor

Assalamualaikum, Semoga anda semua dikurniakan ketenangan dan kedamaian dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar ini.

Besok Astro akan disenaraikan dan setakat ini harga sasaran hanya sekitar RM3.09 hingga ke RM3.53. Kepada para pelanggan FY, InsyaAllah FY akan smskan jumlah unit saham yang telah dimasukkan ke dalam CDS anda malam nanti. 

Kepada mereka yang ingin menjual saham-saham Astro ini besok bolehlah menghubungi FY 012 654 0130 atau Puan Azizah di talian 019-389 6353.

Berikut adalah FV yang disarankan pihak broker saham ;

1 ECM Libra 3.09
2 Affin Bank 3.12
3 OSK Research 3.37
4 TA Securities 3.53





Seterusnya, Alhamdulillah, 

Penyertaan Seminar Saham Super Investor kali ini juga amat memberansangkan dan peserta datang dari semua seluruh pelusuk negara. Apapun FY ucapkan terima kasih kerana sudi hadir, InsyaAllah FY akan sampaikan yang terbaik untuk anda semua.

Untuk pengetahuan semua, Seminar Saham Super Investor kali ini juga akan dihadiri oleh Sifu Mustapha Kamal pengasas sistem MK Experience, Sifu Ridzuan Ibrahim - Sifu Analisa Teknikal, juga pihak PPZ Wilayah Persekutuan. Semua mereka akan berkongsi sepatah dua kata untuk manfaat kita semua.

Kepada peserta yang ingin membuka akaun cds bersama FY nanti, bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku bank (mana-mana bank komersial). Anda juga boleh membawa bersama lap top dan broadband namun ia bukanlah satu kemestian.

Kepada yang lain yang masih ingin menghadiri Seminar Super Investor bersama FY ini, anda bolehlah mendaftar di laman web berikut


InsyaAllah kita jumpa di sana nanti.

Sekian dulu.

FY


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.