01 Oktober 2012

Blog Faizalyusup Saham yang semakin diminati...




Alhamdulillah. Semakin lama semakin ramai yang mengunjungi Blog www.faizalyusup.net samaada untuk mencari input pelaburan saham mahupun input-input motivasi serta pengisian yang lain. Kepada anda yang menyokong selama ini, FY ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Kerana kehadiran anda FY akan terus berkarya dengan penuh hemah dan hikmah, dedikasi dan bertanggungjawab dalam apa yang FY sampaikan.

Apa yang FY tahu ialah semua ini terjadi atas kehendak dan bantuan Allah Taala. Dia meletakkannya di tempat yang baik dan diterima secara umumnya. TanpaNya pastinya blog ini tak kemana. Apapun FY akan terus menulis dengan ikhlas demi pembangunan ummah dengan harapan ia mendapat keredaaan Allah Taala.

FY percaya andai tiada aral melintang maka blog ini akan pergi lebih jauh, akan dapat membantu lebih ramai, akan dapat membawa kefahaman kepada yang lebih ramai dan sebagainya.

Kepada anda yang sudi melanggan, sudi datang ke sini untuk membaca apa yang FY tulis, FY ucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua.

Kepada anda silent reader... Terima kasih ke sini. Jangan malu untuk memberi komen, bertanya mahupun menghubungi FY. FY akan membantu mana yang terdaya. 

Sekian dulu. 

FY.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.