Assalamualaikum, salam ceria, salam bahagia...
Kebelakangan ini kepada anda yang inginkan pengisian
artikel saham, harap bersabar kerana FY agak sibuk merakam video motivasi bersama
FY. Kepada pelanggan FY jangan risau kerana Puan Azizah ada di pejabat bagi
membantu menjalankan transaksi saham dan setakat ini tiada apa-apa masalah dan
semuanya berjalan lancar. Walaupun indeks pasaran naik tetapi peluang untuk
buat duit begitu kecil kerana volum pasaran yang rendah kecualilah kalau kita melabur
secara berhemah dan membeli saham-saham yang baik, undervalue dan punya asas
kewangan yang kukuh. Faktor utama yang menyebabkan ketidaktentuan ini ialah
kerana sentimen pengumuman pilihanraya juga sentimen luar negara yang tidak
memberansangkan. Walaubagaimanapun pelaburan dalam saham-saham IPO nampaknya
masih baik dan menguntungkan.
Jadi masa yang terluang ini FY merakam beberapa video-video
saham juga yang memulakan projek video-video motivasi untuk kebaikan ummah demi
mengukuhkan ekonomi mahupun mengukuhkan jati diri insan andai diizinkan Allah
Taala.
Mungkin ada yang tidak tahu FY punya ilmu yang memadai
untuk disampaikan dalam bidang saham, pada masa yang sama FY juga punya ilmu
yang memadai dalam bidang motivasi serta penulisan.
Memang pelaburan saham membawa kepada objektif kewangan,
objektif yang penting dalam menjalani kehidupan moden ini namun demikian
motivasi dan pengisian juga penting bagi mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan
hati. Tak guna juga kalau kita kaya raya berharta kalau di hati ada ombak
tragedi.
FY terpanggil untuk memulakan siri video ini memandangkan
keadaan permalahan sosial yang semakin lama semakin nyata di semua peringkat
kehidupan. Ke ragut, samun, rogol, buang bayi, perjudian, seks bebas, arak,
dadah, gaduh, anak derhaka dan pelbagai maksiat lain begitu terang dan seakan
begitu sukar dibendung.
Pelbagai usaha dan kempen dijalankan namun keadaan masih
sama dan indeksnya masih menaik sesuai dengan kenaikan jumlah populasi di
negara ini. Bagaimanakah agaknya keadaan anak cucu kita nanti di masa-masa
mendatang?
Jadi FY yang kerdil ini akan cuba untuk menyumbang kepada
masyarakat dengan usaha-usaha pembuatan video ini dengan harapan ia akan dapat
menjadi supplement kepada program motivasi dan dakwah yang telah sedia ada.
Mungkin ia tak dapat mengubah semua orang tetapi kalau ia dapat membawa manfaat
kepada beberapa orangpun itu sudah cukup memadai.
Ini contoh videonya :
FY percaya manusia secara fitrahnya dicipta dan dijadikan
Allah dengan pre program yang baik dan patuh kepada Allah dalam dirinya cuma
bila dia membesar dia mula memasukkan virus-virus yang merosakkan tanpa dia
sendiri sedari. Keadaan ini seterusnya menyebabkan matahatinya menjadi kabur
dan tidak nampak yang mana yang hak dan yang mana yang batil dan sebagainya.
Jadi FY, menyampaikan video-video motivasi ini yang mana
ia seakan program antivirus yang juga boleh me”reprogram” kembali diri
seseorang itu andai diizinkan Allah Taala.
FY yakin ia akan membawa kesakitan dan “rejection” dalam
hati sesetengah orang yang menontonnya namun itu perkara biasa kerana virus
yang telah lama bertapak dalam hati manusia bukan mudah untuk dibersihkan.
Lebih-lebih lagi bila ia merasakan kedudukan dan kepercayaannya terancam.
Kepada mereka yang merasa resah gelisah bila menonton
video-video motivasi FY ini ketahuilah ia merupakan satu petanda yang baik.
Kegelisahan itu datang disebabkan oleh nafsu dalam hati yang terganggu dengan kehadiran
kebenaran. Maka terjadailah peperangan di dalam hati itu. Tentera putih sedang
cuba mengalahkan tentera hitam di hati. Berilah video-video ini peluang untuk
menerangkan keadaan. Bukalah pintu hati dengan seluas-luasnya dan percayalah
InsyaAllah satu hari nanti tentera putih itu akan menang dan menguasai.
Kepada mereka yang bergembira menonton video-video ini
pula FY minta jasa baik tuan puan untuk kongsikan video-video ini kepada
khalayak. Kalau anda minum pagi, makan tengahari, minum teh, di pejabat, di
pasar atau dimana sahaja bersama dengan kawan maka beritahulah mereka mengenai
blog dan video Faizal Yusup ini.
InsyaAllah siapa tahu ia boleh menjadi asbab hidayah di
hati mereka-mereka yang dijodohkan dengannya.
Perjalanan masih jauh. InsyaAllah mungkin ada lebih 100 video yang akan diudarakan bagai menerangkan
banyak perkara mengenai kehidupan ini. Ia seakan cebisan-cebisan jigzaw puzzle
yang mana kita tak akan dapat melihat gambarnya yang lengkap andai ia belum
siap dimana semua cebisan itu sudah diletakkan di tempatnya. Harap bersabar. InsyaAllah
dengan izin Allah ia akan siap dan akan dijadikan tempat rujukan ramai nanti.
Kalau tak percaya FY harap tuan puan boleh menonton video-video itu di youtube
dengan judul “Motivasi Faizal Yusup”, ikuti ia dan ikut tertibnya hingga ke
penghujung, nanti bila ia siap anda akan faham apa yang FY sedang usahakan itu.
InsyaAllah.
Semoga ia membawa manfaat dan sesungguhnya yang baik itu
dari Allah dan yang tak baik itu adalah dari kekurangan FY sendiri.
Sekian dulu.
Salam motivasi.
FY
PS –
FY juga akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan
pengisian pelaburan termasuklah perihal IPO MITI ini. Ia sangat baik kepada
newbie dalam pelaburan saham ini. InsyaAllah ia akan dijalankan pada 20 Oktober
2012 nanti. Kepada yang berminat sila layari ;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.