Salam
 Sejahtera buat anda pengunjung yang budiman tak kiralah samaada anda 
dikenali atau tidak, anda pembaca setia atau anda kali pertama ke sini 
mahupun anda pembaca senyap atau yang memberi komen, anda follower 
mahupun tidak.
Untuk
 pengetahuan anda semua FY sedang dalam sebuah misi yang besar. Misi untuk membangun dan membangkitkan ummah di negara ini khususnya. Mungkin ia merupakan satu matlamat yang amat besar tetapi ia bukanlah satu matamat yang mustahil dengan bantuan Allah Taala.
Dewasa ini kita dapat lihat begitu banyak kerosakan, masalah sosial, masalah penceraian, kekeluargaan, maksiat dan sebagainya yang nampaknya seakan tiada jalan penyudah. Seakan jalan penyelesaiannya tidak dapat dicari.
Apapun menyedari hakikat ini FY mengambil keputusan untuk memulakan siri video motivasi bersama FY yang telah mula bersiaran sejak dua tiga hari yang lalu.
Ini adalah salah satu contoh daripada video tersebut ;
http://www.youtube.com/watch?v=b_ZB-McmhVY
Ini adalah permulaannya dan beratus lagi video seperti ini yang menerangkan tentang banyak perkara dari satu angle yang jarang disampaikan oleh orang lain tentang kehidupan ini.
Begini contohnya -
http://www.youtube.com/watch?v=H-qswfW5XJc
Pada masa ini FY sedang sedaya upaya sedang cuba untuk mempromosikannya ke tahap yang lebih baik agar ia membawa manfaat kepada khalayak yang lebih ramai dengan harapan sedikit sebanyak pengisian dalam video-video ini boleh memangkinkan perubahan kepada pembacanya ke arah kebaikan. InsyaAllah.

Di sini FY ingin meminta jasa baik anda.
Kalau
 anda merasakan yang video ini banyak membantu malah memberi manfaat dan 
faedah kepada anda maka FY berharap anda boleh membantu saya 
mempromosikannya dengan apa cara sekalipun agar ia diketahui umum.
Terus
 terang FY bukan menulis kerana nama, bukan ingin menjadi terkenal, 
kerana duit dan sebagainya tetapi FY menulis kerana mencari keredhaan 
Allah Taala dengan ilmu pengetahuan yang dikurniakanNya ini. FY 
sebenarnya takut ditanya di akhirat kelak andai ada yang tertinggal 
dalam otak ini tidak disampaikan. Tak cukup dengan blog ini dan video ini FY juga 
menulis buku dan menyampaikan pengisian harian di FB dan di alam nyata 
dimana sahaja bila mana peluang itu terbuka untuk berbuat demikian.
Jadi
 kalau boleh tolonglah share, link, beritahu orang lain mengenai video-video 
ini atau apa cara sekalipun dengan harapan ia membawa manfaat kepada 
sesiapa sahaja yang dijodohkan dengannya. Sesungguhnya manfaatnya takkan
 berkurang walau satupun kerana ini janji Allah.
Begitu
 juga kalau anda ada cara, kaedah dan strategi yang baik yang boleh FY 
lakukan untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai blog ini maka saranan
 serta cadangan anda itu amat dialu-alukan dan FY ucapkan berbanyak 
terima kasih. 
Apapun
 saya harap anda dapat membantu mempromosikan blog ini dan terus terang 
hanya Allah Taala yang dapat membalas jasa baik tuan puan, pengunjung 
yang saya muliakan.
Tolong ye.
Terima kasih banyak-banyak.
Sekian dulu. Wassalam.
Ikhlas,
Faizal Yusup
 
 Catatan
Catatan
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.