08 Februari 2011

Maafkan saya, saya sibuk dengan pasaran saham...


Salam kembali kepada pengunjung Blog Faizal Yusup ini...

Maafkan saya kerana kebelakangan ini blog ini semakin berhabuk memandangkan saya tak berkesempatan untuk menjengoknya. Sebabnya seperti yang pernah saya terangkan dahulu, pasaran saham Bursa Malaysia sedang dalam jajaran menaik setelah lebih dua tahun ia menurun kerana masalah Sub Prime di Amerika yang menyebabkan kejatuhan pasaran saham global dan ini ditambah pula dengan masalah domestik disebabkan kekalahan BN dalam pilihan raya umum ke 12 tahun 2008 dahulu.

Apapun saya adalah seorang remisier yang minatnya menulis perihal kehidupan. Kalau dahulu saya punya banyak masa untuk menulis namun sekarang saya begitu sibuk di pasaran saham hingga kekurangan ruang untuk menulis.

Kalau difikirkan bila pasaran saham naik inilah masanya saya perlu membuka jala seluas-luasnya supaya banyak ikan yang masuk. Dalam ertikata lain saya IN THE ZONE pasaran saham buat masa ini. Siang hari saya di pasaran, petang dan malam pula digunakan untuk membuat pemasaran dan penyelidikan akan transaksi saham yang bakal dijalankan. Inilah pengisian masa harian saya kebelakangan ini.

Membuat penyelidikan saham baik analisa asas, kewangan mahupun teknikal merupakan asas yang yang penting bagi mendapatkan keuntungan kepada pelabur ataupun bagi mengurangkan risiko kerugian.

Apapun bab Pelaburan Saham ini adalah satu bab yang sangat KURANG dikisahkan oleh orang melayu kerana masih kurang pendedahan dan penglibatan orang kita dalam aspek ini tidak seperti kaum Cina dan bangsa maju yang lainnya.  Mungkin orang kita rata-rata lebih pandai dalam bab politik kalau dibandingkan dengan bab pelaburan saham ini.

Oleh itu kalau ada sesiapa di sini yang ingin melabur atau inginkan tunjuk ajar dalam bab Pelaburan Saham ini hubungilah FY. InsyaAllah saya sedia membantu. 

Okay setakat ini sahaja buat kali ini. Saya kena sambung buat penyelidikan ni...

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.