17 Februari 2011

BERPUTUS ASA / HILANG KEPERCAYAAN / HILANG KEYAKINAN


Kisah kali ini saya ingin menceritakan akan kisah manusia yang berputus asa dengan manusia yang lain oleh pelbagai sebab. Ini kerana dalam kehidupan saya yang pendek ini berkali-kali saya bertemu dengan individu yang punya sifat yang sebegini.

Mereka berputus asa / hilang kepercayaan / hilang keyakinan terhadap orang lain kerana pelbagai sebab. Ada yang berputus asa kerana tak berjaya memberi nasihat kepada seseorang itu, kerana orang itu ego dan besar kepala, kerana orang itu pernah menagih dadah / pernah masuk penjara / ditangkap berkhalwat / melakukan maksiat mahupun mereka hilang kepercayaan kerana orang itu tidak menepati janji, lemah, sakit dan banyak sebab lagi.

Saya juga pernah berada dalam keadaan yang serupa. Ada orang yang berputus asa pada saya jadi mereka menjauhkan diri, tidak lagi mempercayai dan sebagainya. Tak mengapalah apa yang penting ialah saya tidak pernah berputus asa pada sesiapapun walaupun mereka berputus asa terhadap saya. Namun demikian apa yang boleh saya simpulkan ialah manusia berubah. Dari masa kesemasa seseorang itu semakin matang dan kemungkinan besar mereka akan berubah walaupun dari segi zahirnya perubahan itu tidak ketara.

Hari ini mungkin seseorang itu penagih dadah atau mungkin seorang yang jahat namun demikian di masa yang akan datang mungkin dia telah insaf dan menjadi manusia yang baik. Hari ini seseorang itu mungkin bodoh dan tak boleh diharap dan sebagainya namun demikian di tahun-tahun yang mendatang dengan ilmu, kefahaman, kesedaran dan hidayah yang dikurniakan kepada mereka maka siapa tahu mereka mungkin akan menjadi seorang yang cemerlang.

Dalam hal ini memang ada segelintir manusia yang punya sifat berputus asa kepada manusia yang lain. Mereka sentiasa akan fokus kepada keburukan yang ada pada seseorang itu tanpa melihat dan fokus kepada kebaikannya mahupun perubahan yang telah berlaku dalam dirinya.

Janganlah begitu kerana sifat yang baik dalam aspek ini ialah untuk tidak berputus asa kepada sesiapapun. Ini kerana Nabi SAW tak pernah berputus asa terhadap umatnya dan yang utama sekali Allah Taala tak pernah berputus asa terhadap mana-mana makhlukNya. Itu pasti.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.