08 Ogos 2012

Perjalanan Hidup FY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, entah kenapa FY seakan tak punya kesempatan untuk menulis blog ini. Mungkin efek bulan Ramadhan menjadikan keadaan demikian. Apapun malam ini FY ingin menitip sesuatu buat tatapan anda. Mungkin ada pengisian yang disampaikan membawa manfaat kepada siapa sahaja yang membacanya.

Dari tak punya apa-apa FY bermula dengan menulis buku iaitu pada tahun 2001, kemudian pada tahun 2005 pula FY mula menulis blog. Pada masa itu di laman web multiply sebelum pindah ke laman blogspot. Dari satu buku ke satu buku hingga sekarang 11 buah buku telah ditulis dan diterbitkan, kemudian sebagai blogger juga FY mula mengorak langkah hingga dikenali ramai dalam bidang saham.

Semua yang bermula hanya dengan niat membantu ummah lama kelamaan menjadi lebih besar dan lebih menyeluruh. Kemudian dengan izin Allah FY mengorak langkah lebih jauh dengan menjalankan seminar motivasi mahupun seminar saham. Benar semua ini berlaku atas susunan Allah Taala. Mungkin FY dipilih sebagai perantara yang ditugaskan untuk menyampaikan semua ini dan InsyaAllah FY akan cuba yang terbaik selagi daya.

Kemudian, beberapa minggu yang lepas FY dijemput untuk menjayakan dokumentari bagi menjelaskan tentang penyenaraian Felda Global Ventures dan kali ini pintu yang baru terbuka dan entah apa pula kisah disebaliknya nanti. Apapun FY bersyukur dan akan cuba sebaiknya. 

Gambar-gambar di bawah ini menjelaskan apa yang telah berlaku pada hari tersebut ;


Waktu Pengambaran

Memasang Mikrofon

Macam pembaca berita pulak...

Bersama Farah Ishak di akhir penggambaran

Semasa penggambaran itu FY telah menghadiahkan pihak Production House itu dengan buku Inspirasi Trilogi Man Rempit yang FY tulis dan selang 3 hari kemudian mereka bersetuju untuk mengusahakannya untuk dijadikan sebuah filem.

Satu lagi pintu terbuka. Setiap kali pintu yang baru terbuka begini FY menjadi tak tentu hala dan nervous kerana merasakan diri seakan berada dalam alam baru yang aneh lagi ganjil kerana FY tak pernah berada di sini. Pintu yang FY tak tahu kemana arah tujunya. Banyak yang perlu diusahakan, banyak halangan dan dugaan yang perlu diatasi namun ia adalah Good Problem. Ini kerana andai ia membuahkan kejayaan maka pastinya ia merupakan satu lagi aras baru yang perlu FY biasakan juga merupakan satu nikmat yang datang bersama tugas dan amanah yang berat. 

Apapun kita tunggu dan lihat akan apakah kesudahanNya.

Sekian dulu...

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.