Sebanyak 597,690,000 unit Saham Peruntukan Khas Bumiputera ditawarkan.
Harga Par - RM 0.10 seunit
Astro memberi perkhidmatan televisyen dan radio, penciptaan, pengumpulan dan pengedaran kandungan, penerbitan dan pengedaran majalah dan perkhidmatan multimedia interaktif dan akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia
Bank Penasihat ;
i. CIMB Investment Bank Berhad
ii. Maybank Investment Bank Berhad
iii. RHB Investment Bank Berhad
Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 15 Ogos 2012 (Rabu)
Harga indikatif dan status syariahnya setakat ini masih belum diketahui lagi.
Kepada mereka yang ingin melanggan mereka bolehlah berbuat demikian atau hubungi FY sekiranya anda inginkan perkhidmatan FY dalam membuat permohonan tersebut.
FY bagi pihak Persatuan Remisier Bumiputera hanya mengenakan caj 1 sen sesaham bagi membantu anda memohon saham ini. Caj ini hanya perlu dibayar tatkala anda mendapat tawaran kelak.
Di sini FY menyediakan perkhidmatan untuk permohonan IPO MITI ini.
Perkhidmatan ini merangkumi ;
- Permohonan online secara terus di MITI serta mendapatkan salinan borang untuk di hantar ke MITI.
- Perkhidmatan membuka akaun CDS. Ini kerana anda WAJIB mempunyai akaun CDS untuk membuat permohonan.
(Anda perlu membawa IC dan buku atau penyata bank bagi membuka akaun CDS.)
Untuk permohonan ke MITI, apa yang perlu anda lakukan ialah menyiapkan ;
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan penyata bank selama 3 bulan yang disahkan oleh pegawai bank atau, dan
- Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku ASB, ASW yang disahkan pegawai ASB, ASW dll atau serta
- Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku Tabung Haji atau lain-lain penyata kewangan yang disahkan.
Andainya semua duit anda berada dalam ASB maka salinan ASB yang disahkan itu sudah memadai.
Setelah semua lampiran itu siap, FY akan menghantarnya ke MITI nanti sebelum tarikh tutupnya.
Semua ini akan mengambil masa lebih kurang satu jam.
Kepada mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan dalam IPO MITI ini maka jemputlah datang ke pejabat FY di ;
Kenanga Investment Bank berhad
G Floor, Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor.
Bangunan tersebut terletak berdekatan dengan pintu belakang PJ Hilton berdekatan dengan Hotel Singgahsana.
Hubungi FY terlebih dahulu sebelum datang ok.
Sekian harap maklum.
FY
012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com
PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan termasuklah pengisian mengenai IPO MITI ini. Ia akan dijalankan pada 15 hb September nanti. Kepada yang berminat layari laman web berikut –




recommended ke Tuan?? shariah compliant?
BalasPadamKalau based on previous listed ASTRO, rasanya tak shariah. Kriteria boleh tgk dalam laman web SC.
BalasPadamhttp://www.sc.com.my/paper.asp?pageid=877&Year=2008
Berapa harga saham ASTRO yang ditawarkan kpd MITI
BalasPadamHarga indikatif Astro RM3.60..
BalasPadamBilakah akan dapat tahu keputusan MITI berkaitan allocation ke Bumiputra individu saham ASRTO.
Padamshariah compliant?
BalasPadamOnline form ini gile laaa
BalasPadamhttp://saham.miti.gov.my/pendaftaran.php?id=12
Orang lain ada problem?
ada.pernah x keluar no rujukan & x dpt print online submission.tapi boleh buat surat & submit details
PadamTuan, "harga Astro RM3.60" ada sos?
BalasPadamTak dapat info-info daripada internet/media pun.
Terima Kasih, selamat berpuasa.
kat maybank2u & CIMBclicks tulis RM3...yang mana satu betul ni?
BalasPadamRm 3.60 ialah pelabur yg beli melalui miti,yg rm3.00 pula pelabur yg aply ipo astro melalui borang prospektus atau cimb clik,m2u..wan perpustam
Padamapa jadi kalo dah beli saham ipo tapi blom daftar cds n miti
BalasPadamkita tak boleh beli saham tanpa akaun cds...
BalasPadamsaya nak beli ebook tuan mengenai saham ni... anniesidin@hotmail.com
BalasPadamagak-agak berapa harga saham ASTRO first day open bell 19/10/2012.tq
BalasPadamTarget price paling busuk rm3.30 ada yg targetrm 3.53,rm 3.63 ,rm3.67 ada yang sampai le rm 4.23..harap harap naik rm 3.63pun jadilah..syukur alhamdulilah..wan perpustam
Padamnak tanya kalo 1st day jual mmg untung besar kan?
BalasPadamsalam...nak dapatkan pandangan tentang saham kassets..tq
BalasPadam