19 Mei 2014

KISAH KEJATUHAN SAHAM MAS...

Assalamualaikum….

Saham MAS jatuh lagi. Tahun lalu hari ini ia berada pada paras 43 sen namun hari ini ia jatuh dan jatuh lagi lagi ke 15.5 sen.

Saham ini kerugian RM1.3 Bilion tahun lepas dan last quarter ia rugi lagi RM443 Million.

Fair Value yang dikeluarkan Kenanga ialah 14 sen dan kebanyakan Research House menyarankan saranan JUAL terhadap kaunter ini.

Jadi apakah signifikan atas semua ini?
Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Kenapakah saham ini jatuh dan terus jatuh.
Adakah ada konspirasi yang terlibat atau sebagainya?

FY menulis artikel ini kerana di luar sana ramai pelabur yang membeli dan memegang saham MAS ini kerana ramai juga mentor-mentor saham di luar sana yang menyarankan pembelian saham  ini. Bila ia jatuh dan terus jatuh mereka terus juga menyarankan pelabur untuk average down dengan pelbagai alasan.

Alasan yang MAS punya banyak asset, banyak kapalterbang, ia kepunyaan kerajaan jadi tak mungkin kerajaan akan membiarkannya muflis dan sebagainya.

Hakikatnya ia terus-terus jatuh dan pastinya mereka yang membeli saham ini dewasa ini mengalami kerugian dan kerugian yang semakin banyak dan semakin dalam.

Jadi apakah yang akan terjadi seterusnya?

·         Adakah kerajaan akan menyuntik dana lagi untuk menyelamatkan MAS ini?
·         Atau adakah MAS akan sekali lagi melakukan corporate restructuring dengan mengeluarkan rights Issue untuk mendapatkan suntikan dana dari para pelabur?
·         Atau adakah sekali lagi Tan Sri Syed Mokhtar akan menjadi penyelamat asset Negara ini sepertimana yang kelihatan di dada-dada media hari ini?
·         Atau adakah adakah entiti lain yang akan mengambil kesempatan mengambil alih  pada harga yang murah ini?
·         Atau adakah ia akan kembali diswastakan atau privatise kembali menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad?
·         Atau adakah Kerajaan akan mengumumkan yang MAS telah jatuh Bankrap?

Jadi apakah pendapat anda? FY biarkan ia di situ.

Nak tahu pendapat FY?

Pada pandangan FY dengan semua faktor-faktor diambil kira maka FY rasa MAS akan sampai ke penghujung cerita tak lama lagi.

Terus terang FY tak pernah menyarankan mana-mana pelanggan FY untuk membeli saham MAS ini. Ini kerana pada pandangan FY adalah lebih baik untuk membeli saham yang kukuh dan kuat daripada membeli saham yang sakit yang kita tak tahu bila penyakitnya akan sembuh. Jadi Alhamdulillah TIADA pelanggan FY yang memegang saham MAS ini. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan mereka.

Sebenarnya mengelakkan kerugian melabur di Bursa Malaysia juga adalah satu keuntungan. Sekiranya anda ingin belajar menjadi pelabur yang bijak dan ingin tahu kaedah menjana keuntungan di Bursa Malaysia dengan cara yang betul jemputlah datang berseminar bersama FY. FY akan kongsikan rahsianya.


Di kesempatan ini FY ingin menjemput anda di selatan tanah air untuk menyertai Seminar Super Investor yang akan datang ialah di Blue Wave Hotel Johor Bahru pada 24 Mei 2014 dan mereka yang di Sabah dan Sarawak bertempat di Oceania Hotel Kota Kinabalu pada 21 Jun 2014.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Kepada yang dah rugi melabur saham, kepada yang dah pernah pergi seminar beribu ringgit tetapi masih tidak dapat menjana keuntungan jemputlah hadir.

Sekian dulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
016 6667430
greng70@yahoo.com
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

www.seminarsaham.com.my

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan mengenai memulakan portfolio saham dan membuka akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan mengenai seminar saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan mengenai online trading dan menjadi seorang trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan asas pelaburan saham ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

PERKHIDMATAN KAMI ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
  




' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.