DIRECT INVESTMENT?
INDIRECT INVESTMENT
Para pelabur meletakkan dana dalam mana-mana agensi Saham Amanah dan biarkan pengurus dana melabur dalam Bursa Malaysia atau mana-mana instrumen kewangan yang lain untuk mendapatkan keuntungan.
Modal yang besar yang diterima dari para pelabur ini membolehkan pelbagai strategi contohnya Value Investing atau Dollar Cost Investing digunapakai.
Pelbagai dana dibentuk untuk dilanggan pelabur seperti index link dimana mereka melabur dalam basket of shares yang terdiri daripada saham-saham berkaitan index mahupun emerging fund, growth fund, Income fund, Islamic fund dimana mereka melabur dalam saham-saham yang syariah dan sebagainya.
Dalam hal ini mereka mengenakan pelbagai yuran bagi perkhidmatan yang mereka jalankan itu bagi membiayai operasi agensi yang mereka usahakan itu. Andainya yuran yang dikenakan ialah 3% maka mereka mesti berusaha untuk menjana lebih dari 3% bagi memberikan keuntungan atau dividen kepada anda.
Agensi saham amanah ini sebenarnya tiada risiko kerana mereka menggunakan modal anda dan andai mereka kerugian maka mereka akan hanya menutup operasi dan yang akan rugi adalah para pelabur.
Cuba lihat apa yang jadi kepada amanah saham Selangor, Amanah Saham Johor, Dana Johor dan semua Amanah Saham setiap negeri di negara ini. Kebanyakannya dalam keadaan tenat kerana melabur dalam saham-saham papan kedua yang tak bagus dl tahun 90 an dahulu.
Untuk pengetahuan anda oleh kerana mereka melabur dalam basket of shares di Bursa Malaysia jadi ia akan secara langsung mengikut kenaikan dan penurunan KLCI. KLCI turun maka harga saham unit amanah ini juga akan turun. Selalunya Fund yang baru akan diterbitkan untuk dilanggan bilamana KLCI berada di tahap yang rendah. Contohnya pada tahun 2008 dimana KLCI berada pada tahap 800 mata dan mulai dari situ KLCI telah naik dan terus naik melepasi 1900 mata jadi mereka yang melanggan sepanjang masa itu akan mendapat keuntungan.
Namun demikian pelabur yang membeli saham unit amanah ini pada tahun 2014 pada masa KLCI di tahap tertinggi bakal mengalami kerugian kerana indeks yang menurun.
Apapun di Amerika Saham Amanah ini telah digantikan dengan instrumen kewangan bernama Exchange Traded Fund dan ETF ini telah mula menggantikan Saham Amanah ini kerana pelabur boleh membeli portfolio yang sama dalam Bursa Saham dengan kos yang lebih rendah.
Percayalah perkara yang sama juga akan lambat laun berlaku di negara ini.
FY akan sambung mengenai pilihan kedua iaitu kaedah direct investment iaitu membeli saham secara terus di Bursa Malaysia dalam kesempatan yang lain pula...
Sebenarnya pelabur yang bijak, berilmu dan sofistikated pasti akan melabur secara terus ke dalam Bursa Malaysia tanpa menggunakan mana-mana agensi saham amanah sepertimana yang kita dapat lihat di negara-negara maju.
Bersambung dari artikel sebelum ini sebenarnya bagi pelabur yang tak sofistikated atau yang keluarkan duit dari EPF contohnya maka adalah lebih baik membiarkan dana anda diurus oleh para pengurus dana agensi saham amanah ini. Ia merupakan pelaburan jangkamasa panjang yang baik namun demikian timing, ratings dan risiko portfolio dana tersebut perlulah diambilkira.
Pastinya FY tak sarankan anda membeli unit-unit saham amanah ini bila KLCI berada pada paras yang tinggi sepertimana sekarang ini. Ini kerana kebarangkalian KLCI jatuh dengan sentimen negatif dewasa ini amat tinggi.
DIRECT INVESTMENT
Jadi bagi pelabur yang literate tentang instrumen kewangan dan sofistikated maka adalah lebih baik mereka terus sahaja melabur secara direct tak kiralah apa juga instrumennya. Saham atau ekuiti, forex, derivatif, cimmodities dan sebagainya.
Yang pasti ia akan mengurangkan kos anda kerana anda tak perlu bayar gaji pengurus dana. Tapi kalau anda melabur tanpa ilmu tanpa skil tanpa kepakaran maka ke laut juga jadinya.
Dalam hal ini belanjalah sedikit wang untuk mencari ilmunya baik dari buku, kelas, kursus, seminar, dari mentor dan sebagainya.
Dalam hal pelaburan saham di Bursa Malaysia para pengurus dana saham amanah akan membeli saham-saham yang berpotensi, kukuh kedudukan kewangannya, saham yang memberi dividen tetapi bagi pelabur awam yang melabur secara direct tanpa ilmu maka saham spekulasi, saham cap ayam yang bakal menjadi pilihan. Akhirnya kerugian jugalah yang menjelma.
Bursa Malaysia pula masih lagi membiarkan saham-saham cap ayam ini berada dalam pasaran walhal mereka tak layak tersenarai lagi. Ini kerana saham spekulasi sebeginilah yang bakal dimanipulasikan. Kalau dalam Dow Jones saham-saham cap ayam begini akan dinyahsenaraikan setelah diberikan tempoh.
Sekian dulu...
Jadikan FY see first dalam profil FB anda bagi mendapat semua input saham yang sebegini setiap kali FY menulisnya.
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
FY Team
Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT | 0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks.
Shaiful | 0193930317 - Handles FY/DMFK Seminar.
Produk dan Perkhidmatan FY
Baca blog dengan input saham percuma di
Download Ebook Investlah percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430
Seminar Saham bersama FY.
atau
hubungi Puan Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
KELAS STOCK SELECTION DAN TIMING
Sehari kelas Live Trading Personal Coaching bersama FY
KELAS ADVANCE TECHNICAL ANALYSIS
Sehari kelas Live Trading Crash Course Technical Analysis
Hubungi Ramzie 0173730513 untuk menempah tempat anda.
Cari Faizal Yusup di Youtube untuk menonton siri video pelaburan FY.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.