19 November 2019

PERIHAL VOLUME ANALYSIS

PERIHAL VOLUME ANALYSIS

Kepada trader jangkamasa pendek, salah satu strategi terbaik yang boleh digunapakai ialah dengan menggunakan Analisis Volume dagangan.

Volume Analysis dagangan sebenarnya amat penting bagi seseorang pelabur kerana volumelah yang sebenarnya membawa duit kepada kita sebagai pelabur.

Secara asasnya kalau volume buyer lebih banyak dari volume seller dan buyer pula bersaing berlumba-lumba untuk membeli pada harga seller maka dalam situasi ini harga saham akan naik kerana permintaan yang tinggi untuk saham tersebut dibandingkan dengan permintaannya.

Selalunya keadaan ini berlaku bila keluar berita positif sebagai contoh syarikat tersebut mendapat kontrak berjuta ringgit yang pastinya akan membawa keuntungan kepada syarikat. Maka para pelabur akan berpusu-pusu membeli saham tersebut tatkala pasaran dibuka maka harga sahamnya akan naik sebaliknya andai berita tersebut negatif maka seller pula akan lebih ramai menjual lantas menyebabkan harganya jatuh.

Dalam hal ini kalau anda mendapat tip dari team FY dalam group WhatsApp dan selagi saham itu masih ada volume yang tinggi maka saham itu sebenarnya masih dalam permainan namun FY tetap menyarankan cut loss andai ia turun memecah support point yang diberi. Namun andai ia sampai ke cut loss point itu dan anda nampak ramai buyer menunggu di sana dua kali ganda atau lebih jumlahnya dari seller maka itu petanda baik kerana kemungkinan besar saham itu akan naik kembali. Selalunya smart money atau value Investors akan menanti di titik ini pada harga support.

Namun andai seller lebih ramai maka seeloknya kita lari dan anggaplah ia sebagai fail trade. Tinggalkan trade itu dan kita masuk position yang lain pula.

Panjang lagi penjelasan mengenai Volume Analysis ini... Apapun macam biasa jemputlah datang seminar saham FZTH FY kalau anda nak belajar mengenainya...

Ikhlas,


Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

WhatsApp FY 0166667430 kalau ada apa-apa persoalan.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan