FAQ ONLINE PLATFORM
S - Jual beli saham di pasaran saham, macamana tawar menawar antara pembeli / penjual berlaku sebab tak bersemuka.?
FY - Kalau kita transfer duit pakai MBB2U kira platform ler.. urusniaga dijalankan tapi kita tak jumpa teller bank pun... Yang masukkan duit tak tengokpun muka orang yang menerima duit.
S - Apa itu platform dan apa yang platform buat?
Platform adalah tempat dimana urusniaga jual beli saham dijalankan. Ia juga menyediakan maklumat yang komprehensif untuk kita membuat penilaian dan analisa akan saham mana yang berpotensi untuk naik dan menguntungkan pelaburnya...
S : FY boleh tak terangkan skit kelebihan platform kenanga berbanding dengan platform yg lain..., apa yg berbeza dari platform lain..., nak tahu juga ni..😄😄😄
Jawapan FY :
PLATFORM ONLINE TRADING SAMA KE?
Ramai pelabur yang menyangka platform online iaitu tempat dimana urusniaga saham dijalankan sama sahaja antara satu broker kepada satu broker yang lain. Walhal ia sebenarnya berbeza.
Sebenarnya platform online ini memainkan peranan yang penting baik kepada trader mahupun investor. Lagi komprehensif platform online kita maka lagi mudahlah kita buat analisa pelaburan sebelum mengambil sesuatu tindakan pelaburan. Ini kerana kita tak perlu melayari pelbagai website hanya untuk melengkapkan analisis yang ingin kita lakukan sekiranya kita punya online platform yang komprehensif.
Dalam hal ini bila dibuat perbandingan dengan platform online broker yang lain, FY dapati Kenanga mempunyai platform yang terbaik. Rasanya tak perlulah FY jelaskan apa yang tiada dalam platform yang lain itu tapi biarlah FY huraikan apa kelebihan platform Kenanga yang bernama Kentrade;
Antara ciri-cirinya;
1. General Info
2. Pengiraan brokerage
3. Latest News, Corporate Exercise dan Announcement
4. Status syariah
5. Portfolio Status
6. Trading Status
7. Favorite list
8. Boleh memilih pelbagai variables yang kita suka bersesuaian dengan strategi pelaburan kita.
9. Dan macam macam lagi
Untuk FA
1. Financial reporting yang terkini hingga 5 tahun sebelumnya
2. Perbandingan Industri
3. Ratio-Ratio
4. Altiviti syarikat
5. Senarai 30 pemegang saham terbesar
6. Kenanga research paper
7. dan macam macam lagi
UNTUK TA
1. Carta dengan pelbagai indikator
2. Carta interaktif yang mesra pengguna
3. Carta bulanan hingga ke carta 5 minit untuk trader
4. Carta real time
5. Auto program untuk Support n Resistance
6. Pelbagai indikator dan screener dan macam-macam lagi.
Sebenarnya dengan adanya Kentrade kita boleh buat analisa saham, membanding, screening saham dalam satu jangkamasa yang pendek. Dalam satu minit dah boleh siap analisa! Boleh dikatakan semua maklumat ada di situ.
Kalau anda tak tahu indikator atau elemen mana yang penting / kuat untuk kita lihat dan apakah impaknya kepada harga saham, maka di sinilah FY boleh membantu. Anda boleh sesat kalau anda tak faham FY lah yang bakal menjadi penyuluhnya. Biar FY tunjukkan apa yang perlu anda ketahui dan elemen manakah yang paling penting untuk dititikberatkan demi menjana keuntungan di Bursa Malaysia.
Selain analisa Fundamental dan Financial bagi tujuan pemilihan saham berpotensi platform Kenanga juga menyediakan paparan analisa teknikal yang interaktif bagi kita menganalisa pergerakan harga saham yang ingin kita beli itu. Dengan itu memberikan kita poin atau signal akan timing yang terbaik untuk kita membeli mahupun menjual.
Sekiranya anda ingin mencuba kelebihan Kentrade yang FY katakan ini, anda boleh menggunakannya secara percuma selama 90 hari dengan mendaftar di;
www.kentrade.com.my
Bersama artikel ini FY serta video di Youtube bagaimana untuk install platform Kentrade ini. Ada kena gunakan Internet Explorer untuk mendapatkan paparan yang terbaik.
Apapun kalau anda ingin belajar melabur saham dengan FY anda cuma perlu simpan no hp ini 0166641755 Hajah Azila. Tanya dia bila kelas FY yang terdekat.
FY harap anda boleh like dan share kalau anda merasakan yang catatan ini bermanfaat. Kalau anda ada cadangan akan apa yang ingin FY tulis mengenai pelaburan saham tulis di ruang komen okay! Thanksss!!!
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.