SAYA TAK FAHAM LANGSUNG TENTANG SAHAM
Melabur bertujuan untuk menambah atau meningkatkan modal yang kita laburkan over a period of time. Kita boleh laburkan duit di pelbagai alternatif pelaburan di negara ini sebenarnya antaranya ;
1. Simpanan di bank
2. Insuran
3. Koleksi barang berharga
4. Unit amanah
5. Saham local atau global
6. Bon dan Sukuk
7. Warran
8. Hartanah
9. Derivatif, Futures, Forex, Commodity, Options, Cryptocurrency dll
Apapun di sini ia terpulanglah kepada jumlah modal, strategi pelaburan, objektif pelaburan dan sebagainya bagi memilih yang mana sesuai dengan anda.
Takkanlah modal kita kecil tapi kita nak melabur dalam hartanah ye tak?
Di sini FY ingin menerangkan sedikit mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia. Pelaburan saham di Bursa Malaysia ialah untuk membeli sebahagian dari syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dalam hal ini kita boleh memilih mana-mana sahaja perniagaan yang kita suka dan menjadi pemilik sebahagian dari perniagaan tersebut. Kita boleh
menjadi pemilik bank, syarikat consumer, emas, produk industri, telekomunikasi, utiliti dan sebagainya dengan modal yang kecil sebenarnya.
Bila syarikat ini untung maka mereka akan memberikan kita dividen berdasarkan jumlah saham yang kita pegang itu. Lebih baik lagi sekiranya syarikat itu baik dan berpotensi harga saham tersebut akan naik dari masa ke semasa lantas menguntungkan anda.
Dalam hal ini kepada Gen Y FY sarankan untuk anda melabur lebih kepada saham pertumbuhan yang boleh membawa keuntungan yang tinggi. Tapi kepada Gen X pelaburan saham-saham pendapatan yang selamat dengan risiko rendah adalah lebih baik.
Memandangkan modal pelaburan kebanyakan kita adalah rendah jadi FY sarankan anda melabur dalam saham-saham berjajaran sederhana dan potensi yang besar dengan pulangan dividen yang baik.
Pemilihan saham ini amat penting kerana kalau kita tak tahu kaedah memilih maka kita berkemungkinan memilih syarikat saham yang rugi, saham yang buruk prestasinya lantas membawa kerugian kepada anda. Atas sebab itulah mendapatkan ilmu yang betul amat penting dalam hal ini.
Andai anda ingin memulakan portfolio pelaburan saham ini jemputlah ke seminar yang FY jalankan. Keterangan lanjut layari www.faizalyusup.net
Untuk membeli saham-saham di Bursa Malaysia ini kita boleh berurusan dengan remisier yang berlesen dan kena ada akaun CDS dan Trading di broker saham. Dalam hal ini FY adalah seorang remisier di broker bernama Kenanga Investment Bank Berhad. FY sedia berkhidmat untuk anda. Apa yang tak faham anda cuma perlu TANYA.
Like dan share catatan FY ini andai anda mendapat kefahaman dan manfaat darinya. Like sebagai tanda sokongan anda kepada usaha FY ini okay!
Sekian catatan hari ini. InsyaAllah besok catatan yang lain pula akan menyusul.
FY Al Haj
www.faizalyusup.net
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Jangan risau anda berada di tempat yang betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.