26 Januari 2024

MARKET HIDUP DAN BERNAFAS

Nukilan Haji Faizal Yusup

Remisier Kenanga Inv Bank Berhad

Artikel 19




Dalam pasaran saham tak ada saham yang terus terusan naik. Atas sebab faktor permintaan dan penawaran maka ia akan naik dan turun.

Kenyataan market don't move in a straight line bermakna sesuatu saham itu pasti akan naik dan turun dan kembali naik. Itu sifatnya namun FY percaya dalam jangkamasa panjang ia tetap akan naik berkadar langsung dengan kenaikan ekonomi dunia amnya dan negara khususnya. Dahulu Dow Jones juga pernah berada di tahap 1500 mata seperti Malaysia juga namun sekarang ia berada pada tahap 38000 mata.

Sebagai trader kenalah pandai ambil peluang mengambil untung atas kenaikan dan sebagai Investor pula apa yang penting ialah to follow the trend till it bends. Asalkan trend saham masih menaik maka kita masih okay. Kalau ia dah buat reversal maka kenalah ambil profit atau cut loss.

Apapun keadaan ini merupakan petanda yang Bursa Malaysia berada dalam keadaan sihat dan Technical Correction atau Pembetulan Teknikal ini adalah perkara biasa.

Dalam hal ini bila market bullish maka semakin banyak trade yang bakal kita menang dengan keuntungan yang lebih banyak sebaliknya bila mkt bearish maka lebih banyak fail trade akan berlaku lantas menyebabkan kerugian. Harus diingat trading adalah berkenaan purata menang lebih banyak dari rugi. Jadi berusahalah untuk meningkatkan kemenangan dalam trade lebih banyak dari fail trade!

Dalam hal ini FY menekankan kepada Pemilihan Stok yang betul, stok berpotensi, stok yang Investor lain juga suka bagi mengurangkan kebarangkalian kerugian. Stok sebegini jarang jatuh teruk kerana ia punya peminat yang ramai. Stok berciri IMANTAP yang FY kongsikan dalam seminar FZTH jarang akan jatuh teruk walaupun mkt jatuh teruk.

Dalam hal timing pula, belilah saham tersebut pada harga bilamana saranan saham tersebut dibuat. Samada pada Support atau pada masa breakout. Bukan masa ia telah naik jauh. Ini kerana pelbagai faktor telah diambil kira sebelum saranan itu dibuat.

Jemputlah sertai seminar saham FZTH dan belajar mengenai pemilihan stok ini kaedah IMANTAP itu serta timing pembelian sesuatu saham itu dengan lebih berkesan.

Ikhlas,


Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

WhatsApp FY 0166667430 kalau ada apa-apa persoalan.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan