KESILAPAN PELABUR ZERO SIRI 11
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Bab Refleksi
Pelaburan Sebagai
Amanah, Bukan Sekadar Keuntungan
Ramai orang bercakap tentang
pelaburan dari sudut angka. Berapa modal, berapa untung, berapa peratus
pulangan dan sebagainya. Namun, sangat sedikit yang melihat pelaburan sebagai amanah.
Wang yang dilaburkan bukan sekadar alat mencari keuntungan, tetapi
tanggungjawab yang perlu diurus dengan penuh kesedaran.
Dalam kehidupan, tidak semua yang
menguntungkan itu baik dan tidak semua yang lambat itu rugi. Pelaburan yang
dibuat tanpa prinsip mungkin memberi hasil sementara, tetapi sering
meninggalkan kesan jangka panjang yang tidak diingini iaitu tekanan, ketakutan
dan penyesalan.
Pelabur yang sedar akan bertanya
bukan sahaja “berapa aku boleh untung?” tetapi juga “apa kesan
keputusan ini kepada hidup aku, keluarga aku dan ketenangan jiwa aku?”
Sabar, Reda dan
Disiplin Dalam Pelaburan
Pasaran saham mengajar pelabur
tentang sabar dengan cara yang keras. Harga tidak bergerak mengikut kehendak
kita. Apa yang kita rasa betul hari ini mungkin diuji esok.
Sabar dalam pelaburan bukan
bermaksud pasif, tetapi tenang dalam tindakan. Reda pula bukan bermaksud
menyerah kalah, tetapi menerima bahawa tidak semua perkara berada dalam kawalan
kita.
Disiplin adalah jambatan antara
sabar dan hasil. Tanpa disiplin, sabar menjadi alasan dan reda menjadi
kealpaan.
Rezeki Tidak
Selalu Datang Dalam Bentuk Yang Kita Jangka
Ramai pelabur kecewa kerana hasil
tidak seperti yang diharapkan. Mereka lupa bahawa rezeki tidak semestinya
datang dalam bentuk keuntungan pantas.
Ada rezeki berupa pengalaman, ada
yang berupa pengajaran, dan ada yang berupa perlindungan daripada kerugian yang
lebih besar. Pelabur yang sedar akan menghargai semua bentuk rezeki ini dan
kita kena ingat yang semua ini berada dalam ketentuan Allah SWT.
Apapun kalau kita kejar akhirat, dunia
akhirat akan jadi lapang buat kita tapi sebaliknya kita akan kerugian.
Pelaburan Dan Nilai Kehidupan
Pelaburan yang selari dengan nilai
hidup memberi ketenangan yang sukar dinilai dengan wang. Pelabur boleh tidur
lena walaupun pasaran turun kerana keputusan dibuat dengan ilmu, dengan yakin
dan berprinsip.
Apabila pelaburan selari dengan
nilai, emosi lebih terkawal dan ego lebih rendah. Pelabur tidak mudah
terpengaruh dengan pujian atau ejekan pasaran.
Keuntungan sebenar bukan hanya pada
angka, tetapi pada ketenangan dan keberkatan hidup.
Penutup Bab
Pelaburan bukan sekadar perjalanan
kewangan, tetapi perjalanan membina diri. Ia menguji kesabaran, kejujuran dan
disiplin seseorang.
Pelabur yang menang bukan yang
paling banyak untung, tetapi yang paling sedar siapa dirinya dan apa tujuannya.
Pesanan Akhir FY
Jika anda pernah rugi, itu bukan
kegagalan. Itu adalah yuran pembelajaran.
Jika anda pernah silap, itu bukan
penamat. Itu adalah permulaan kesedaran.
Pelaburan saham bukan tentang
menjadi sempurna, tetapi tentang menjadi lebih baik dari semalam.
Lebih sedar.
Lebih berdisiplin.
Lebih berprinsip.
Semoga artikel-artikel ini menjadi
teman dalam perjalanan pelaburan anda semua. Bukan untuk menjanjikan kekayaan
segera, tetapi untuk membina ketenangan dan kematangan jangka panjang.
Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.
Sekian dulu,
Terima kasih.
Haji Faizal Yusup @ FY
“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”
“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”
Layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.
#seminarfzth
#faizalyusup
' style='padding: 0; border: none;'/>



Tiada ulasan:
Catat Ulasan