05 Mac 2012

Penyenaraian Felda Global Ventures Berhad Yang Menguntungkan

Penyenaraian yang menguntungkan


KEKUSUTAN dan kontroversi yang berlaku dalam usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke papan utama Bursa Malaysia pada Mei ini adalah suatu perkara yang amat menyedihkan dan merugikan negara.
Bagi kami, remisier yang terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti pasaran saham negara melihat penyenaraian FGVH ini akan membawa kebaikan yang amat besar kepada negara khususnya para peneroka Felda .

Penyenaraian FGVH merupakan suatu pengumuman yang begitu dinanti-nantikan dan jika berjaya disenaraikan kelak, ia akan menyaksikan FGVH muncul sebagai satu lagi syarikat 'Blue Chip' atau syarikat berwajaran besar di Bursa Malaysia dan bakal melonjakkan modal pasaran FGVH dari sekitar RM3 bilion kepada sehingga RM21 bilion.
FGVH bakal dikategorikan dalam sektor perladangan yang merupakan saham jenis 'defensive', yang bermakna saham ini boleh bertahan dan stabil dalam apa jua situasi ekonomi dunia. Pada amnya, pembayaran dividen kepada pemegang saham dalam sektor ini merupakan satu perkara yang dilakukan pada setiap tahun dan jumlah dividennya pula adalah tinggi.

Cuba bayangkan jika tanah-tanah perladangan Felda dan KPF dapat digabungkan untuk penyenaraian ini, maka FGVH akan menjadi syarikat perladangan tersenarai terbesar di dunia dan dikuasai kaum bumiputera!

Senarai tawaran saham yang dicadangkan bagi saham FGVH yang terdiri daripada institusi pelaburan utama negara seperti PNB, KWSP, KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) dan Tabung Haji yang terbukti berjaya menjaga kepentingan pelaburan rakyat negara ini.

Sementara itu, tawaran yang dicadangkan bagi institusi luar negara pula peratusan kecil, kurang dari 5%. Syarikat-syarikat tersenarai awam (PLC) yang dikuasai institusi-institusi pelaburan kerajaan atau luar negara mempunyai tarikan pelaburan yang baik dan sentiasa menjaga kepentingan pelabur minoriti.

Sesuatu PLC memerlukan pelaburan asing untuk menjadi sebahagian daripada pemegang sahamnya kerana ini akan memudahkan mereka mendapat liputan media luar negara dan seterusnya menjadikan PLC ini lebih terkenal bagi membina platform antarabangsa.

Namun demikian, kadar 5% pelaburan asing dalam saham FGVH yang ditawarkan, tidak akan menjejaskan kedudukan harga saham atau pengurusan FGVH seandainya pelabur asing itu menjual pegangan mereka di pasaran terbuka.

Persetujuan kerajaan untuk memberi 'blue form' dan 'pink form' kepada peneroka dan pekerja Felda adalah satu langkah bijak. Peneroka Felda seharusnya bersyukur dan berasa bangga kerana diberi "durian runtuh" ini dan secara tidak langsung menjadikan mereka di antara pemilik sebuah syarikat gergasi dunia.

Pengalaman kami sendiri melalui pemberian 'blue form' kepada remisier ketika proses penyenaraian saham Bursa Malaysia Berhad pada tahun 2005 boleh dijadikan rujukan dan panduan. Jumlah saham yang kami terima ketika itu adalah mengikut tempoh perkhidmatan sebagai remisier, lebih lama berkhidmat, lebih banyak saham yang diterima.
Remisier telah mendapat banyak manfaat daripada penyenaraian ini, di antaranya adalah keuntungan besar di atas penjualan saham-saham percuma ini, penerimaan dividen yang tinggi setiap tahun dan sehingga kini kebanyakan kami masih memegang sekurang-kurangnya 100 unit saham yang melayakkan kami secara beramai-ramai menghadiri mesyuarat agung tahunan Bursa Malaysia dan memberi pandangan mengenai cara pengurusan dan hala tuju syarikat yang kami turut miliki ini.

Tawaran saham 'pink form' kepada pekerja Felda dan pelabur bumiputera melalui tawaran khas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berbeza dari 'blue form' yang diterima peneroka. Sekali lagi para peneroka beruntung kerana pemberian 'blue form'membolehkan mereka mendapat saham sesuatu syarikat secara percuma, tanpa sebarang bayaran bagi mendapatkan saham yang ditawarkan.

Mereka hanya perlu membayar yuran RM10 bagi pembukaan akaun CDS di Bursa Malaysia atau tempat penyimpanan saham di syarikat broker saham dengan menandatangani borang tersebut di hadapan wakil syarikat broker saham yang biasanya adalah remisier. Hanya nombor akaun CDS ini dan tandatangan peneroka diperlukan di 'blue form' ini.
Tawaran saham 'pink form' adalah satu tawaran yang menetapkan jumlah saham yang layak dilanggan oleh pelabur tanpa melalui proses cabutan undi, namun ia memerlukan bayaran untuk melangganinya.

Jika tawaran saham 'pink form' melebihi keupayaan kewangan pelabur, mereka bolehlah memohon untuk mendapat pembiayaan bagi melanggan saham tersebut dari syarikat broker saham atau bank yang menawarkan skim pembiayaan saham secara marjin atau "share margin financing" (SMF).

Walau bagaimana pun, SMF mengenakan kos dokumentasi dan faedah pembiayaan yang tinggi dan seringkali dikaitkan dengan kerugian besar pelaburan atau kehilangan kuasa pengurusan syarikat ekoran kejatuhan harga saham di bawah paras tertentu.

Harga saham bagi peminjam SMF diawasi pada setiap hari dan jika harga saham tiba-tiba jatuh, peminjam diberi tempoh hanya tiga hari untuk "top-up" atau memperbetulkan keadaan yakni dengan menambah sejumlah wang bagi mengimbangi nilai pegangan saham yang telah susut harga sahamnya.

Jika peminjam tidak dapat memenuhi syarat ini, maka sahamnya akan dijual di pasaran terbuka sehinggalah ratio pinjaman pulih kembali.

Dalam hal ini, perkara yang amat tidak adil adalah apabila harga saham jatuh tanpa ada kaitan dengan prestasi sebenar syarikat yang masih kukuh, sebaliknya harga saham jatuh ekoran masalah ketidakcairan saham di mana pelabur yang memerlukan wang terpaksa menjual sahamnya dengan harga murah kerana ketiadaan pembeli pada harga semasa.

Penjualan secara paksa saham peminjam SMF memburukkan lagi keadaan dan seterusnya akan berlaku 'domino effect' sehingga adakalanya harga saham jatuh merudum dan mengakibatkan pengurusan syarikat yang turut mengambil pinjaman bank dengan mencagarkan saham mereka, hilang kuasa kerana terpaksa turut menjual pegangan mereka akibat harga saham yang jatuh teruk.

Perkara ini begitu mudah berlaku pada syarikat tersenarai awam berwajaran kecil dan sederhana yang mempunyai masalah kecairan atau "liquidity" saham yang rendah. Badan pelaburan kerajaan seperti PNB, Khazanah, KWSP dan KWAP yang tidak mempunyai mandat atau kuasa untuk membeli saham-saham syarikat berwajaran kecil dan sederhana, walaupun syarikat-syarikat ini mencatatkan prestasi yang baik dan cemerlang.

Polisi ini tidak adil dan perlu dikaji semula. Para pelabur khususnya pelabur runcit sering mengeluh mengenai kesukaran mereka untuk menjual saham syarikat tersenarai awam bumiputera (BPlc) yang telah lama dipegang atas sebab tiada pembeli dan mendatangkan kerugian besar terhadap pelaburan mereka.

Di samping itu, ketiadaan publisiti meluas dan kekurangan analisis teknikal terhadap BPlc di media-media massa tempatan yang majoritinya dikuasai bukan Bumiputera telah memburukkan lagi keadaan sehingga kadang kala nama sesetengah BPlc itu tidak pernah langsung didengari oleh para pelabur.

Kajian Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) melalui penghasilan buku bertajuk 'Ikon PLC Bumiputera 2011' yang akan dilancarkan tidak lama lagi, sehingga 31 Disember 2011 hanya 11% syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dikuasai bumiputera dan sekadar mampu menguasai 15% daripada keseluruhan modal pasaran 'market capitalization' Bursa Malaysia yang kini bernilai trilion ringgit.

Tambahan, jika dikaji lebih mendalam, daripada 15% modal pasaran ini hanya 2% sahaja peratusan penguasaan keseluruhan modal pasaran bagi BPlc-BPlc bumiputera berwajaran kecil dan sederhana yang tidak mempunyai pemilikan saham oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau kerajaan negeri dalam saham mereka.
Namun, para pemegang saham FGVH sekali lagi beruntung kerana modal pasaran FGVH akan melonjak berganda-ganda, setanding dengan syarikat-syarikat gergasi dunia dan akan diwujudkan satu entiti syarikat pegangan pelaburan atau 'investment holding company' yang akan menjaga hal-ehwal harga dan kecairan saham FGVH setelah disenaraikan sambil memastikan saham FGVH terus berada di tangan bumiputera.

Isu ketirisan saham juga merupakan satu isi yang harus dipandang berat. Ketirisan saham bumiputera akan terus berlaku sekiranya para pelabur runcit bumiputera masih tidak dididik mengenai kebaikan pemilikan saham dan hak-hak mereka sebagai pelabur.

Penetapan minda yang mahu mendapatkan keuntungan pada kadar yang segera juga harus dihapuskan. Kaedah seperti 'grow with the company' dan 'long-term investment' diyakini suatu kaedah yang betul dan membawa pelbagai kebaikan.

Ramai pelabur terutamanya pelabur luar bandar kurang mendapat pendedahan dan tidak mengetahui langsung hak-hak mereka sebagai seorang pelabur. Sebagai contoh mesyuarat agung tahunan (AGM) sesuatu PLC harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pemegang saham, jika tidak dapat hadir boleh hantar proksi contohnya anak sebagai wakil.

Para pelabur seharusnya menghadiri mesyuarat secara beramai-ramai bagi mengelakkan salah guna kuasa oleh pihak pengurusan dan bersama-sama membuat keputusan penting syarikat.

Pelabur juga perlu bijak mengunakan hak-hak mereka dengan menyoal dan mengundi sekalipun mempunyai pegangan saham kecil 'minority shareholder' di dalam sesebuah PLC.

Ini sekali gus sebagai peringatan kepada pihak pengurusan supaya 'jangan main-main dengan duit kita' . Begitu juga halnya dengan peneroka felda yang berjumlah lebih kurang 112,600 orang, gunakanlah hak-hak anda dengan sebetulnya dan jadilah pemerhati terhadap prestasi syarikat anda.

Akhir kata, permasalahan penurunan ekuiti bumiputera selama ini yang telah PRIBUMI ajukan kepada kerajaan sejak lima tahun yang lalu seperti ketirisan saham, pembiayaan saham secara pembiayaan marjin, kecairan saham , harga saham BPlc yang rendah dan tiada publisiti, kehilangan kuasa pengurusan bumiputera boleh di atasi dan menjadi model penyelesaian melalui penyenaraian FGVH.

Promosi mengenai penyenaraian FGVH di harap dapat melibatkan para pemikir yang mempunyai penglibatan secara langsung 'hands-on' terhadap pasaran saham seperti ahli-ahli PRIBUMI satu Malaysia yang tugas utama mereka adalah memberi penerangan dan menarik minat rakyat terhadap pasaran saham negara.

Individu penting berhubungan dengan Felda seperti Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Gabungan Generasi Wawasan Felda (GWGF) yang mempunyai pengalaman luas mengenai pasaran saham negara melalui syarikat tersenarai beliau sendiri Puncak Niaga Holdings Berhad perlu dilibatkan dalam usaha ini.

Gandingan usaha penerangan PRIBUMI dengan 500 ahlinya dari seluruh Malaysia dan GWGF dengan pegawai seranta di seluruh 317 penempatan Felda, jika diberi peluang, insya- Allah akan dapat membantu meredakan kekusutan yang sedang berlaku mengenai cadangan penyenaraian FGVH ini.

Pandangan sempit sesetengah pihak yang hanya melihat kepada keburukan dan menggunakannya sebagai satu medium untuk menghentam kerajaan tanpa melihat kepada keseluruhan kebaikan yang dibawa dalam penyenaraian FGVH ini harus ditepis.

Penyenaraian FGVH berlatarbelakangkan sokongan kuat pemimpin-pemimpin nombor satu negara; Felda ditubuhkan di bawah bekas Perdana Menteri Malaysia kedua Allahyarham Tun Abdul Abdul Razak, penyenaraiannya pula dicetus oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kini diteruskan perjuangan penyenaraiannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jaminan Perdana Menteri bahawa kepentingan peneroka tetap menjadi keutamaan sekalipun FGVH disenaraikan merupakan satu kelegaan.

Seperti mana penyenaraian saham Petronas Chemicals Group Berhad dan MSM Malaysia Holdings di papan utama Bursa Malaysia dahulu, kami telah menyaksikan ramai bumiputera menjadi kaya dan ada yang bergelar jutawan.

Insya-Allah dengan penyatuan kuat seluruh warga Felda, pelabur runcit dan institusi pelaburan kerajaan, penyenaraian FGVH akan berjaya meningkatkan ekuiti bumiputera di pasaran modal negara, seterusnya menjadi sebuah syarikat paling gah di Bursa Malaysia atau 'darling of stock market' dan terus berkembang menjadi juara dunia.

Petikan dari Utusan Malaysia

www.faizalyusup.net

' style='padding: 0; border: none;'/>

12 Februari 2012

Kisah Mustapha Kamal - MK Experience, Skill Trading Made Easy


 

Kisah Mustapha Kamal - MK Experience, Skill Trading Made Easy

Salam sejahtera, semoga kita semua berada dalam lindungan Allah Taala hendaknya.

Semalam FY berada di Booth 65 Persatuan Remisier Bumiputera sempena NAF-Awani Exhibition di PWTC dan berkesempatan bertemu dengan seorang remisier yang FY kenali di alam maya. Namanya Mustapha Kamal Ahmad, Remisier di Kenanga Investment Bank di Johor Bahru. Sama Broker dengan FY cuma FY di Petaling Jaya.

Apapun FY menyampaikan kisahnya serba sedikit.

Dia merupakan seorang X Banker di OCBC yang kemudiannya menjadi Unit Manager yang berjaya di sebuah syarikat Insuran sebelum memasuki pasaran saham pada tahun 2000.

Pada mulanya beliau menyangka kejayaan yang dikecapinya dalam industri Pembankan dan Insuran akan dapat diulangi di Pasaran Saham namun sangkaannya meleset. Ini kerana kegagalan dan kerugianlah yang dialaminya sejak mula menjejaki Pasaran Saham. Saudara Mustapha Kamal seorang yang gigih dan punya sifat yang sangat utuh untuk mengecap kejayaan. Beliau belajar semua kaedah baik Fundamental, Financial dan Technical hingga sanggup belajar dan bertemu dengan pakar-pakar Chartist demi untuk mecapi kejayaan yang didamkan. Apakan daya Tuhan lebih berkuasa. 10 tahun berlalu. Semua yang dilakukan itu masih juga bertemu dengan kegagalan hingga beliau kehilangan kemewahan dan kesenangan yang pernah beliau kecapi satu ketika dahulu.

Andai dugaan ini diduga pada orang lain pastinya mereka sudah lama mengalah dan putus asa. Umpama seorang pendaki gunung yang patah balik berputus asa walaupun puncak gunung sebenarnya sudah hampir.

Seperti kisah Hang Empat yang FY tulis dalam Buku Berubah sebelum Rebah beliau ini bukanlah seorang yang punya sikap putus asa. Bila semua kaedah digunakan namun masih menemui jalan buntu beliau mengambil keputusan untuk mencipta kaedah lain, kaedah yang baru.

Mulai tahun 2005 satu kaedah baru mula dicipta dan ia dinamakan MK Experience – Skill Trading Made Easy. Seperti mana-mana penciptaan ia melalui fasa trial and error. Selama 5 tahun seterusnya beliau menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menguji akan keberkesanan progam tersebut. Pengubahsuaian yang berterusan hinggalah....

Allah Taala telah berjanji setiap usaha yang dijalankan oleh anak Adam walau apapun usahanya pasti akan diberikan ganjaran olehNya. Itulah keadilan Allah, cuma cepat atau lambat menjadi persoalannya.

Akhirnya menjelang tahun 2011, hidayah dan kefahaman telah menjadi miliknya dan program yang dibangunkan itu mula menunjukkan hasil. Segala penat lelah usahanya itu telah berjaya. Namun dalam masa devotionnya membangunkan program itu banyak juga yang terpaksa beliau lepaskan.

Program MK Experience ini setelah FY lihat, merupakan satu program yang sangat baik bagi pelabur terutamanya kepada para short term traders. Maka tanpa berfikir panjang FY terus sahaja melanggannya dengan yuran langganan sebanyak RM200 sebulan siap dengan promosi percuma selama sebulan.

Kepada Saudara Mustapha Kamal terus terang FY kagum dengan usaha anda dan FY ucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan program tersebut yang mana ia boleh dijadikan kaedah pelengkap kepada kaedah-kaedah yang sedia ada.

Kepada anda yang membaca artikel ini dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan inovasi baru ini maka hubungilah FY. InsyaAllah program ini tak akan menghampakan anda andai anda dapat memahami dan menguasainya dan pastinya dapat menjana keuntungan di Bursa Malaysia.


MK memberikan promosi percuma selama sebulan kepada sesiapa yang berminat untuk mencubanya. Hubungi FY @ 012-654 0130 atau PM FY di Facebook. FY akan add anda dalam MK Experience untuk mencubanya.

Kepada Saudara Mustapha Kamal, maafkan FY kalau ada kejanggalan dalam menyampaikan artikel ini.

Sekian dulu.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

05 Februari 2012

Prangstgrup - Reach! A Lecture Musical Prank!!

' style='padding: 0; border: none;'/>

03 Februari 2012

Keberkesanan Strategi Saham Technical Analysis


bro fy.. sy ada soalan.. sy newbie dalam saham. adakah kita boleh trade saham berdasarkan technical analysis. 

maksud sy tgk graf saja... xperlu rujuk mana report company.. contoh, berapa byk asset, untung dia dlm beberapa tahun..

harap bro fy dapat beri pandangan.. hehehhehehe

Salam bro...

Maaf lambat menjawab. FY dewasa ini sibuk belajar CFA, sibuk menginput jadi kurang kesempatan untuk mengoutput. Apapun ini jawapannya secara ringkas.

Sebenarnya Eugene Fama pernah membuat kajian pada tahun 1970 an dan dalam kajiannya pasaran dibahagikan kepada 3 golongan;

1. Technical Analyst
2. Fundamental dan Financial Analyst dan
3. Insider.

Apapun menurut kajiannya Technical Analyst adalah golongan yang paling lemah, diikuti oleh Fundamentalist yang sederhana dan Insider yang paling kukuh kebarangkaliannya untuk membuat keuntungan di pasaran saham. Kalau ada kesempatan FY akan tulis dengan panjang lebar mengenai hal ini. 

Begitupun Insider juga tidak dapat memonopoli maklumat untuk membuat keuntungan yang berterusan. Mungkin dalam satu dua stok.

Di Malaysia FY bagi satu lagi golongan.

4. Sindiket Saham yang juga tinggi kebarangkaliannya untuk membuat keuntungan kerana mereka yang mereka / mencipta informasi dan mereka pergerakan harga saham kerana mereka telah corner / menguasai apungan sesuatu saham itu.

Jadi, sebagai pelabur yang bijaksana kita kena buat semua analisa yang FY nyatakan tadi kerana dengan berbuat demikian kebarangkali keuntungan kita menjadi lebih tinggi dan pada masa yang sama ia mengurangkan risiko kerugian. Lagipun lagi banyak maklumat yang kita tahu mengenai sesuatu saham itu pastinya akan membawa kebaikan pada kita.

Harap jawapan FY membantu.

Sekian dulu.

FY 

' style='padding: 0; border: none;'/>

25 Januari 2012

Rahsia Hubungan / Rumahtangga Bahagia Bah 2



Penulisan kali ini bersambung-sambung dari satu bahagian kepada satu bahagian yang lain. Untuk tujuan pemahaman FY menyambungnya dari penulisan yang lalu. Bagi yang telah membaca bahagian yang pertama mereka boleh mengabaikannya dan terus sahaja ke bahagian yang kedua, ketiga dan seterusnya.

BAHAGIAN PERTAMA

Sepanjang kehidupan FY sering bertemu dengan mereka-mereka yang punya masalah dalam perhubungan. Yang bersengketa, yang retak menanti belah, yang putus cinta, yang bercerai berai dan sebagainya. Baik perhubungan kawan, kekasih, saudara mara, adik beradik serta keluarga. Asal dua pihak ini bernama manusia maka inilah yang sering kedengaran dan terjadi.

Kemudian ada pula pakar-pakar motivasi dan kaunseling yang mengatakan itu ini bagi menjelaskan atau kembali memulihkan keadaan namun ada yang berjaya dan ada juga yang tidak.

Apapun disini sekali lagi FY akan mengutarakan penjelasan kenapa permasalahan dalam perhubungan ini boleh terjadi.

Sebenarnya sebagai manusia yang mana punya pengisian yang pelbagai maka lambat laun mereka akan membentuk diri kepada dua golongan utama iaitu golongan orang keduniaan dan kedua golongan orang keakhiratan.

Biar FY terangkan serba sedikit antara ciri-cirinya.

Orang Dunia
  • Mementingkan dunia dan segala isinya.
  • Sentiasa berusaha untuk mencantikkan luarannya namun dalamannya busuk.
  • Punya prinsip kehidupan yang bebas dan tidak tetap.
  • Berambut kuning dan bermata biru.
  • Kaki Clubbing, minum, judi, arak, maksiat dan sebagainya.
  • Bila suka mereka terlalu suka dan bila duka mereka terlalu kecewa. Perubahan emosi mereka dalam range yang besar.
  • Mereka menyusahkan dan tidak menyenangkan. Mereka merupakan punca setiap kali masalah terjadi.

Orang Akhirat
  • Melakukan perbuatan kerana Allah Taala.
  • Bersih di luar dan cantik di dalam.
  • Punya prinsip kehidupan berlandaskan hukum hakam Allah Taala dan Sunnah.
  • Menutup aurat.
  • Kaki solat, surau, madrasah dan masjid.
  • Bila suka mereka biasa sahaja dan bila duka juga mereka rileks sahaja. Perubahan emosi mereka tidak ketara. Flatliner.
  • Mereka menyenangkan dan tidak menyusahkan. Mereka bukan punca sesuatu masalah terjadi.

Jadi dua golongan ini akan bersatu bercampur baur dalam kehidupan. Mereka berkawan, bersaudara, berkasih dan berkahwin.

Hakikatnya kebanyakan novel drama dan kisah yang dipaparkan difilem adalah berdasarkan plot kedua-dua golongan ini. Sebagai contoh Filem Ombak Rindu mahupun Drama Nur Kasih yang popular baru-baru ini juga memaparkan kisah yang serupa.

Kalau dalam Ombak Rindu Hariz heronya merupakan orang dunia yang mengamalkan kehidupan bebas seakan oarng Barat sedangkan Izzah pula merupakan orang akhirat yang mengamalkan hidup Islam. Izaah memohon untuk berkahwin, mengaji, menyiapkan hidangan, menutup aurat, membantu mengurut dan membukakan kasut dan stokin dan sebagainya. Semua ini hanya dilakukan oleh isteri mithali yang faham akan prinsip keislaman untuk berbakti kepada suaminya.

Kisah dalam Ombak Rindu itu jelas menunjukkan perbezaan antara orang dunia dengan orang akhirat. Dalam drama Nur Kasih juga serupa yang mana akhirnya keislaman juga yang membawa bahagia.

Baiklah di sini biar FY jelaskan apa yang terjadi dalam perhubungan diantara mereka-mereka golongan dunia dan golongan akhirat ini.

Orang Dunia VS Orang Akhirat
Masalah akan terjadi kerana perbezaan prinsip dalam diri mereka.

Si suami orang dunia akhirnya menceraikan isteri orang akhirat yang baik bertudung kerana dia mempunyai kekasih gelap bilamana dia semakin mewah dan berkemampuan.

Si isteri orang dunia memilih untuk tidak patuh dan meminta cerai kepada suaminya orang akhirat kerana tak dapat menyediakannya dengan kemewahan hidup. Kalau dahulu semasa suami dapat membelikan kereta dan barang mewah sayangnya tidak terhingga tetapi bila perniagaan suaminya jatuh maka suaminya itu ditinggalkan pergi. Ini kerana dia berkahwin kerana kemewahan dan bukan kerana Allah Taala.

Ibu bapa orang akhirat bergaduh dengan anaknya orang dunia yang mahukan kehidupan bebas umpama orang Barat. Ibubapa yang menyuruh anaknya bersolat, menutup aurat, menziarah dan sebagainya namun tidak dipedulikan malah membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan.

Perhubungan mula menjarak dan pertelingkahan mula terjadi antara suami isteri bila isteri yang mula mendapat hidayah dan mula memakai tudung dan mendekati kuliah-kuliah di masjid. Ia disebabkan kerana perubahan prisip kehidupan bilamana isteri mula mengikut hukum hakam Allah Taala. Contohnya kalau dahulu di ranjang semua boleh dilakukan dan bila si isteri mengelak dari melakukan yang haram maka suami mula bengang dan marah.

Orang Dunia VS Orang Dunia

Mungkin anda akan berkata kenapa pula keretakan akan berlaku diantara orang dunia dengan orang dunia walhal mereka berada dalam kelompok yang sama?

Sebenarnya ia berlaku kerana perbezaan nilai, prinsip dan pendapat. Contohnya prinsip kemaafan.
  • Si Suami hanya akan memaafkan kalau dia datang dan meminta maaf.
  • Si Isteri hanya akan memaafkan kalau dia membayar ganti rugi.
  • Si Ibu hanya akan memaafkan kalau anaknya sujud dikakinya.
  • Si Ayah takkan memaafkan sampai bila-bila.
  • Si kekasih takkan maafkan walaupun dia telah meminta maaf. Forgive but never forget katanya.
  • Dan banyak lagi.

Dalam prinsip kemaafan ini kita boleh lihat berapa banyak nilai perbezaannya. Sedangkan prinsip keakhiratan cuma satu;

  • Maafkan sahaja dengan ikhlas 100% kerana Nabi ampunkan ummat dan ALLAH TAALA juga MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.

Itu baru FY terangkan mengenai prinsip kemaafan bagaimana pula dengan prinsip-prinsip yang lainnya? Prinsip kerajinan, keyakinan, keikhlasan, kepercayaan, kemurahan, kebaikan akhlak, toleransi, perhubungan dan sebagainya?

Penceraian boleh berlaku hanya kerana perbezaan-perbezaan prinsip-prinsip ini dalam diri dua insan yang sedang dalam perhubungan itu. Bercerai berai kerana cemburu buta, kerana isterinya pemalas, kerana isterinya meminta-minta, kerana suaminya lebihkan ibunya (yang mana bersesuaian dengan prinsip Islam), kerana suaminya panas baran, kaki pukul, kaki todi dan sebagainya. 

Faham tak ni?

Kesimpulannya orang dunia tak punya prinsip asas kehidupan yang sama. Perbezaan prinsip ini membawa kepada perbalahan, pergaduhan dan pemutusan silaturrahim yang dibenci Allah Taala.

Orang Akhirat VS Orang Akhirat 

Orang akhirat yang mana kedua-duanya berpegang kepada Al Quran dan Sunnah pastinya akan hidup dalam keadaan aman damai dan sejahtera kerana mereka takut kepada Allah Taala, menjalankan kehidupan dengan memenuhkan aktiviti ibadah dan menjauhkan maksiat.

Mereka ini tenang, memaafkan, pemurah, bersangka baik dan punya sikap mahmudah yang penuh dengan kebaikan. Anak-anaknya menutup aurat, menjaga solatnya, penuh dengan sopan santun serta punya budi pekerti yang mulia.

Tiada cemburu pada suaminya kerana percaya, tiada sengketa dengan ibubapanya kerana sift taat dan patuh. Sesungguhnya mereka ini merupakan sahabat yang sentiasa menyokong dan setia.

Kesimpulan.

Contoh—contoh ini adalah kebiasaan yang FY nampak dalam semua perhubungan baik kawan, kekasih, keluarga, suami isteri dan sebagainya. Cuba perhatikan dan buat kajian, FY yakin orang kawan di sebelah anda dan masih di sebelah anda selama ini mungkin merupakan orang akhirat yang boleh bersabar dengan kerenah anda si orang dunia atau anda merupakan orang akhirat kerana anda boleh bersabar dengan segala kerenah mereka dan selalu mendoakan mereka mendapat hidayah dari Allah Taala. Ini kerana perhubungan dengan antara orang dunia dengan orang dunia seringkali terputus, penuh dengan masalah dan sengketa. Bila terputus maka kita akan mencari orang dunia yang lain dan acapkali perkara yang sama akan berlaku.

Kesimpulan dari semua ini perhatikanlah hubungan anda baik suami isteri, pasangan kekasih, kawan, keluarga dan sebagainya. Kawan makan kawan hanya berlaku kepada golongan orang dunia namun ini tak berlaku kepada golongan akhirat. Mereka selalu sahaja bergembira, berbahagia dan sejahtera. Mereka menyenangkan dan tidak menyusahkan. Mereka bukan punca sesuatu masalah terjadi.

Bak kata professor Hamka dalam buku falsafah Hidup,

“Mereka yang bahagia dia akhirat adalah mereka yang bahagia di dunia terlebih dahulu.”

Fikir-fikirkanlah. Kalau masih tak faham cari FY, InsyaAllah FY akan cuba membantu menerangkannya dengan lebih lanjut.

Sekian dahulu semoga artikel ini membawa manfaat kepada anda.


BAHAGIAN 2

Kali ini FY sambung kisah betapa baiknya hubungan orang akhirat dengan orang akhirat ini.

Orang Akhirat VS Orang Akhirat

Hubungan baik yang terjalin antara orang akhirat dengan orang akhirat ini baik pasangan, kawan, suami isteri dan sebagainya adalah atas sebab mereka bakal punya prinsip yang sama. Prinsip asas yang disarankan oleh Allah dalam Al Quran dan mengikut Sunnah.

Mereka ini menjaga diri, keluarga, jiran, masyarakat, nusa dan bangsa atas dasar prinsip ugama. Dalam ertikata lain menjaga hubungan sesama Insan pada masa yang sama menjaga hubungan dengan Allah Taala.

Mereka ini menerapkan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat yang baik dalam diri dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah yakni sifat-sifat terkeji dalam diri. Sifat pemurah, bersangka baik, berkata baik, sederhana, bertolak ansur, bertoleransi, saling membantu, suka berkhidmat, menyenangkan dan sebagainya merupakan sifat yang mereka pegang. Dalam ertikata lain mereka mempunyai akhlak yang mulia sepertimana yang dibawa oleh Rasullullah SAW. Malah ada juga yang cara berpakaian, cara pembawakan diri semuanya mengikut Nabi Besar SAW tersebut. Berjanggut, berjubah dan berserban putih, makan, minum, tidur, buang air semuanya mengikut Nabi.

Mereka ini merupakan sahabat-sahabat yang menyokong dan sentiasa setia, sedia berkhidmat setiap masa dengan ikhlas tanpa memohon apa-apa imbalan atas bantuan yang mereka hulurkan. Mereka ini juga merupakan anak yang soleh yang patuh dan taat kepada kedua orang tuanya. Mereka juga secara tak langsung merupakan pembawa berita gembira yang menyebarkan syiar Islam dalam bentuk yang nampak mahupun tak nampak. Mereka bencikan permusuhan dan sukakan keamanan serta kesatuan. Sesungguhnya mereka percaya orang beriman itu bersaudara.

Kalau menyampaikan mereka menyampaikan yang benar dengan hikmah dan bijaksana dalam suasana kasih sayang. Hanya orang dunia yang menyampaikan perkara fitnah, tipudaya, manipulasi, mengadu domba dan dalam kebencian yang mendalam. Ini kerana mereka sendiri tidak tahu yang mana yang benar dan yang mana yang salah.

Dalam hubungan kepada Allah, mereka ini selalu mengingati Allah dalam susah dan senang, nama Allah sentiasa di bibir, di dalam hati, setiap yang berlaku akan dihubungkaitkan dengan Allah Taala, yang baik mahupun yang buruk. Percaya dengan penuh yakin kepada Qada dan Qadar Allah Taala. Sesungguhnya percaya kepada Qada dan Qadar ini adalah petanda keimananan dalam diri.

Mereka mengangkat hukum Allah yang teratas. Andai berlaku konflik antara hukum dunia dan hukum Allah pasti mereka akan mengikut hukum Allah Taala walaupun kedangkala berat di hati namun lambat laun akan diikhlaskan juga. Kerana apa yang penting bagi mereka ialah apa yang Allah kata dan bukan apa yang manusia kata.

Mereka bergerak dan melakukan apa juga perbuatan dengan motif ibadah ikhlas kerana Allah Taala. Sebab itulah kalau mereka berkawan lelaki perempuanpun mereka berkawan kerana Allah dan bukannya kerana nafsu yang membawa ke hotel.

Inilah antara asas-asasnya menjadi orang akhirat. Orang akhirat yang berkahwin dan berpasangan dengan orang akhirat pastinya beruntung dan punya sokongan yang baik dari pasangannya. Itu FY pasti.

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-Nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat ).

Surah An Nisa’ ayat 69

Sekian dahulu. Kita bertemu lagi dalam bahagian yang lain pula dalam topik ini. Semoga artikel ini membawa manfaat dan kefahaman kepada anda yang dijodohkan dengannya. InsyaAllah.

' style='padding: 0; border: none;'/>

23 Januari 2012

Rahsia Hubungan / Rumahtangga Bahagia




Sepanjang kehidupan FY sering bertemu dengan mereka-mereka yang punya masalah dalam perhubungan. Yang bersengketa, yang retak menanti belah, yang putus cinta, yang bercerai berai dan sebagainya. Baik perhubungan kawan, kekasih, saudara mara, adik beradik serta keluarga. Asal dua pihak ini bernama manusia maka inilah yang sering kedengaran dan terjadi.

Kemudian ada pula pakar-pakar motivasi dan kaunseling yang mengatakan itu ini bagi menjelaskan atau kembali memulihkan keadaan namun ada yang berjaya dan ada juga yang tidak.

Apapun disini sekali lagi FY akan mengutarakan penjelasan kenapa permasalahan dalam perhubungan ini boleh terjadi.

Sebenarnya sebagai manusia yang mana punya pengisian yang pelbagai maka lambat laun mereka akan membentuk diri kepada dua golongan utama iaitu golongan orang keduniaan dan kedua golongan orang keakhiratan.

Biar FY terangkan serba sedikit antara ciri-cirinya.

Orang Dunia
  • Mementingkan dunia dan segala isinya.
  • Sentiasa berusaha untuk mencantikkan luarannya namun dalamannya busuk.
  • Punya prinsip kehidupan yang bebas dan tidak tetap.
  • Berambut kuning dan bermata biru.
  • Kaki Clubbing, minum, judi, arak, maksiat dan sebagainya.
  • Mereka menyusahkan dan tidak menyenangkan. Mereka merupakan punca setiap kali masalah terjadi.

Orang Akhirat
  • Melakukan perbuatan kerana Allah Taala.
  • Bersih di luar dan cantik di dalam.
  • Punya prinsip kehidupan berlandaskan hukum hakam Allah Taala dan Sunnah.
  • Menutup aurat.
  • Kaki solat, surau, madrasah dan masjid.
  • Mereka menyenangkan dan tidak menyusahkan. Mereka bukan punca sesuatu masalah terjadi.

Jadi dua golongan ini akan bersatu bercampur baur dalam kehidupan. Mereka berkawan, bersaudara, berkasih dan berkahwin.

Hakikatnya kebanyakan novel drama dan kisah yang dipaparkan difilem adalah berdasarkan plot kedua-dua golongan ini. Sebagai contoh Filem Ombak Rindu mahupun Drama Nur Kasih yang popular baru-baru ini juga memaparkan kisah yang serupa.

Kalau dalam Ombak Rindu Hariz heronya merupakan orang dunia yang mengamalkan kehidupan bebas seakan oarng Barat sedangkan Izzah pula merupakan orang akhirat yang mengamalkan hidup Islam. Izaah memohon untuk berkahwin, mengaji, menyiapkan hidangan, menutup aurat, membantu mengurut dan membukakan kasut dan stokin dan sebagainya. Semua ini hanya dilakukan oleh isteri mithali yang faham akan prinsip keislaman untuk berbakti kepada suaminya.

Kisah dalam Ombak Rindu itu jelas menunjukkan perbezaan antara orang dunia dengan orang akhirat. Dalam drama Nur Kasih juga serupa yang mana akhirnya keislaman juga yang membawa bahagia.

Baiklah di sini biar FY jelaskan apa yang terjadi dalam perhubungan diantara mereka-mereka golongan dunia dan golongan akhirat ini.

Orang Dunia VS Orang Akhirat

Masalah akan terjadi kerana perbezaan prinsip dalam diri mereka.

Si suami orang dunia akhirnya menceraikan isteri orang akhirat yang baik bertudung kerana dia mempunyai kekasih gelap bilamana dia semakin mewah dan berkemampuan.

Si isteri orang dunia memilih untuk tidak patuh dan meminta cerai kepada suaminya orang akhirat kerana tak dapat menyediakannya dengan kemewahan hidup. Kalau dahulu semasa suami dapat membelikan kereta dan barang mewah sayangnya tidak terhingga tetapi bila perniagaan suaminya jatuh maka suaminya itu ditinggalkan pergi. Ini kerana dia berkahwin kerana kemewahan dan bukan kerana Allah Taala.

Ibu bapa orang akhirat bergaduh dengan anaknya orang dunia yang mahukan kehidupan bebas umpama orang Barat. Ibubapa yang menyuruh anaknya bersolat, menutup aurat, menziarah dan sebagainya namun tidak dipedulikan malah membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan.

Perhubungan mula menjarak dan pertelingkahan mula terjadi antara suami isteri bila isteri yang mula mendapat hidayah dan mula memakai tudung dan mendekati kuliah-kuliah di masjid. Ia disebabkan kerana perubahan prisip kehidupan bilamana isteri mula mengikut hukum hakam Allah Taala. Contohnya kalau dahulu di ranjang semua boleh dilakukan dan bila si isteri mengelak dari melakukan yang haram maka suami mula bengang dan marah.

Orang Dunia VS Orang Dunia

Mungkin anda akan berkata kenapa pula keretakan akan berlaku diantara orang dunia dengan orang dunia walhal mereka berada dalam kelompok yang sama?

Sebenarnya ia berlaku kerana perbezaan nilai, prinsip dan pendapat. Contohnya prinsip kemaafan.
  • Si Suami hanya akan memaafkan kalau dia datang dan meminta maaf.
  • Si Isteri hanya akan memaafkan kalau dia membayar ganti rugi.
  • Si Ibu hanya akan memaafkan kalau anaknya sujud dikakinya.
  • Si Ayah takkan memaafkan sampai bila-bila.
  • Si kekasih takkan maafkan walaupun dia telah meminta maaf. Forgive but never forget katanya.
  • Dan banyak lagi.

Dalam prinsip kemaafan ini kita boleh lihat berapa banyak nilai perbezaannya. Sedangkan prinsip keakhiratan cuma satu;

  • Maafkan sahaja dengan ikhlas 100% kerana Nabi ampunkan ummat dan ALLAH TAALA juga MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.

Itu baru FY terangkan mengenai prinsip kemaafan bagaimana pula dengan prinsip-prinsip yang lainnya? Prinsip kerajinan, keyakinan, keikhlasan, kepercayaan, kemurahan, kebaikan akhlak, toleransi, perhubungan dan sebagainya?

Penceraian boleh berlaku hanya kerana perbezaan-perbezaan prinsip-prinsip ini dalam diri dua insan yang sedang dalam perhubungan itu. Bercerai berai kerana cemburu buta, kerana isterinya pemalas, kerana isterinya meminta-minta, kerana suaminya lebihkan ibunya (yang mana bersesuaian dengan prinsip Islam), kerana suaminya panas baran, kaki pukul, kaki todi dan sebagainya.  

Faham tak ni?

Kesimpulannya orang dunia tak punya prinsip asas kehidupan yang sama. Perbezaan prinsip ini membawa kepada perbalahan, pergaduhan dan pemutusan silaturrahim yang dibenci Allah Taala.

Orang Akhirat VS Orang Akhirat  

Orang akhirat yang mana kedua-duanya berpegang kepada Al Quran dan Sunnah pastinya akan hidup dalam keadaan aman damai dan sejahtera kerana mereka takut kepada Allah Taala, menjalankan kehidupan dengan memenuhkan aktiviti ibadah dan menjauhkan maksiat.

Mereka ini tenang, memaafkan, pemurah, bersangka baik dan punya sikap mahmudah yang penuh dengan kebaikan. Anak-anaknya menutup aurat, menjaga solatnya, penuh dengan sopan santun serta punya budi pekerti yang mulia.

Tiada cemburu pada suaminya kerana percaya, tiada sengketa dengan ibubapanya kerana sift taat dan patuh. Sesungguhnya mereka ini merupakan sahabat yang sentiasa menyokong dan setia.

Kesimpulan.

Contoh—contoh ini adalah kebiasaan yang FY nampak dalam semua perhubungan baik kawan, kekasih, keluarga, suami isteri dan sebagainya. Cuba perhatikan dan buat kajian, FY yakin orang kawan di sebelah anda dan masih di sebelah anda selama ini mungkin merupakan orang akhirat yang boleh bersabar dengan kerenah anda si orang dunia atau anda merupakan orang akhirat kerana anda boleh bersabar dengan segala kerenah mereka dan selalu mendoakan mereka mendapat hidayah dari Allah Taala. Ini kerana perhubungan dengan antara orang dunia dengan orang dunia seringkali terputus, penuh dengan masalah dan sengketa. Bila terputus maka kita akan mencari orang dunia yang lain dan acapkali perkara yang sama akan berlaku.

Kesimpulan dari semua ini perhatikanlah hubungan anda baik suami isteri, pasangan kekasih, kawan, keluarga dan sebagainya. Kawan makan kawan hanya berlaku kepada golongan orang dunia namun ini tak berlaku kepada golongan akhirat. Mereka selalu sahaja bergembira, berbahagia dan sejahtera. Mereka menyenangkan dan tidak menyusahkan. Mereka bukan punca sesuatu masalah terjadi.

Bak kata professor Hamka dalam buku falsafah Hidup,

“Mereka yang bahagia dia akhirat adalah mereka yang bahagia di dunia terlebih dahulu.”

Fikir-fikirkanlah. Kalau masih tak faham cari FY, InsyaAllah FY akan cuba membantu menerangkannya dengan lebih lanjut.

Sekian dahulu semoga artikel ini membawa manfaat kepada anda.

' style='padding: 0; border: none;'/>

20 Januari 2012

SESUNGGUHNYA MANUSIA TIADA DAYA UPAYA...




Sebenarnya dalam kehidupan kita yang pendek ini kita akan mempelajari pelbagai nilai kehidupan dan niali ini kalau diambil bakal menjadi prinsip diri. Mereka yang bertemu dengan nilai pemurah dan selalu menyumbang, menderma dan bersedekah maka maka mereka bakal mempunyai prinsip pemurah ini dalam diri. Semua ini melalui satu proses pengisian, pengulangan dan pengukuhan sebelum ia menjadi prinsip diri.

Kalau kita lihat dalam diri seseorang itu maka kita akan dapat lihat ada yang punya prinsip pemurah ini dalam diri dan ada yang tidak. Bagi yang ada prinsip ini kita akan sesekali mendengar mereka berkata yang memberi itu adalah lebih baik dari meminta, tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah, mereka juga yakin yang pemberian akan membawa kepada rezeki yang lebih banyak lagi dan sebagainya.

Ini jelas menunjukkan yang mereka telahpun punya pengisian dalam diri yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang pemurah.

Kebanyakan prinsip ini terbentuk dalam diri kita secara spontan, secara tak sengaja dan selalunya dalam tak sedar. Apapun FY pula selalunya memasukkan sesuatu prinsip ke dalam diri secara objektif. Apa yang belum FY masukkan akan FY cuba masukkan dalam hati dan cuba menjadikannya satu prinsip kehidupan. Sifat pemurah, berzikir, sentiasa senyum, bercakap dengan hikmah dan benar, ikhlas dan sebagainya.

Masih banyak prinsip yang belum ada dalam diri FY dan dari masa ke semasa FY akan memasukkannya satu persatu berdasarkan kesedaran yang pada satu-satu masa itu. Tawakkal dan bersyukur kepada Allah antara prinsip terbaru yang FY pelajari dan hayati baru-baru ini.

Sekarang ini FY sedang mempelajari, menghayati dan melaksanakan prinsip Lahaulawalaquataillabillah... iaitu kita manusia tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah Taala.

Kalau kita merasakan yang kita berkuasa untuk melakukan itu dan ini, kalau kita merasakan yang kita yang berjaya mencapai itu dan ini maka sedarilah yang semua ini sebenarnya berlaku atas ketentuan Allah Taala. Kita tak akan malah dapat mengangkat walau sebatang jari sekalipun tanpa keizinan Allah Taala.

Seperkara lagi kita selalu membuat pelbagai perancangan dan kalau difikirkan banyak perancangan yang kita buat mendapat ketentuan yang berbeza. Kita berusaha untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi kita gagal, kita berusaha untuk mendapatkan kontrak namun kita kecundang dan sebagainya walhal bukanlah lebih baik kalau kita biarkan sahaja ketentuan ini di tangan Allah Taala? Kalah atau menangnya, berjaya atau tidaknya.

Kekecewaanlah yang bakal kita terima kalau kita tidak punya prinsip ini.

Sekian sahaja buat kali ini. Jadilah orang melayu yang punya prinsip Islam dan janganlah jadi orang melayu yang punya prinsip yang tak tentu.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

18 Januari 2012

PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA - TERBITAN AWAM DI MITI - EITA RESOURCES BERHAD



PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA - TERBITAN AWAM DI MITI

SYARIKAT : EITA RESOURCES BERHAD

  • Jumlah saham yang diperuntukan : 13 juta unit
  • Harga par : RM0.50 seunit
  • Harga tawaran  : Sila hubungi FY untuk butiran lanjut.
  • Aktiviti utama syarikat : Pegangan Pelaburan dan  Penyedia
  • Perkhidmatan Pengurusan Kepada Subsidarinya Melalui Sektor Komponen, E&E dan Peralatan, Sistem Lif & Sistem Busduc.
  • Untuk mengetahui mengenai syarikat dengan lebih lanjut, layari laman ini http://www.eita.com.my/.
  • Penyenaraian saham : Disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa
  • Malaysia Securities Berhad  
  • Bank penasihat : AmInvestment Bank Berhad
  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2012 (Selasa)

Sekiranya anda berminat untuk memohonnya, mendapatkan khidmat nasihat, mendapatkan borang, coverletter dan sebagainya hubungi FY. InsyaAllah FY akan membantu anda.

FY

012-654 0130

' style='padding: 0; border: none;'/>

faizalyusup.com diganti dengan faizalyusup,net

Salam buat semua...

Setelah sekian lama blog ini menghadapi masalah, akhirnya ia dapat dinaikkan kembali dengan harapan FY akan dapat menulis dan terus menulis demi kebaikan ummah walau apapun juga cerita di dalamnya.

Apapun terdapat sedikit perubahan pada nama blognya iaitu dari www.faizalyusup.com kepada www.faizal yusup.net. Apapun penulisnya tetap sama. FY juga orangnya. InsyaAllah ia akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Tungguuuuu....


FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.



Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430


' style='padding: 0; border: none;'/>

13 Januari 2012

memperkenalkan www.faizalyusup.net

Salam 2012...

Sudah lama FY tak menulis dalam blog ini semenjak domainnya bermasalah tempohari. Apapun atas sebab-sebab teknikal ia tak dapat dibaiki. Oleh yang demikian FY mengambil keputusan untuk membeli domain yang baru iaitu www.faizalyusup.net. InsyaAllah ia akan mula beroperasi beberapa hari lagi. Mungkin ini akan membuatkan FY kembali menulis menyampaikan pelbagai kisah teladan, motivasi, pelaburan saham dan sebagainya. InsyaAllah.

Buat masa ini FY sibuk dengan pelajaran iaitu masa untuk input jadi masa untuk output menulis menjadi begitu terhad. Apapun FY akan cuba yang terbaik. InsyaAllah.

Jumpa lagi.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

20 Disember 2011

STRATEGI PELABURAN SAHAM TERKINI



Salam sejahtera kepada mereka-mereka yang melayari blog FY, sekali lagi FY memohon maaf kerana kebelakangan ini FY agak sibuk dan kesempitan masa untuk menulis.

Baiklah kali ini FY akan tulis artikel yang sekian lama berlegar dalam fikiran hanya kini dapat dialihkan dalam bentuk penulisan iaitu perihal kedudukan pasaran saham terkini dan startegi yang terbaik untuk diambil dalam climate pasaran saham terkini.

Untuk pengetahuan semua, KLCI pada 1474 mata ini sebenarnya cukup tinggi jadi strategi membeli saham untuk satu jangkamasa yang lama atau buw low sell high bukan satu strategi yang baik. Buat masa ini strategi yang terbaik ialah buy high sell higher atau dalam ertikata lain menjalankan strategi trading iaitu untuk membeli dan menjual pada jangka masa yang pendek. Lebih pendek lebih baik. Ini kerana dewasa ini banyak saham hanya naik satu hari dan kemudiannya kembali merudum.

Keduanya kebelakangan ini banyak penny stocks yang naik. Dalam hal ini saranan FY ialah jangan mengejar saham-saham ini. Kalau ia sudah naik biarkan sahaja. Kalau anda ingin membelinya belilah pada harga yang rendah dan bukan bila ia sudah naik kerana pada masa anda membelinya dalang yang berada di belakang saham-saham ini akan menjualnya dan mendapat keuntungan. Kita yang rugi dan bila saham itu turun kita pula yang tersangkut dengan saham-saham cap ayam itu.

Untuk pengetahuan anda, hanya ada beberapa sebab saham-saham cap ayam ini naik mendadak.

  1. PDT atau Propreitory Day Traders.
Mereka ini masuk dan keluar atau zerosise position menjelang petang dan mengambil keuntungan daripada saham-saham ini dalam masa satu hari sahaja. Jadi carta saham itu selalunya akan berbentuk spike atau V terbalik. Mereka tiada kepentingan dalam saham tersebut tetapi berada dalam pasaran serta mempunyai lesen untuk berbuat demikian. Jadi berhati-hatilah dengan saham-saham yang sebegini.

  1. Sindiket.
Sindiket ini adalah dalang yang menyebabkan sesuatu saham itu bergerak naik mendadak dan cara permainan mereka berbeza-beza dan begitu sukar dikesan. Malah pihak Bursa Malaysia juga ketinggalan dengan kecanggihan mereka. Sekali lagi berhati-hatilah supaya anda tidak tersangkut dengan saham cap ayam ini, saham yang tiada nilai.

Salah satu faktor utama untuk dilihat sebelum trading dalam saham-saham penny stocks ini ialah pastikan volume pasaran melebihi 2 billion. Kalau ia melebihi 2 billion maka intu adalah masa yang sesuai untuk buat duit dalam saham-saham sebegini.

Sekian dulu.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

08 Disember 2011

CATATAN FY

Salam sejahtera semua...

Semenjak kembali menjadi pelajar dan sejak domain blog FY ini bermasalah entah kenapa FY rasa begitu malas untuk menulis. Apapun banyak yang berlaku kebelakangan ini dan InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti FY akan kembali menulis dan mengemaskini blog ini. 

Harap bersabar kerana sebagai manusia inilah satu putaran kebiasaan, adakalanya di atas dan adakalanya di bawah.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>