Saya pernah menghuraikan isu ini dalam buku Anda Yang Baru dahulu dan atas alasan pengukuhan saya akan menjelaskannya secara ringkas di sini.
Disini isu pendidikan matapelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu sering diperdebatkan. Sekejap ia dalam Bahasa Melayu kemudian ditukar kepada Bahasa Inggeris dan seterusnya kembali kepada Bahasa Melayu. Tak tahulah apa pula selepas ini.
Apapun saya tak mahu memperdebatkannya. Huraian ini hanyalah sebagai satu pengisian untuk difikirkan bersama.
Di Malaysia kita kena belajar bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi tujuan membaca Al Quran. Isu bahasa ini sudah cukup membebankan otak kita. Contohnya mesyuarat, meeting dan mesyuarah merupakan perkataan bagi menerangkan satu perjumpaan formal, mayat, corpse dan jenazah, tiga bahasa yang menerangkan perihal orang yang telah meninggal dunia. Dalam ertikata lain otak kita dipenuhi dengan pengisian bahasa yang bersifat luaran.
Di negara maju contohnya Jepun, German, Amerika mereka hanya punya satu bahasa dalam otak mereka. Jadi terdapat ruang yang luas dalam otak mereka untuk memikirkan perkara yang seterusnya. Perkara yang lebih dalam. Seterusnya seperti yang semua ketahui bahasa menyatukan bangsa. Di Korea mereka punya satu bangsa, satu bahasa dan satu negara menuju ke arah objektif yang sama untuk membangunkan negaranya. Kita pula secara dasarnya punya tiga bangsa dengan tiga bahasa yang menuju ke arah tiga objektif yang berbeza. Mungkin atas alasan inilah kerajaan memperkenalkan kempen 1 Malaysia bagi tujuan menyatukan semua kaum di dalam negara ini untuk mencapai objektif yang satu.
Analogi seakan sebilah tombak dengan satu mata dibandingkan dengan sebilah tombak bercabang tiga. Yang satu menuju ke sasarannya yang satu dan yang satu lagi punya tiga sasaran yang berbeza.
Mungkin anda akan berkata ada negara yang menggunakan satu bahasa, satu bangsa dan satu negara tetapi masih mundur. Dalam hal ini, kita bandingkan pula tahap penyelidikan dan jangkamasa tamadun mereka. Dalam ertikata lain kalau kita buat kutubkhanah atau perpustakaan dan memasukkan semua buku yang ada maka kita akan lihat buku Bahasa Inggeris bakal menguasai. Buku kajian dan penyelidikan, buku yang diterjemah dari bahasa lain dan sebagainya. Ini kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling banyak penuturnya di dunia ini. Begitu juga perpustakaan Bangsa Jepun, China dan sebagainya lebih banyak materialnya disebabkan tamadunnya yang lebih lama semenjak dulu. Perpustakaan melayu pula jelas begitu kecil kerana jumlah bukunya yang terhad.
Oleh sebab itulah ada golongan yang percaya penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting bagi tujuan quantum leap atau loncatan dalam benang tamadun atau mempercepatkan perkembangan tamadun kerana kita tak perlu buat penyelidikan dengan kaedah trial and error atau percubaan dan kesalahan kerana kita hanya perlu mempelajari dari penyelidikan yang telah dibuat, seterusnya memperbaiki atau memperbaharuinya. Bezanya cuma memilih jalan secara perlahan atau laju. Itu sahaja. Memilih jalan perlahan akan menjadikan kita lebih kukuh asasnya dan kalau kita memilih jalan laju kita mungkin lebih mudah jatuh. Itu sahaja bezanya.
Apapun bagi saya kalau kita punya pilihan jalan pintas untuk meningkatkan tamadun tak ada salahnya kalau kita mengambilnya. Ia mungkin akan mempercepatkan kita sampai ke tempat yang dituju dan bersaing dengan mereka yang lebih maju.
Sebagai penutup topik ini hanya satu yang ingin saya kongsikan. Tahukah anda Bahasa Arab adalah bahasa yang paling baik dan terlalu dalam makna tersiratnya. Perkataan seperti Ihsan, Takwa dan Iman contohnya tak dapat didefinasikan dengan tepat dalam apa juga bahasa. Inilah sebabnya Orang Inggeris, Peranchis, Jepun dan yang lainnya yang ingin menterjemahkan Al Quran satu ketika dahulu menghadapi masalah kerana perbendaharaan kata mereka yang tidak mencukupi bagi menerangkan maksud. Ini menjadikan semua terjemahan Al Quran itu sebenarnya tidak tepat maksudnya. Tapi janganlah ini dijadikan alasan untuk tidak membaca dan memahami isi kandungan Al Quran itu.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami.
Ikhlas dari,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.