06 Oktober 2009

Tip Kaunselor Jalanan

Sepanjang membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan motivasi dan kaunseling saya dapati ada beberapa kes yang begitu sukar untuk diselesaikan.

Ini kerana walaupun mereka datang dan menceritakan kes mereka yang penuh dengan permasalahan dan kesedihan dan kelihatannya seakan mereka memerlukan kaunseling untuk memulihkan diri namun sebenarnya mereka ada niat lain yang tersembunyi.

Kalau anda seorang kaunselor perempuan dan pelanggan anda seorang lelaki mahupun sekiranya anda seorang keunselor lelaki dan pelanggan anda seorang perempuan maka berhati-hatilah. Ini kerana ada pelanggan yang datang bukan dengan niat untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi mereka mendekatkan diri dengan niat untuk berkasih.

Perhubungan kaunselor – pelanggan mestilah sentiasa dipelihara. Keadaan ini selalunya terjadi bila dari kaca mata pelanggan, pelanggan menyangkakan hubungan itu adalah perhubungan kawan. Ini kerana selalunya perhubungan berlainan jenis bermula sebagai kawan sebelum ia naik taraf sepertimana berikut ;

- Kawan – kawan
- Kawan baik – kawan baik
- Kekasih – kekasih
- Suami – Isteri
- Dan sebagainya.

Ia boleh naik setakuk demi setakuk lantas melanggar etika kaunseling tersebut sama sekali. Seorang kaunselor yang baik mesti tahu perkara ini bagi mengelakkan adegan-adegan yang tidak diingini yang boleh menjejaskan lebih-lebih lagi kalau anda merupakan seorang kaunselor yang telah berumahtangga.

Dalam salah satu kes yang pernah saya kendalikan pelanggan itu seorang janda. Dia meminta saya membantu masalah yang dihadapinya. Masalah kewangan, masalah perhubungan, masalah kesihatan dan sebagainya. Maka saya pun mengorak langkah membantu mana yang perlu. Setiap kali bertemu dia begitu baik dan lemah lembut menceritakan masalahnya dengan yang seringkali disulami dengan tangisan.

Bermula dengan sesi kaunseling ia menjadi lebih berat hingga mengajak saya melakukan hubungan seksual. Keadaan ini menyebabkan kecelaruan tetapi akhirnya saya mendapat tahu yang ini adalah modus operandi atau satu strategi yang digunakan oleh janda tersebut untuk menjerat mangsanya.

Bila mangsanya terjerat dengan pujuk rayunya maka dia akan menghantar surat untuk memeras ugut untuk mendapatkan wang. Kalau wang tersebut tidak diberikan maka dia mahu membocorkan rahsia tersebut kepada isteri dan disebarkan kepada semua orang. Kalau takpun dia mahu membuat repot polis atas dakwaan merogol. Bukankah naya jadinya nanti.

Ini adalah sebuah kisah benar yang terjadi dalam masyarakat kita. Malah kes sang kasanova yang menjerat wanita profesional, yang berduit, mengambil gambar bogel atau adegan seks yang digunakan untuk memeras ugut memlaui internet pernah disiarkan di dada-dada akhbar.

Oleh itu berhati-hatilah. Pastikan yang kita sentiasa menjaga etika seorang kaunselor yang punya budi pekerti yang tinggi. Mahu membantu dan bukan mengambil kesempatan.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.