15 Oktober 2009

Tip Menangani Sifat Marah - Anda Marah?

Mari kita lihat bagaimana sifat marah ini boleh timbul di dalam hati.


Menurut sejarah dalam kisah anak-anak Nabi Adam A.S. Habil dan Nabil yang berbunuhan kerana bergaduh inginkan kekasih yang juga merupakan adik mereka. Menurut kisahnya pada masa inilah perasaan kecewa, geram, marah, dan putus asa diturunkan Allah kepada manusia buat kali yang pertamanya. Pada masa yang sama pembunuhan, tangisan dan cara pengkebumian jenazah yang pertama juga terjadi dalam kisah ini. Bermula dari sinilah kita manusia secara automatik memiliki semua perasaan ini.


Di bawah ini saya huraikan dari sudut tugas manusia dibandingkan dengan tugas Allah Taala.


Tugas Manusia                Sifat                Tugas Allah
1. Berdoa                       Geram             Memakbulkan
2. Merancang                 Marah              Menentukan
3. Berusaha                    Resah               Memberi Rezeki
4. Menyampaikan           Tertekan          Memberi Hidayah
5. Menurut Perintah        Putus Asa         Memberi Ganjaran
6. Beribadah                  Kecewa            Pahala


Di sini kita boleh nampak yang kejadian nakal ini hanya akan datang bila terjadinya konflik antara tugas manusia dengan tugas Allah.


1. Kita jadi geram, marah dan kecewa bila kita selalu berdoa tetapi kononnya tidak dimakbulkan sedangkan kita tidak mengambil iktibar yang Nabi Ibrahim dimakbulkan Allah doanya hanya setelah berterusan berdoa selama 70 tahun. Kita juga jarang memikirkan akan nikmat-nikmat yang ada di sekeliling kita yang telah dimakbulkan Allah Taala kepada kita selama hari ini.


2. Kita jadi tertekan bila merancang untuk bertemu dengan buah hati tetapi buah hati yang ditunggu tak muncul-muncul tiba sedangkan hakikatnya penentuan itu adalah hak milik Allah Taala. Dia yang menurunkan hujan lantas menyebabkan kesesakan lalulintas hinggakan mata air anda itu lambat tiba. Yakinilah andai telah ditentukan kita akan berjumpa dengan buah hati kita pada masa yang diterapkan itu pasti kita akan bertemu dengannya.


3. Kita jadi kecewa kerana setelah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan sesuatu projek dan berharap akan mendapat bayaran sebanyak RM10,000.00 tetapi hanya mendapat RM2,000.00 sedangkan jauh di sudut hati kita, kita tahu yang Allah yang memberi rezeki. Bila kita berada dalam kawasan kelabu ini yang mana bila kita menyangka yang penentuan rezeki bergantung kepada usaha yang datang dari tulang empat kerat kita sendiri maka ia adalah satu prinsip yang nyata silap. Inilah yang menjadi penyebab kekecewaan dan putus asa kepada manusia.


4. Kita jadi tak sabar dan berkata :


“Aku dah puas menasihati si Abu tu tapi dia tetap tak berubah, masih tetap dengan perangai lamanya. “


Bagi nombor 5 dan 6 itu saya sarankan anda buatlah contoh sendiri.


Dalam carta di atas kita dapat lihat yang hidayah adalah hak milik Allah maka sedarilah yang kita tak punya kuasa untuk memberi hidayah. Oleh itu serahkanlah tugas memberi hidayah itu kembali kepada Allah Taala untuk membuka hati seseorang itu dan meneranginya.


Di sini terdapat konflik yang ketara kerana manusia tak dapat membezakan antara tugasnya dengan tugas Allah Taala. Tekanan yang datang sebenarnya adalah kerana kita meletakkan harapan yang tinggi kepada apa yang kita rancangkan itu menjadi kenyataan sebagaimana yang kita rancangkan. Lagi tinggi harapan kita maka makin mudahlah ia jatuh berkecai. Harapan yang berkecai inilah yang ditafsirkan dengan perasaan tak puas hati, kecewa, derita, geram dan sebagainya.


Apa yang saya maksudkan ialah konflik itu berlaku kerana kita sebagai manusia mahu sesuatu perkara itu terjadi mengikut kehendak kita tanpa memahami hakikat sebenarnya yang ketentuan sesuatu perkara itu terletak di tangan Allah Taala. Kita hanya boleh berusaha dan selebihnya kita serahkan pada Allah Taala. Sebagai contoh kita berkata seseorang itu “sepatutnya” bersikap begitu begini, keadaan itu “sepatutnya” begitu begini dan sebagainya. Aku sepatutnya mendapat kontrak itu, Suami aku sepatutnya faham dan lain-lain namun sebaliknya apa yang tidak sepatutnyalah yang sering berlaku dan yang tak sepatutnya inilah sebenarnya merupakan ketentuan Allah.


Maka adalah lebih baik sekiranya kefahaman kita sebagai manusia ialah seperti carta di bawah in dengan hanya menjalankan tugas manusia dan tidak mengambil tugas Allah Taala :


Tugas Manusia         Tugas Allah
Berdoa                    Memakbulkan
Merancang              Menentukan
Berusaha                 Memberi Rezeki
Menyampaikan        Memberi Hidayah
Menurut Perintah     Memberi Ganjaran
Beribadah               Memberi Pahala


Kefahaman ini dengan izin Allah akan menjadikan kehidupan kita lebih tenang dan bahagia. Sedarlah bila sesuatu itu telah berlaku maka itu termasuk dalam susunan Allah dan mengambil jalan redha dengan takdir Allah ini merupakan jalan yang terbaik.


Fikir-fikirkanlah..

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.