06 Julai 2010

Konflik Cinta - Bab 3 Bah 3


Setiap insan ada rahsianya. Apa rahsia anda?
NOVEL BERSIRI - KONFLIK CINTA
Bab 3 Bahagian 3


Beberapa hari selepas sambutan harijadiku itu aku menerima kad ucapan hari lahir dari Kak Ina bersama surat yang menceritakan tentang keadaan pembelajarannya di Universiti Teknologi Mara. Cerita mengenai pertukaran kolejnya dari Kolej Seroja ke Kolej Jati juga mengenai keluarganya. Dia juga meminta maaf kerana tak dapat memberikan aku apa-apa hadiah kerana kosnya yang mahal untuk menghantarnya ke sini. Kadang-kadang aku pelik juga kenapa Kak Ina tak pernah menceritakan tentang kisah kekasihnya.

Semenjak malam sambutan harijadiku itu, perhubunganku dengan Zila semakin rapat. Zamri, aku dan Zila pula yang selalu bersama. Pada mulanya Wati masih lagi bersama kami tetapi lama kelamaan dia seakan semakin mejauhkan diri. Bila aku tanya, katanya dia sibuk.

Petang itu aku berhasrat untuk ke kedai Kinko’s yang letaknya lebih kurang 10 minit perjalanan dari kampus. Aku perlu membuat salinan beberapa bab buku Political Science yang aku pinjam dari Perpustakaan. Kedai alatulis ini mempunyai kemudahan yang pelbagai. Selain menjual alatulis, ia juga menyediakan perkhidmatan fotokopi, internet, binding dan sebagainya. Ia juga dibuka 24 jam. Kadangkala kami pelajar boleh duduk di sini semalaman bagi menyiapkan kertaskerja yang perlu dihantar.

Aku melangkah perlahan dengan beg yang disandang di bahu. Fikiranku masih lagi mengimbau peristiwa tempohari. Aku tersenyum mengingatinya. Kedai-kedai yang ada di situ dilewati satu persatu tanpa aku pedulikan. Cuaca petang ini sejuk dan nyaman.

Setibanya aku di sana aku terus melakukan kerja yang perlu disiapkan tanpa menghiraukan suasana sekeliling. Sambil melakukan semua ini hatiku berzikir. Inilah kebiasaan yang telah menjadi tabiatku sekian lama. Kalau aku tak berfikir selagi daya aku akan berzikir. Aku pernah terdengar ungkapan “ berfikir sesaat adalah lebih baik dari berzikir sepanjang malam ”. Ungkapan inilah yang aku pegang. Paling tidakpun aku dapat mendekatkan diri dengan Allah Taala. Program fikir dan zikir ini aku gunakan dimana sahaja baik sedang bekerja, berjalan, memandu, dalam lif atau dimana sahaja bilamana terdapat kekosongan iaitu bila otak aku tidak digunakan samaada sedang berfikir, menelaah atau mendengar pensyarah mengajar.


Memandang pada Mat Saleh di sebelahku, satu persoalan timbul dibenak. Apa agaknya yang dilakukan oleh Mat Saleh ni jika dia tidak berfikir? Dia menyanyi agaknya jawab hatiku sendiri.

Satu setengah bab telah siap aku salin.

“ Man! Kat sini kau rupanya. Puas Wati cari. ” Tiba-tiba tercegat Wati di hadapanku.

“ Wati.. Kau dari mana? Nak kemana? ”

“ Cari Manlah. Kenapa Man tak angkat telefon? ”

Aku mengeluarkan telefonku dari dalam poket. Padam.

“ Laa, bateri dah habis, Man lupa nak cas semalam. Kenapa Wati cari Man? ”

“ Tak. Wati nak ajak Man ke rumah malam ni. ”

“ Zamri sekali ke? ”

“ Tak! Wati nak ajak Man seorang je. Wati ada belated birthday surprise untuk Man. Pukul 8:30 boleh? ”

“ Boleh kot. ” Jawabku memberi pengesahan.

XXXXXX

Malam itu setelah bersiap aku memberitahu Zamri yang aku akan ke rumah Wati.

“ Ada apa hal bro’?

“ Entahlah Zam. Dia kata ada belated birthday surprise untuk aku. ”

“ Aku rasa mungkin dia nak masak makan malam dan ajak aku makan bersama-sama dengan housemates dia kot? Mungkin dia rasa bersalah sebab semalam dia bagi aku hadiah mug aje kot? ”

“ Tapi mug dia siap dengan gambar love merah menyala tu siyot! Macam ada makna je... ”

“ Ish! Takkanlah. Kan kita bertiga kawan baik. ”

“ Kalau dok himpit semacam je bukan kawan baik namanya. Kau tu hensem bro, muka macam Keanu Reeve, kalau aku perempuan aku pun nak himpit... ”

“ Erk!! Geli geleman aku. Buat meremang bulu ketiak aku je. Kau ni gay ke apa? ”

“ Takdelah... Aku yang solo ni tak ada siapa pulak nak himpit... heeemmm.. ” Dengus Zamri dengan nada sedikit kecewa.

“ Kau tu terlebih hensem bro’, perempuan takut. Eh! Okaylah Zam, aku dah lambat ni. Aku gerak dulu ok. Assalamualaikum.. ” ujarku sambil tangan mencapai baju sejuk biru merah yang tergantung di kerusi.
 
Salji turun malam ini. Nampaknya kenalah aku buang salji yang bertepek menutupi kereta Nissan biru muda milikku ini. Aku terlewat sedikit tiba di rumah sewa Wati. Aku terus melangkah menaiki tangga Apartment Lima tingkat berwarna coklat itu. Loceng di tepi pintu 4G di tingkat 4 itu kutekan.

Selang beberapa detik daun pintu dibuka. Wati  tersenyum, rambutnya yang lurus dilepaskan. Dia memakai baju T merah jambu dan berseluar jeans. Wangi. Dia menjemput aku masuk.

“ Mana bebudak lain ? ” Soalku bila kawan-kawannya tidak kelihatan. Begitu juga makanan.

“ Duduklah dulu, diorang keluar kejap. ” Sahutnya sambil berjalan menuju ke bahagian dapur. Peti sejuk dibukanya. Dua gelas jus oren dibawanya ke arahku yang sedang duduk di sofa, entah kenapa hatiku gundah.

“ Wati ada surprise khas untuk birthday Man. ” Katanya sambil menghulurkan gelas jus tersebut kepadaku. Aku mengambilnya dan terus menghirup air tersebut.

“ Tapi Man kena tutup mata, bila Wati kata buka baru buka boleh? Janji tau... ”

“ Okay.. ”

“ Tutuplah mata sekarang..  Wati nak pergi ambil ni. ”

Tanpa berfikir panjang, akupun menutup mataku. Bunyi setiap langkah kakinya kedengaran menuju ke pintu dan kemudiannya ke dalam bilik. Sebentar kemudian dia keluar. Bunyi tapak kakinya berhenti betul-betul di hadapanku.

“ Dah belum? Tanyaku. ”

“ Dah. ”

Azman terkejut tatkala membuka kelopak matanya...

Bersambung...

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Novelis

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.