Setiap kali berlaku apa-apa krisis politik atau apa sahaja maka ramailah pelabur-pelabur newbies yang panik. Mulalah menyangkakan yang pasaran akan jatuh merudum. Terjunan Pandelela Rinong katanya. Nak jual semua saham katanya. Adoiyai. Lek lek jer…
Dalam hal ini ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.
- Pertamanya 90% daripada pelabur-pelabur runcit yang ada di dalam Bursa Malaysia ini terdiri daripada pelabur bukan bumiputera. Jadi sentimen yang kita rasa sebagai Bumiputera adalah tidak sama dengan sentimen yang dirasai oleh bukan Bukan Bumiputera. Contohnya sentimen peletakan jawatan TSMY semalam merupakan sentimen yang positif kepada mereka.
- Keduanya impak terbesar untuk Bursa Malaysia adalah apabila ia ada kena mengena dengan sentimen ekonomi. Selagi ekonomi aktiviti ekonomi berjalan dengan lancar maka Bursa Malaysia akan positif. Pembukaan kembali 11 industri perniagaan seperti yang diumumkan akan memberikan impak yang positif kepada Bursa. Itu lagi penting daripada isu politik.
- Ketiganya program vaksinasi kita berjalan pada kadar yang pantas dan InshaAllah negara akan mencapai herd imunity menjelang Oktober nanti. Itu juga memberikan sentimen yang positif kepada Bursa Malaysia yang mana pada masa itu semua aktiviti ekonomi akan kembali dibuka.
- Keempatnya mkt memang dah rendah. 1500 adalah paras support yang kuat buat Bursa Malaysia pada ketika ini. Sudah banyak kali ia diuji namun ia tetap akan bertahan di sini.
Para penganalisis Rakuten pula menjangkakan Bursa Malaysia akan ditutup pada 1650 penghujung tahun ini berdasarkan unjuran data-data pertumbuhan ekonomi semasa.
Semoga kita dikurniakan dengan pemimpin dan kabinet yang boleh mengeluarkan polisi dan dasar-dasar yang utuh bagi tujuan pemulihan ekonomi negara kita. InshaAllah. Yang mana dengan itu akan mengembalikan keyakinan pelabur asing untuk kembali melabur dalam negara yang bertuah ini.
Kita lek lek jer… Melabur dengan ilmu bukan emosi.
FY Al Haj
Top Performing Remisier cum Motivator
Kenanga Investment Bank Berhad
PS - Dah buka akaun CDS dengan FY lum?
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Jangan risau anda berada di tempat yang betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.