FAQ IPO MITI
Q - Berapa unit minima dan maksima permohonan?
FY - 1000 unit minima tiada maksima.
Q - Harga di MITI sama ke dengan IPO awam?
FY - Sebenarnya harga peruntukan saham khas Bumiputera di MITI menggunakan harga yang ditawarkan kepada Institusi namun demikian lazimnya ia sama dengan harga tawaran kepada pelabur individu.
Q - Kalau dah pernah dapat sebelum ini boleh apply lagi ker?
FY - Boleh jer!
Q - Kenapa tak ada kat MBB2U?
FY - Kerana pada fasa ini saham yang berkenaan belum lagi ditawarkan kepada pelabur awam.
Q - Kalau lupa id dan password macamana di laman web sahamonline tu macamana?
FY - Kenalah hubungi pihak MITI. Untuk pengetahuan anda ID gunakan no IC baru.
Q - Saya kerja kerajaan. Bagaimana nak dapatkan surat kebenaran ketua jabatan?
FY - Dari pengalaman FY, pelabur selalunya menulis surat tersebut sendiri dengan mengatakan nama saham dan jumlah saham yang ingin dipohon dari pihak MITI dan kemudian meminta ketua jabatan mengecop dan menandatanganinya.
Q - Bagaimana nak lampirkan bukti akaun CDS?
FY - Anda boleh dapatkan dengan mencetak emel dari pihak Bursa Malaysia semasa membuka akaun dahulu atau minta dari broker anda untuk mendapatkan CDS Maintenance Form. Namun demikian kalau anda tak hantar pun setakat ini tiada masalah.
Q - Di MITI ada beberapa tawaran IPO, bolehkah saya pos semua permohonan sekali dalam satu sampul surat.
FY - Boleh. Tak ada masalah tu. Pihak MITI akan asingkan nanti.
Q - Dalam permohonan MITI yang saya cetak ada lebih dari satu CDS yang tertera. Kalau berjaya saham akan dimasukkan dalam akaun CDS saya yang mana satu yer?
FY - Ia akan bergantung kepada borang arahan DIF atau Delivery Instruction Form yang disertakan bila anda berjaya kelak. CDS mana yang anda nyatakan maka saham itu akan didepositkan ke akaun CDS tersebut.
SEMUA PENJELASAN INI ADA DALAM SEMINAR FZTH YANG FY JALANKAN
Jemputlah datang dan belajar bagaimana melabur saham di Bursa Malaysia dengan kaedah yang betul.
FY Al Haj.
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
www.faizalyusup.net
PS - Buat masa ini saham Senheng sedang ditawarkan di MITI sedia untuk dipohon.
PSS - Saham ini masih belum
lagi dibuka kepada awam. Jadi anda TAK BOLEH nak memohonnya dalam mana-mana platform bank.
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Jangan risau anda berada di tempat yang betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.