KUOTA IPO BUMIPUTERA DI MITI
Hari ini ada yang bertanya FY kenapa ada IPO yang tidak ditawarkan untuk pelabur bumiputera di MITI.
Jawapan FY
Sebenarnya bukan semua IPO akan akan memperuntukkan saham terbitan awam mereka kepada pelabur bumiputera di MITI.
Sebabnya mudah, ini adalah kerana mereka telahpun punya kuota bumiputera yang diperlukan.
Dari segi sejarahnya dahulu ini untuk menyenaraikan satu-satu IPO adalah wajib diperuntukkan sebanyak 30% saham tersebut kepada pelabur bumiputera. Namun kadangkala pada ketika ianya menjadi sukar dan IPO tersebut tertangguh sekian lama oleh kerana kuota bumiputera sebanyak 30% itu gagal dicapai.
Kemudian atas dasar liberalisasi yang diperkenalkan kerajaan, kuota bumiputera 30% ini telahpun dimansuhkan. Dewasa ini ianya peruntukan IPO kepada bumiputera hanya setakat 12.5% at best effort yang bermakna kalaupun IPO tersebut hanya mendapat 1% kuota bumiputra maka IPO tersebut masih boleh disenaraikan tanpa masalah.
Malah dalam kes HLT GLOBAL satu ketika dahulu tawaran di MITI ditarik balik dan ditawarkan dalam bentuk private placement kepada pelabur-pelabur terpilih iaitu pelabur-pelabur High Networth.
FY ada jugak dengar yang pihak MITI la ni dok minta peruntukan yang lebih banyak dari Bank Penasihat untuk satu-satu IPO tu. Kita doakan depa berjayalah…
Dalam hal ini apakah yang boleh kita lakukan? Barang, barang dia, dia juallah kepada siapa yang dia mahu.
Itu sahaja pelajaran hari ini.
FY Al Haj
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
www.faizalyusup.net
Macam biasa mahal artikel ini.. Artikel yang anda tak jumpa di mana-mana. Jangan lupa buka akaun CDS dengan FY! Hawhawhaw...
Sudilah Like, share, follow dan subscribe. Kita sama-sama berganding bahu dalam usaha membangunkan ekonomi ummah!
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.