MACAMANA NAK BELI SAHAM IPO DI MITI
Saham IPO yang ditawarkan di MITI diperuntukkan khas buat para pelabur bumiputera baik individu mahupun institusi.
Pada fasa ini anda TAK BOLEH BELI KAT MAYBANK2U dll kerana ia BELUM lagi ditawarkan kepada pelabur awam!
Caranya, pertama anda perlu mendaftar sebagai pelabur di MITI. Anda cuma perlu layari laman web -www.sahamonline.miti.gov.my
Isikan semua biodata yang diperlukan termasuklah no akaun CDS anda.
Setelah siap apabila ada tawaran saham IPO di MITI maka bolehlah anda memohonnya secara online dalam laman web yang sama.
Setelah memohon anda perlu mencetak borang permohonan tersebut dan menyediakan segala dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, salinan bukti kewangan dan sebagainya. Setelah siap anda perlu menghantarnya ke pejabat MITI.
Selalunya pihak MITI akan memaparkan dua tarikh penting.
1. Tarikh akhir permohonan secara online adalah tarikh untuk anda memohon saham IPO tersebut secara online.
2. Tarikh akhir penghantaran dokumen adalah tarikh untuk anda menyiap dan menghantar segala dokumen permohonan ke MITI.
Pihak MITI akan menjalankan saringan bagi menentukan siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Proses ini akan mengambil masa antara seminggu hingga ke sebulan.
Setelah siap, keputusan akan dikeluarkan pihak MITI dan anda boleh melayari laman web yang sama untuk melihat samaada anda berjaya atau tidak.
Adakalanya harga tawaran saham tidak disertakan kerana ia belum finalise lagi namun anda boleh sahaja memohon saham tersebut berapa yang anda hendak. Pihak MITI akan menilai dan membuat keputusan samaada anda berjaya atau tidak nanti berdasarkan bukti kewangan yang anda sertakan.
Begitupun dewasa ini oleh kerana pasaran IPO sedang panas macam pisang goreng maka ia semakin sukar untuk didapati. Apapun pohon sahaja. Manalah tahu kan...
Lebih lanjut jemputlah ke kelas atau seminar saham FZTH bersama FY kerana garispanduan ini disampaikan oleh FY remisier di Kenanga dan bukan remisier anda di broker yang lain... Hawhawhaw...
Sekian dulu.
FY Al Haj
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.