PEMBELIAN PELABUR INSTITUSI APA KESANNYA?
Seperkara yang boleh diperhatikan ialah bila kita lihat ada pegangan shareholder institusi asing dalam sesuatu kaunter itu maka ia merupakan satu petanda yang baik. Contohnya Credit Suisse, JP Morgan, Citibank dsbnya.
Kenapa?
Kerana Institusi asing lazimnya membeli selepas membuat valuation dan penyelidikan yang mendalam mengenai sesuatu saham dan industri itu. Mereka selalunya akan membeli saham-saham yang baik, kukuh dan undervalue!
Sekali lagi mereka beli kerana Valuation!!! Jadi ia merupakan satu sentimen yang baik!
Dana asing yang masuk ke dalam Bursa Malaysia akan membeli saham-saham yang baik dan undervalue! Ini menyebabkan harga saham-saham itu mengalami kenaikan.
Kalau anda lihat baru-baru ini mereka membeli saham-saham seperti Topgloves, Hartalega, Supermax juga Dnex sebagai contoh.
Kemudian kita nampak pula saham- saham yang dibeli dan dipegang oleh Tabung Haji, Mara, Koperasi Permodalan Felda, Kementerian Kewangan dsbnya. Ketahuilah ini adalah satu petanda yang kurang baik. Kenapa? Sebabnya mereka ini tidak membeli saham kerana valuation tetapi membeli kerana paksarela agaknya...
Saham-saham itu pula selalunya merudum harganya!
Jadi elakkanlah!
Seterusnya kita nampak saham-saham yang dibeli EPF, Khazanah, PNB dan sebagainya. Kali ini ia berbeza kerana ia sukar untuk dibuat penentuan akan sentimennya. Ini kerana mereka merupakan Fund yang besar dan punya banyak team Fund Manager jadi Fund A membeli dan Fund B pula menjual mengambil keuntungan kerana telah lama menyimpannya. Walhal mereka semua di bawah payung EPF contohnya.
EPF telah mula melabur di Bursa Malaysia sejak sekian lama dan hakikatnya duit caruman bulanan dari majikan dan pekerja berterusan mengalir masuk setiap bulan sehingga menjadikan EPF antara Provident Fund terbesar di dunia. Jadi sejak dari dahulu banyak fund telah dibentuk dari masa ke semasa bagi tujuan pelaburan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita nampak jual dan beli berlaku oleh EPF dalam sesuatu kaunter ini...
Apapun harus diingat pembelian pelabur institusi adalah untuk pegangan jangkamasa panjang...
Apapun datanglah kelas dan seminar saham yang FY jalankan untuk mempelajari semua ini.
Semoga bermanfaat!
FY Al Haj
Top Performing Remisier
Kenanga Invesment Bank Berhad
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Jangan risau anda berada di tempat yang betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.