BUAT UNTUNG MELABUR SAHAM PENNY STOCK
Sebenarnya ramai juga yang membeli saham 20 sen, 30 sen, 40 sen saham saham penny stock tapi akhirnya jatuh sampai tinggal 1-2 sen malah ada yang dinyahsenaraikan sama sekali.
Di negara ini perkara ini sering berlaku tidak seperti di Amerika dimana saham saham cap ayam akan dikeluarkan segera dari papan dow jones mahupun nesdaq bagi memelihara kepentingan pelaburnya. Di Bursa Malaysia semuanya bercampur aduk umpama rojak. Kita kena ada ilmu bagi mengasingkan antara saham yang bagus dengan yang tak bagus.
Pun begitu kalau anda ada duit yang hendak dibuang anda boleh membeli saham saham bawah 10 sen ini dan simpannya untuk satu jangkamasa.Kalau anda bernasib baik ia mungkin mengambil masa yang sekejap sebelum ia naik tapi sebalik ia juga boleh mengambil masa bertahun lamanya. Tapi pulangannya pula beratus malah beribu peratus sepertimana yang pernah berlaku kepada Priva, XOX, Ifcamsc, Kbunai dan banyak lagi.
Kalau nasib tak baik burnlah duit kita tu sebab saham tu suspended dan dinyahsenaraikan sepertimana Patimas, Keywest dan sebagainya...
Kenapa dan bagaimana kita nak buat duit melabur saham begini?
Saham murah begini mudah dimanipulasi oleh sindiket. Sindiket ada modal dan boleh memegang saham tersebut untuk satu jangkamasa yang panjang. Sedangkan kita pula tak sabar. Mereka juga boleh menjalankan pelbagai eksesais korporat seperti mengeluarkan ESOS, Private Placements dan Right Issues untuk mendapatkan modal tambahan dari pelabur. Bila sampai masanya saham itu akan ditolak naik.
Oleh itu carilah saham bawah 10 sen malah bawah 5 sen lebih baik kerana risikonya cuma 5 sen tapi kalau ia naik pasti pulangannya berbaloi! Jumlah sahamnya pula kecil bawah 500 juta unit contohnya, kemudian saham milik Cina lebih baik.
Dari segi cartanya ia mendatar sekian lama jadi kalau nak cepat untung tunggu sampai volumnya sampai. Bila ini berlaku balunnnn!!!
TAPI ingat high risk high return tapi high risk high loss jugak. Hanya untuk trader yang hebat dan berpengalaman akan faham apa yang FY maksudkan ini.
FY Al Haj
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Jangan risau anda berada di tempat yang betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.