07 September 2021

ISTILAH DALAM SAHAM

 ISTILAH DALAM SAHAM


Sebagai newbie dalam dunia pelaburan saham, sudah tentu anda akan berbual dengan geng-geng otai saham sebab nak tambah ilmu dan belajar daripada pengalaman mereka. Saya pasti ada di antara anda yang akan blur blur apabila mereka mula bercerita menggunakan istilah-istilah tertentu.


Bukanlah niat mereka mahu memeningkan kepala anda lebih-lebih lagi ianya di dalam Bahasa Inggeris. Bagi mereka yang sudah lama dalam dunia pelaburan saham ini, maklumat akan lebih cepat dikongsikan jika menggunakan istilah-istilah ini.


Jadi, bagi mengelakkan anda lost ketika berbual dengan otai-otai saham, di sini dikongsikan beberapa istilah asas dalam pasaran saham yang akan selalu anda dengar.


Balance Sheet

Ia mengandungi maklumat ringkas penyata kewangan tentang aset (pemilikan), liabiliti (hutang/tanggungan) dan ekuiti milik pemegang saham (shareholder’s equity) yang melabur di sesebuah syarikat saham itu. Maklumat ini penting bagi memaparkan prestasi syarikat tersebut. Shareholder’s equity pula adalah hasil selepas jumlah aset ditolak dengan jumlah liabiliti.


P&L

Profit n Loss Account menunjukkan keuntungan atau kerugian syarikat tersebut dalam operasi perniagaannya.


PAT @ Profit After Tax

Keuntungan bersih syt selepas ditolak semua kos termasuk Cukai.


Brokerage

Adalah caj yang dikenakan oleh broker bila anda membeli atau menjual saham. Ia tak sampai 1% dari jumlah pembelian atau penjualan.


Remisier dan Dealer’s Rep

Wakil peniaga berlesen dengan Bursa Malaysia yang menjalankan urusniaga jual beli saham.


Bear Market @ Down Trend

Keadaan di mana pasaran saham mengalami trend kejatuhan harga dalam jangka masa yang agak lama.


Bull Market & Up Trend

Situasi yang berlawanan dengan situasi Bear Market.


Sideways

Situasi dimana pasaran saham bergerak dalam jajaran horizontal atau melintang tidak naik dan tidak turun.


Capital Gain 

Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.


Diversification 

Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri  bagi tujuan mengurangkan risiko.


Dividen 

Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham setiap 3, 6 bulan atau pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.


Indeks 

Penanda aras dalam setiap sektor.


Initial Public Offering (IPO) @ Saham Terbitan Awam

Saham syarikat yang ditawarkan kepada orang ramai sebelum diapung atau disenaraikan dalam pasaran saham.


Lot 

100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot


Open Price 

Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.


Close Price 

Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.


Portfolio 

Koleksi jenis saham yang dilaburkan.


Saham Blue Chip 

Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.


Volatility 

Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dalam sehari.


Volume

Jumlah saham yang didagangkan pada hari tersebut.


Yield

Dividen yang diperolehi dalam masa setahun  X 100%

harga seunit saham yang anda beli.


FA - Fundamental analysis 

kajian berkaitan dgn perniagaan syarikat, pengurusan, pemegang2 saham utama dan prestasi kewangan syarikat (terutamanya earnings)


TA - Technical Analysis

Kajian berkaitan dgn volume, price, indikator, candlestick yang menggunakan Carta


PVA - Price Value Action


Jenis pelabur


1. Intraday/ trader: belian dan jualan dlm masa hari yg sama

2. Swing: belian dan jualan dlm jangka masa lebih satu hari dan kurang dua minggu

3. Position: mid to long term

4. Invest: long term. Simpan saham bertahun-tahun.


51 istilah sering digunakan


1. Bull : pasaran tgh menaik/ banyak belian/ indeks hijau

2. Bear: pasaran menurun/ Banyak jualan/ indeks merah

3. Uptrend : konter tgh menaik

4. Downtrend : konter menurun.

5. Reversal : konter yg berubah trend di atas

6. Sideway: kaunter/stocks yg bergerak melintang tanpa penurunan atau kenaikan.

7. Loss : rugi

8. Profit : popit/ untung

9. Resistance: paras harga yg selalu dicapai. Jika ditembusi, harga dipercayai akan naik.

10. Support: paras harga lantai dimana jika ditembusi, beranggapan harga semakin jatuh.

11. RBS (resistance become support): paras harga yg dahulunya resistance menjadi paras support.

12. Limit up: kenaikan pada tahap harga harian yg maksima iaitu 30% bagi saham melebihi RM1.00 dan 30 sen bagi saham bawah RM1.00.

13. Limit down: sebalik Limit Up.

14. Gap up: harga buka lbh tinggi dari harga tutup smlm.

15. Gap down: harga buka lebih rendah dari harga tutup smlm

16. Q buy : beratur utk belian 

17. Q sell : beratur utk jualan

18. Retrace: seperti pullback

19. Pullback: harga jatuh setelah beberapa siri kenaikan dan bersifat sementara ketika up-trend

20. Correction: harga jatuh setelah beberapa siri kenaikan dalam uptrend dan bersifat agak lama/panjang

21. Rebound : kenaikan sementara pada sesuatu kaunter saham yg dalam downtrend.

22. Market Crash: kejatuhan besar melebihi 50% dari tahap tertinggi dan mengambil masa yang lama pada keseluruhan pasaran saham diketika ekonomi yg tidak sihat

23. Entry Price/ ep : harga  belian yg disarankan.

24. Sell/ Exit : jual

25. Hold : konter yg dibeli disimpan

26. Cut loss/ CL: Harga yang disarankan jual pada harga yg rendah dari harga belian.

27. Take Profit: menjual sebahagian atau kesemua lot saham yg dibeli setelah mendpt keuntungan capital gain

28. Target Price/ TP: paras harga yg dijangka akan dicapai. TP juga dikenali Take Profit

29. Time frame / Trading Period : Jangkamasa pegangan yang dicadangkan

30. Stop Loss/ SL: sama dgn CL

31. Breakout/ BO: harga melebihi paras target atau resistent

32.Capital Gain – Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.

33. Diversify – Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri  bagi mengurangkan risiko.

34. Dividen – Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham (shareholder) pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.

35. indeks – Penanda aras dalam setiap sektor. Diwakili oleh 30konter

36. Initial Public Offering (IPO) – Saham syarikat yang ditawarkan jualannya kepada orang ramai sebelum diapung di pasaran saham.

37. Lot – 100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot

38. Open Price – Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.

39. Close Price – Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.

40. Portfolio – Koleksi jenis saham yang dilaburkan/dibeli

41. Saham/kaunter Blue Chip – Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.

42. Volatility – Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dlm sehari.

43. UMA (unusual market activity) : pertanyaan dari Bursa kpd syarikat yg pergerakan harga yg luar biasa.

44. Trend: samada bullish (menaik) atau bearish (menurun).

45. Trendline: garisan yg dibuat bagi menentukan aras SnR dan trend sesuatu konter

46. DTL (downtrend line): bearish trendline- garisan yg dibina pada titik2 resistance di chart downtrend. 

47. BO DTL: breakout downtrend line.

48. BO 52w: breakout paras resistance/ harga tertinggi within 1year atau 52 weeks

49. T0,T1,T2,T3,T4...:

T ialah transaction day. T0 ialah buy day. T4, 5th days from buy day.

50. FIFO: Fast In, Fast out

51. BTST: Buy Today, Sell tomorrow.

 

SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/

ATAU HUBUNGI 0166667430
KHIDMAT NASIHAT SAHAM TERKINI PERCUMA SEPANJANG MASA.

Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Kenanga Investment Bank Berhad

Speaker Bertauliah InvestSmart

Pemenang 3 Anugerah Bursa Malaysia 2019

Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Penulis 11 buah buku

Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung

Ingin tahu lebih lanjut tentang trading secara online dan mendapatkan tip saham berdasarkan Technical Analysis?
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

FY Team

Hubungi Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Hubungi Ramzie | 0173730513 atau Jehanshah | 0126673927

Ingin subscribe screener Algoritm AQ VAR bagi memudahcara pelaburan saham anda?

Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155

Ingin buka akaun CDS dan Trading secara pos?

Ingin buka platform online untuk trading Saham?

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Hubungi Cik Anna l 011 2139 5718 dengan memberikan nama serta alamat penuh atau datang sendiri ke pejabat kami di Kenanga Investment Bank Berhad, 240, Tingkat 2, Mutiara Damansara, The Curve, Petaling Jaya. Berdekatan IKEA.

Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Ingin menghadiri Seminar Saham lengkap From Zero To Hero 2 hari bagi pelabur Newbie bersama FY?

Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.

Jangan risau anda berada di tempat yang betul!


Harap like, share dan subscribe andai anda mendapat manfaat dari perkongsian FY ini...

Terima kasih.

FY Al Haj

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.