KENAPA SAHAM IPO RENDAH RISIKONYA?
Senario - Anda ada syarikat Sdn Berhad dan terbitkan saham baru IPO bagi tujuan mendapatkan dana dari pelabur awam. Dana ini boleh digunakan sama ada untuk membayar hutang, modal kerja, ataupun untuk mengembangkan syarikat.
Andapun menghantar draf prospektus syt anda kepada bank penasihat untuk dinilai kemudian ke SC untuk diluluskan.
Penilaian bank penasihat mendapati syarikat anda bernilai RM0.59 Inilah FAIR VALUE syt anda bila dibandingkan dengan pesaing anda dalam industri yang sama.
Adakah anda akan menawarkannya kepada pelabur awam pada harga RM0.59?
PASTINYA TIDAK! Sebab ia pastinya tidak akan menarik minat para pelabur. Yelah! Pelabur bayar RM0.59 masa tersenarai dibuka pada harga RM0.59 jugak… Mana datang untungnya…
Jadi bagi menarik minat pelabur, ia akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah. Katalah RM0.48. Pada harga ini barulah pada pelabur tak kira individu mahupun institusi berminat untuk membelinya.
Jadi dalam hal ini sekiranya anda berjaya mendapat saham IPO ini sebelum ia disenaraikan pastilah ia merupakan satu pelaburan yang bagus dan InshaAllah akan menguntungkan anda kerana FV nya pasti lebih tinggi…
Untuk pengetahuan 85% saham-saham IPO yang disenaraikan di Bursa Malaysia akan naik pada hari penyenaraiannya…
Cuma permintaannya selalunya lebih tinggi daripada penawarannya oleh kerana instrumen IPO ini adalah antara instrumen pelaburan yang terbaik kepada pelabur yang faham. Oleh kerana itu mendapatkan saham-saham IPO ini adalah satu usaha yang sukar dewasa ini…
Tapi kalau anda taknak pohon atau give up memohon takper… Biar FY sahaja yang memohonnya… Hawhawhaw…
FY Al Haj
PS - Celoteh ini ditulis oleh FY, Remisier Kenanga… Bukalah akan CDS dengan FY di Kenanga bagi mendapatkan input-input saham seperti ini…
PSS - Lepas PKP nanti kepada yang belum hadir, jemputlah datang seminar FZTH FY untuk belajar semua perkara mengenai pelaburan di Bursa Malaysia… Nanti barulah anda tak ada soalan itu ini nak tanya kepada FY lagi… Hawhawhaw…
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Jangan risau anda berada di tempat yang betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.