HIMPUNAN NOTA IPO FY
BACALAH!
NOTA IPO 1
SEJARAH STRUKTUR IPO
####################
Sebenarnya sebelum Asean Financial Crisis pada tahun 1997 dahulu kebanyakan saham IPO ini, melebihi 70% diperuntukkan kepada pelabur awam. Jadi pada masa listing ia naik tinggi kerana para pelabur institusi bersaing untuk mendapatkan saham saham ini dari tangan pelabur runcit.
Tahun 1997. Krisis ekonomi. Kebanyakan saham IPO ini undersubscribed atau terkurang langganan jadi pihak Bursa mengambil langkah menukar struktur IPO lantas peruntukan yang sepatutnya ditawarkan kepada pelabur runcit diberikan kepada pihak Institusi dan sebahagian lagi diperuntukan kepada MITI. Jadi kurang lebih 70% ditawarkan kepada pihak Institusi, 10% kepada MITI lagi 10% kepada pekerja syt maka tinggallah lagi 10% sahaja kepada kita semua pelabur awam.
Oleh sebab itu amat sukar untuk kita mendapatkan saham saham IPO baru dewasa ini. Seperkara lagi ia tak naik begitu tinggi di hari penyenaraian kerana para pelabur institusi telahpun mendapat saham-saham mereka terlebih dahulu sebelum penyenaraian.
Inilah sebabnya FY menulis surat terbuka kepada PM bagi menghighlightkan isu ini supaya peruntukan yang lebih besar ditawarkan kepada pelabur awam.
Usaha ini masih FY teruskan hingga kini baik kepada pihak SC mahupun Bursa. Baru-baru ini sekali lagi FY bentangkan isu ini kepada pihak atasan Bursa.
Ia sukar kerana Institusi boleh buat untung yang banyak dalam IPO-IPO ini jadi mereka tak mahu melepaskannya kepada kita pelabur awam walaupun kita punya duit untuk membelinya. Ia sukar kerana institusi yang untung dari pelaburan ini akan membayar cukai sedangkan kerajaan tidak mengutip cukai dari kita atas keuntungan IPO ini.
Sebab inilah anda nampak oversubscription yang tinggi bagi IPO-IPO kerana begitu ramai pelabur awam yang memohonnya sedangkan tawarannya ciput sahaja.
Apapun jangan berputus asa. Teruskan usaha anda kerana ada duit di sini kalau anda berjaya mendapatkan saham-saham IPO ini.
Nukilan
FY Al Haj
Top Subject Matter Expert
InvestSmart SC
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
Top Performing Remisier
Nak belajar saham dengan FY?
Untuk pendaftaran Seminar saham lengkap 2 hari From Zero to Hero, sila WhatsApp Puan Azila Ismail di talian 016-664 1755.
FZTH - Seminar lengkap, Basic Super Investors + Seminar TA Supertrader dan Advance.
NOTA IPO 2
KITARAN PELABURAN SAHAM IPO AWAM BAGI NEWBIE
######################
1. Buka akaun CDS dengan FY di Kenanga the Curve supaya FY menjadi remisier anda. Call En Aiman 0137666794 untuk buka CDS dan trading.
2. Call Ramzi 0173730513 untuk buka platform online Kentrade.
3. Pastikan modal cukup untuk memohon IPO melalui online banking platform anda. eg MBB2U, CIMBCLICKS masukkan no akaun CDS Kenanga tadi bila memohon.
4. Pohon IPO bila ia ada ditawarkan. Duit anda akan terus didebitkan bila selesai permohonan.
5. Tunggu bagi mendapatkan keputusan dapat atau tidak. Kalau dapat satu notification akan sampai ke rumah. Kalau tak berjaya duit akan dipulangkan.
6. Sehari sebelum listing saham akan didepositkan dalam akaun CDS Kenanga anda.
7. Anda boleh menjualnya pada hari listing kerana saham sudah disenaraikan. Selalunya saham IPO akan naik pada hari penyenaraiannya.
8. Duit akan hanya keluar dalam 3 hari bekerja.
9. Duit tersebut akan kami masukkan kembali ke dalam akaun bank komersial pilihan anda tapi kali ini dengan keuntungan. InsyaAllah.
10. Kemudian anda boleh pohon IPO yang lain pula. Jangan lupa pakai CDS Kenanga! Hehe..
Okay! Beginilah kitaran permohonan IPO dan cara buat duit darinya.
Jangan kedekut like dan share kerana ia percuma. Sokong FY membantu anda menjadi pelabur bijak!
FY Al Haj
www.faizalyusup.net
NOTA IPO 3
BAGAIMANA TARGET PRICE ATAU FAIR VALUE SESUATU IPO DIKIRA?
###################
Inilah persoalan yang sering ditanya pelabur newbie kepada FY.
Jawapan FY : Bila prospektus sesuatu IPO keluar maka para analyst dari Research House akan membuat penilaian dan penyelidikan berdasarkan info-info yang terdapat dalam prospektus tersebut.
Para researcher ini adalah mereka mereka yang hebat dan punya kelayakan tinggi dalam bidang kewangan. Punya Diploma, Degree Kewangan dan Akauntansi, ACCA, CFA dan sebagainya.
Ada researcher yang optimistik dan ada juga yang persimistik berdasarkan penilaian mereka. Pada yang optimis maka mereka akan memberikan nilai TP atau FV yang lebih tinggi kalau dibandingkan dengan mereka yang persimis.
Kemudian BUKAN semua research house yang akan buat research bagi setiap IPO itu. Kenanga pun sekali sekala ada buat research write up on IPO ini.
Kebiasaannya researcher bagi bank penasihat IPO tersebut yang akan membuat penilaian dan memberikan TP IPO yang mereka usahakan itu. Mereka akan melihat apa aktiviti syt, siapa pengarah, siapa pesaing, mengira jumlah aset, liabiliti, hutang, future earnings, growth, goodwill dan sebagainya secara menyeluruh bagi mendapatkan nilai intrinsik atau nilai sebenar syt IPO tersebut tatkala ia disenaraikan.
TP ini pula kemudiannya akan diterbitkan sebagai saranan beli kepada pelanggan Investment Bank tersebut.
TP ini juga boleh didapati dengan bertanyakan En Google beberapa hari setelah Prospektus IPO itu keluar.
Faham tak ni? Simpan nota ini dan kalau ada orang yang bertanya. Paparkan sahaja catatan FY ini okay!
Satu rahsia. Selalunya suratkhabar Cina ada bagi Fair Value bagi setiap saham IPO yang bakal disenaraikan dan lazimnya saham IPO itu tak naik melebihi apa yang disarankan suratkhabar mereka itu kerana semua pelabur Cina tahu mengenainya. Suratkhabar melayu cerita gossip nenek tua 74 tahun dinoda adalah... hawhawhaw...
Andai anda ingin memulakan portfolio pelaburan saham ini jemputlah ke seminar yang FY jalankan.
Like dan share catatan FY ini andai anda mendapat kefahaman dan manfaat darinya. Like sebagai tanda sokongan anda kepada usaha FY ini okay!
Jadikan FY sebagai see first dalam fesbuk anda untuk mendapatkan banyak lagi ilmu-ilmu menjana keuntungan dalam pasaran saham ini.
Sekian.
FY Al Haj
PS - Status syariah juga selalu diberikan pihak ketiga setelah prospektus IPO itu keluar. Status sebenar hanya akan diketahui setelah saham itu disenaraikan.
Download ebook Investlah karya FY setebal 134 ms secara percuma di www.faizalyusup.my
NOTA IPO 4
IPO OVERSUBSCRIBE? APA MAKNANYA?
####################
Saham IPO LKL contohnya oversubscribe lebih 92 kali. Maknanya setiap 1000 unit saham ada 92000 lagi yang memohon tapi tak dapat saham tu. Ia juga bermakna yang saham ini akan naik pada hari penyenaraiannya. Saham IPO BCM pula terlebih langganan sebanyak 50 kali!
Bukan Bumiputera dah lama faham akan keuntungan yang bakal mereka jana memohon dan membeli saham-saham IPO ini malangnya apa kata orang kita?
- FY boleh ke beli saham ni?
- Boleh ke untung?
- Berapa untung boleh dapat?
- Nanti nak jual ada ke buyer?
- Macamana saham tu boleh naik?
- Alah! susahlah nak dapat harapan tipis! Saya dah cuba 3 kali tapi masih gagal.
- Apa makna par value?
- Macamana nak kira FV?
- Remisier saya kata jangan apply sbb tak tahu prestasi syarikat.
- Itu ini begitu begini.
Jawab FY nak apply! apply! tak nak sudah! Kalau tak apply memang tak dapat!
Kalau kaum Bukan Bumi makin kaya jangan jeles dan jangan sakit hati! Kalau mereka menjangka yang saham itu akan rugi takkanlah mereka beramai ramai memohonnya hingga terlebih langganan sampai 92 kali??? Yang kita pulak banyak soal!!! Adoiyaiiii...
Walhal FY dah kata yang 85% dari saham IPO ini menguntungkan pada hari pertama penyenaraiannya sejak bertahun lamanya FY dalam stock market ini.
Kalau saham tu tak bagus FY akan bagitahu anda. Tapi kalau FY suruh balun tu balun jer jangan banyak soal. Lupakan segala kepayahan kerana dipenghujungnya kita akan dapat meningkatkan ekonomi kita! Itu yang penting!
Ok tu jer buat kali ini.
Jangan lupa like dan share catatan FY di WA dan FB sebagai menyokong perjuangan FY untuk mengkayakan anda semua! InsyaAllah.
FY Al Haj
www.faizalyusup.net
0166667430
Kalau ada kawan yang nak masuk grp whatsapp FY nie...
FAQ IPO 5
PERIHAL IPO AWAM
#####################
Setiap IPO baru yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia akan ditawarkan kepada pelabur awam untuk memohonnya.
Soalan : Bagaimanakah cara memohonnya?
Jawapan FY :
Ada tiga cara;
- Melalui ATM
- Mengisi borang
- Melalui Online Banking
Cara yang termudah dan terbaik ialah dengan memohonnya melalui kaedah Online Banking.
Anda boleh melayari www.faizalyusup.net dan mencari artikel garispanduan memohon IPO Awam untuk mempelajari cara memohonnya atau menonton video mengenainya di channel youtube Faizal Yusup.
Soalan : Bolehkah saya memohon satu-satu IPO itu berkali-kali?
Jawapan FY : Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pelabur.
Soalan : Bolehkah kita pohon saham IPO di beberapa online Banking paltform sekaligus atau kita pohon melalui ATM dan kemudian melalui Online Banking?
Jawapan FY : Tak boleh. Anda boleh dikenakan penalti andai anda berbuat demikian. Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap IPO baru yang ditawarkan.
Soalan : Bagaimana nak tahu samaada kita berjaya mendapatkan saham tersebut atau tidak?
Jawapan FY :
Selepas undian dijalankan pihak Issuing House, surat notification akan dihantar kepada anda atau anda boleh cek statusnya dalam platform online banking tempat dimana anda apply saham IPO tersebut.
Soalan : Bilakah saham itu masuk ke dalam akaun CDS?
Jawapan FY : Sehari sebelum hari penyenaraian.
FY Al Haj
www.faizalyusup.net
Like, share artikel ini sekiranya anda mendapat manfaat darinya.
Nak belajar melabur saham dengan FY? WhatsApp nama anda kepada FY di talian 0166667430. FY akan masukkan anda ke dalam group saham FY.
NOTA IPO DI MITI 6
#####################
Soalan ; Kenapa sesetengah IPO tak ada di MITI?
Jawapan kurang kunyit FY ; Sebab tu tuan kena datang Seminar FZTH belajar!
Jawapan sopan FY ;
Bukan semua IPO akan diperuntukkan di MITI kerana adakalanya terbitan saham mereka terlalu kecil atau mereka telahpun punya kuota Bumiputera.
Lagipun la ni kuota pelabur Bumiputera bukan lagi 30% tapi 12.5% atau at best effort semasa IPO dilancarkan.
Macamana nak apply?
Jawapan kurang lengkuas FY ; Sebab tu tuan kena datang Seminar Super Investors belajar rahsianya!
Jawapan penuh tatatusila FY ;
Anda boleh guna CDS mana mana broker dan lebih baik lagi gunalah CDS Kenanga under FY dan apply di MBB2U, CIMBCLICKS dll yang menawarkan saham ini.
Tak ada akaun CDS lagi?
Wasap Cik Ana.
Bagus kan berada dalam grp nubis saham FY ni... Informasinya terkini hiburannya takder... hawhawhaw...
NOTA IPO 7
BEZA IPO AWAM VS IPO DI MITI
######################
Tawaran IPO awam keluar selepas proses tawaran di IPO di MITI selesai. Selalunya di MITI ia keluar dua bulan sebelum Listing dan IPO awam hanya keluar sebulan sebelum listing. Ini bermakna kalau dah keluar tawaran IPO awam maka di MITI tiada lagi peruntukkan.Harus diingat juga yang tak semua IPO ada ditawarkan di MITI.
IPO Awam
- Boleh dipohon di ATM
- Isi borang atau
- Online Banking
Anda boleh guna akaun CDS Kenanga untuk memohon IPO melalui Maybank2U. Modal tak perlu dimasukkan dalam akaun di Kenanga tapi perlu ada dalam akaun Maybank anda.
Unit disarankan 11100, 20100, 50100, 100100, 200100, 500100 mahupun 1000100 berdasarkan bracket pengundian nanti.
Tak perlu penyata bank atau apa dokumen sekalipun. Cukup sekadar akaun CDS dan modal pelaburan untuk memohon.
IPO di MITI
- Perlu daftar sebagai pelabur di MITI terlebih dahulu.
- Daftar di sahamonline.miti.gov.my
- Permohonan perlukan penyata bank 3 bulan yang disahkan beserta beberapa dokumen lain sebagai dokumen sokongan.
- Pemilihan dilakukan oleh pihak MITI sendiri.
Sahamnya sama, peruntukkannya di tempat yang berbeza. Peluang lebih tinggi untuk mendapatkan saham IPO baru ini di MITI. (Bagi Bumiputera) Pun begitu permohonan di MITI lebih remeh.
Anda dibenarkan untuk memohon di kedua dua tempat ini tanpa masalah.
Simpan catatan ini untuk kegunaan masa depan!
Like dan share andai bermanfaat!
Sekian dulu.
FY Al Haj
www.faizalyusup.net
NOTA IPO 8
KAJIAN KEUNTUNGAN IPO BARU
#####################
Perniagaan gerai kecil-kecilan terdapat banyak banyak di seluruh pelusuk negara.
Perniagaan enterprise atau sole proprietorship yang didaftarkan di SSM terdapat sedikit sedikit di seluruh negara.
Perniagaan Sendirian Berhad yang didaftarkan di ROC terdapat kadang-kadang.
Dan akhir sekali syarikat Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia terdapat jarang-jarang. Sehingga kini semenjak Bursa Malaysia ditubuhkan hanya terdapat kira-kira sudah 940 syarikat Berhad yang di senaraikan.
Bermula dari kecil syarikat menjadi sederhana dari sederhana ia menjadi besar dan seterusnya disenaraikan di Bursa Malaysia bila mana perniagaan mereka telah mencapai jutaan ringgit.
Untuk disenaraikan maka IPO diterbitkan yakni saham syarikat itu akan ditawarkan kepada pelabur awam. Tujuannya ialah untuk mendapatkan dana pada kos yang murah bagi tujuan membesar atau mengembangkan syarikat. Pelabur saham pula bakal menjadi pemilik sebahagian daripada syarikat berkenaan.
IPO baru atau saham terbitan yang dalam proses penyenaraian ke papan Bursa Malaysia akan terus terusan diterbitkan dari tahun demi tahun. Ini kerana syarikat yang kecil menjadi sederhana dan untuk menjadi besar maka syarikat tersebut pasti akan menerbitkan saham untuk dijual kepada pelabur awam dan menyenaraikannya di Bursa Malaysia.
Oleh yang demikian, tahun demi tahun pasti akan ada IPO- IPO baru yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. IPO ini lebih banyak lebih lebih lagi bila Bursa Malaysia dalam trend yang menaik.
Sebenarnya pelaburan IPO adalah satu cabang pelaburan yang menguntungkan kalau kena caranya kalau tahu ilmunya.
Baru-baru ini FY ada membeli data informasi dari Bursa Malaysia mengenai Penyenaraian IPO di Bursa Malaysia sejak tahun 2009 untuk dibuat kajian.
Dan keputusan kajian yang pihak FY jalankan ini dirumuskan dalam Seminar FZTH yang kami jalankan.
Ia pastinya akan membantu para pelabur untuk mengambil tindakan yang baik dalam pelaburan dalam IPO ini berdasarkan keputusan kajian tersebut.
Jemput datang ke seminar From Zero to Hero untuk belajar semua ini...
Hubungi Pn. Azila di talian 0166641755 bagi tujuan pendaftaran.
Sekian dahulu buat kali ini.
FY Al Haj
NOTA IPO 9
APPLY IPO MITI di ATM atau MBB2U?
####################
Soalan cepumas hari ini.
FY, macamana nak apply IPO di MITI, boleh apply secara online di MBB2U atau melalui ATM?
Jawapan FY
1. Baca blog FY www.faizalyusup.net search garispanduan memohon IPO di MITI. Free jerrrr...
2. Download ebook Investlah dari website www.faizalyusup.my dan baca! Free jerrrr...
3. Tanya seniors dalam grp ini. Free jerrr...
4. Beli ebook IPO di MITI RM50 jer...
5. Datang seminar FZTH FY Semua rahsia melabur saham termasuklah IPO awam dan IPO di MITI FY kongsikan.
Okay! Pilihlah mana jawapan mana yang terbaik.
FY Al Haj
www.faizalyusup.net
NOTA IPO 10
PERIHAL PRIVATE PLACEMENTS (PP)
####################
Dalam satu-satu IPO selain peruntukan kepada pelabur awam, pelabur bumiputera di MITI, kepada pekerja dalam bentuk Pink Form ia juga diperuntukkan dalam bentuk Private Placements kepada pelabur terpilih yang kebiasaanya High Networth Clients dengan tawaran minima RM250k satu blok.
Dalam hal ini kita tak semestinya perlu ada modal sebanyak itu. Minima 30 ke 40 peratus dari jumlah itu sudah memadai kerana kita boleh usahakan untuk mendapatkan share financing loan dari bank bagi modal selebihnya.
Keputusan kepada siapa peruntukkan tawaran PP ini adalah ditentukan oleh pihak bank penasihat dan selalunya mengikut arahan pengarah syt yang mengeluarkan IPO itu.
Yelah kalau IPO itu syt kita pastilah kita sendiri yang hendak memilih kepada siapa yang kita nak bagi saham kita tu kan? Pastilah kita nak kayakan kroni kita dulu. Kalau dah tak ada barulah kita bagi orang luar. Ye tak?
Dalam hal ini ramai High Networth Clients yang memohonnya jadi network memainkan peranan bagi mendapatkan saham saham PP ini. Bukan semua PP IPO ini akan sampai kepada team ZZFY kerana kesukaran untuk mendpatkannya lebih-lebih lagi kalau terbitan saham IPO baru itu kecil jumlahnya.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan saham IPO melalui kaedah PP bolehlah hubungi FY.
Take note yang saham PP ini tak boleh dikongsi walau apa cara sekalipun.
Anda nak belajar semua ini?
Jemputlah datang ke seminar yang FY jalankan.
FY Al Haj
www.faizalyusup.net
GARISPANDUAN MEMOHON IPO VIA MBB2U
####################
Login di www.maybank2u.com.my
- Gunakan Maybank2U paparan classic
Klik Investment
Klik Eshare
Keluar paparan klik bulat tepi tu
Klik Apply
Tick anda sudah baca dan faham Prospektus
Klik Accept
Klik Bumiputera atau Non Bumi
Masukkan lot nak dipohon kalau 10000 bahagikan dengan 100 jadi 100 lot
Masukkan no CDS 15 angka tu
- Kalau tak sure hubungi Cik Ana.
Duit anda dalam akaun tersebut akan terus diambil keluar.
Itu sahaja!
Apa akan jadi seterusnya?
Permohonan anda akan diundi dan kalau berjaya surat notification akan dihantar kepada anda. Saham IPO itu pula akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda SEHARI sebelum ia disenaraikan.
Andai anda membuka akaun CDS Nominee di mana-mana broker, akaun CDS ini juga tidak boleh digunakan untuk membeli saham IPO ini.
Nak belajar lebih mendalam mengenai semua termasuk semua perkara lain dalam pelaburan saham?
Jemputlah ke Seminar saham FZTH bersama FY!
FY Al Haj
0166667430
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Jangan risau anda berada di tempat yang betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.