20 Julai 2023

PERKONGSIAN KENAPA HARGA IPO JATUH PADA HARI PERTAMA

Perkongsian info kenapa harga IPO jatuh pada hari pertama.


Ada yg kata company jual first day, sebab nak dapat duit. Ada yg kata staff dapat ESOS Free, lepas tu dump first. Yg dapat pre-IPO, dump  first day. Basically, depa nak kata dua group dapat free money lah. Yg pre-IPO tu kira beli cheap sangat lah kiranya. 


Mana depa dapat info ni? Menarik jugak 😂😂😂.


Yg pre-IPO ni, selalunya substantial shareholder. Ada moratorium. Mana boleh simply dump on first day. Insider spt director, atau angel investor ke, they dont sell at first day. Ada lock up period at least 180 hari. Unless dia buat magic dgn sindiket guna proksi itu lain citer. 


ESOS pun, mana company bagi offer ESOS on IPO. Masa IPO, ada pink form. Staff kena beli mcm biasa. Sama harga IPO. 


ESOS ditawarkan pada staff pun kalau dah setahun listing, ada harga, bukan free oooii. Discount sikit sahaja. Bukan free. Kena bayar.


Kes yg selalu penyebab bila IPO first day jatuuh sebabnya ialah IPO itu sebenarnya undersubscribe dan tidak mendapat sambutan. Contohnya, kalau IPO tawar 1 billion utk public, tapi yg beli hanya 800 juta unit. Lagi 200 juta unit tidak terjual. Apa jadi pada 200 juta nih? Underwriter kena absorb benda ni. Underwriter have no interest to keep the shares. Under the law, underwriter mempunyai hak untuk menjual atau membeli 15% more than the original IPO raised. Ini nama dia greenshoe option.


Underwriter dibayar commission utk absorb risk of undersubscribed IPO. Bila depa absorb, nak make sure ada demand. Sbb itu oversubscribe is really bare mininum 3-4x only.


Indication of undersubscribed IPO ni ada beberapa tanda:

1. Oversubscribe rendah

2. Cornerstones investor terlalu sedikit

3. Segment or sector yg dilihat sebagai tidak menarik sentimen pelabur atau situasi semasa.


Point lain, ini lebih kpd personal opinion aku lah, iklan suh beli IPO terlalu banyak. Kalau company kata tujuan advertising utk exposure and awareness; aku rasa kalau ipo tu hot dan demanding, tak perlu buat iklan pun org akan berpusu2 berebut beli. 


All of the above, lebih kpd sentiments shj. It doesnt reflect on the business fundamental. Company mana boleh suka2 nak dump share in the open market as it will impact their balance sheet. Bila berlaku selling pressures, buyer yg mengharap short tern gain akan  panik dan join the crowd to sell at lower price. Nanti ada fasa harga distabilkan utk mengelakkan harga IPO jatuh teruk. Contohnya mcm hari ni lah.


Credit - Zayed Zulkifli



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.