11 Mac 2011

Usaha Meningkatkan Penglibatan Bumiputera Dalam Pelaburan Saham



Siang tadi FY bersama Pn Huda Ikhwan Presiden Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi), En Hazrin dan Puan Saloma yang juga AJK persatuan tersebut telah bertemu dengan Encik Abdul Mushir Che Cik salah seorang orang kuat TERAJU. TERAJU adalah sebuah agensi yang ditubuhkan kerajaan baru-baru ini yang bertujuan meneraju agenda Bumiputera bagi mengukuhkan ekonomi Bumiputera agar standing dengan bangsa lain dan agensi ini berhubung secara langsung dengan PM.

Sektor yang dikenal pasti adalah minyak sawit, pertanian, minyak dan gas, pendidikan, pemborongan dan peruncitan, perlancongan, Greater Kuala Lumpur, kandungan komunikasi dan media serta perkhidmatan perniagaan.

Jadi pihak kami datang sebagai sebuah NGO untuk berbincang dan memberi cadangan serta membentangkan kertas kerja mengenai bagaimana untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang pelaburan saham / ekuiti.

Untuk pengetahuan anda dewasa ini nisbah pelaburan harian di Bursa Malaysia kebelakangan ini ialah seperti berikut lebih kurang ;

50% - Intitusi Tempatan
30% - Institusi Asing
20% - Peruncit

Di sini kita akan dapat lihat yang penglibatan pelabur perseorangan hanyalah sekitar 20% dan sekiranya transaksi ini ditolak dengan transaksi sindiket saham dan pelabur bukan bumiputera maka jumlah pelabur bumiputera mungkin boleh dikira dengan jari.

Dalam hal ini mungkin daripada kajian terdapat peningkatan dalam pegangan saham keseluruhan oleh Bumiputera dari 19% satu ketika dahulu kepada 22% namun kebanyakannya dipegang oleh institusi pelaburan bumiputera seperti Permodalan Nasional, Tabung Haji dan sebagainya. Oleh itu ia jelas yang penglibatan pelabur perseorangan Bumiputera amatlah rendah. Keadaan ini secara tak langsung juga menjejaskan para remisier Bumiputera yang berada dalam industri, hidup segan mati tak mahu.

Jadi persoalannya kenapa keadaan ini berlaku?

Pada pandangan saya pertamanya kebanyakan Bumiputera tidak terdedah kepada aspek pelaburan ekuiti melainkan pelaburan dalam saham amanah. Kurangnya pendedahan ini antaranya disebabkan oleh jumlah remisier yang kecil di pasaran kalau dibandingkan dengan nisbah penduduk negara ini. Dalam hal ini terdapat lebih daripada 20,000 agen saham amanah, kad kredit dan juga insuran namun demikian terdapat kurang daripada 4000 remisier yang aktif di pasaran.

Keduanya keadaan pasaran yang kurang memberansangkan yang tidak dapat menarik minat mereka untuk memasuki pasaran saham. Kalau kita lihat dahulu pada tahun 1993 boleh dikatakan semua orang bercerita pasal saham disebabkan kenaikannya yang begitu tinggi ditambah pula dengan kecairan pasaran.

Ketiganya control measures yang lebih ketat yang dilaksanakan, contohnya pengenalan Broker Front End menggantikan SCORE. Dalam hal ini kawalan kredit dewasa ini menjadi lebih ketat. Kemudian pemendekan jangkamasa kontrak dari 7 hari kepada 5 hari dan sekarang 3 hari telah menjejaskan pelabur runcit.

Kelimanya agihan unit terbitan awam yang mendahulukan institusi secara tak langsung menyebabkan kurangnya penglibatan pelabur baru di pasaran.

Keempatnya kenaikan purata household debts yang melebihi 70% daripada pendapatan isi rumah menunjukkan kebanyakan orang tak punya lebihan bagi tujuan pelaburan memandangkan wang tersebut dibelanjakan lebih kepada tujuan barang keperluan. Menurut kajian 50% daripada hutang isirumah itu adalah bagi membayar pembiayaan rumah yang dibeli. Seperkara lagi dewasa ini generasi baru lebih suka membeli pelbagai produk yang ada di pasaran daripada melaburkan wang tersebut.

Dan pelbagai sebab yang lain lagi.

Keadaan ini sebenarnya akan menjadi lebih teruk di masa akan datang kerana semakin lama ia semakin menurun akhirnya merugikan bumiputera itu sendiri kerana pengagihan kekayaan yang tak seimbang yang berlaku sedangkan pasaran saham adalah merupakan avenue utama bagi meningkatkan ekonomi diri serta keluarga.

Bila ditanya 95 peratus daripada responden mengatakan jawapan tak reti atau risiko tinggi dan hanya 5 peratus yang berani mencuba tapi tak tahu dimana hendak mencari pendedahan mengenainya. Ini menunjukkan pendedahan tentang pasaran saham secara individual dan caranya masih belum dijalankan secara efektif di negara ini. Pendedahan perlu dilakukan bermula dari peringkat sekolah secara meluas. Untuk pengetahuan anda, 50% rakyat Amerika Syarikat memegang saham secara individu.

Selain itu pada saya struktur saham terbitan awam mesti dipinda dengan melebihkannya kepada pelabur individu sepertimana yang dijalankan sebelum tahun 1997 dimana banyak individu yang terlibat dengan saham secara langsung atau tak langsung kerana kad pengenalan mereka dipinjam bagi tujuan membeli saham terbitan awam yang ditawarkan. Dewasa ini kebanyakan keuntungan terbitan saham baru ini pergi kepada institusi dan mengkayakan orang yang sudah kaya. Keadaan inilah yang menyebabkan pengagihan yang tidak seimbang itu sedangkan ia tak sampai kepada rakyat kebanyakan.

Struktur sebelum 1997
70 % - Pelabur Individu
20 % - Pelabur Institusi
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.

Struktur selepas 1997
70 % - Pelabur Institusi
20 % - Pelabur Individu
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.

Keadaan ini berlaku kerana kemerosotan harga saham yang menyebabkan saham-saham terbitan awam ini tidak diambil oleh pelabur individu jadi ia terpaksa diambil oleh underwriter saham tersebut. Namun demikian keadaan sudah berubah kerana pasaran saham telah kembali aktif dan control measures yang saya perkatakan tadi telah mengurangkan risiko kejatuhannya.

Mungkin strukturnya perlu dipinda sebegini;
50 % - Pelabur Institusi
40 % - Pelabur Individu
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.

dan seterusnya dipertingkatkan hingga kembali ke tahap seperti sebelum 1997 dahulu kerana keadaan ini akan meningkatkan pelabur individu disamping memberi pendedahan langsung dalam aspek pelaburan saham ini.

Perubahan struktur ini akan menyebabkan lebih ramai individu yang bakal terlibat. Bila tangan tercelup lambat laun mereka akan menyeluknya lebih dalam.

Setakat ini dahulu buat kali ini.

Faizal Yusup mengundur diri.

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Link perkhidmatan kami ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.  

' style='padding: 0; border: none;'/>

10 Mac 2011

TERAJU Anjur Makmal Bumiputera



KUALA LUMPUR 9 Mac - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan menganjurkan Makmal Bumiputera bermula 21 Mac ini bagi membincangkan penglibatan golongan itu dalam projek-projek kerajaan.

Makmal itu juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara agar setanding dengan kaum lain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husni Salleh berkata, makmal siri pertama tersebut akan membincangkan secara khusus peranan yang boleh dimainkan bumiputera dalam projek permulaan (EPP) yang merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Kami menyasarkan lebih 150 bumiputera terlibat dalam sembilan daripada 12 sektor yang terdapat dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

"Sektor yang dikenal pasti adalah minyak sawit, pertanian, minyak dan gas, pendidikan, pemborongan dan peruncitan, perlancongan, Greater Kuala Lumpur, kandungan komunikasi dan media serta perkhidmatan perniagaan,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Beliau berkata, makmal siri kedua akan menyusul selepas tamat siri pertama bagi membincangkan tiga sektor NKEA yang belum dibincangkan.

Makmal pertama akan berlangsung selama sepuluh hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dihadiri oleh agensi kerajaan, persatuan industri dan sektor swasta yang terlibat dengan NKEA.
Semasa makmal berlangsung, beberapa agenda dan ujian akan dilakukan terhadap peserta bagi mengesan kebolehan tersembunyi dalam diri mereka.

Tambah Husni lagi, Teraju berharap setiap organisasi yang terlibat akan menghantar pegawai kanan atau pegawai perancang strategik ke makmal tersebut bagi memperoleh hasil yang lebih memberangsangkan.

"Sejak bulan lalu, banyak organisasi menunjukkan minat mereka namun Teraju terpaksa memilih organisasi yang bersesuaian sahaja,'' jelasnya.

Orang ramai yang terlibat dengan sembilan NKEA tersebut dan berminat untuk menghadiri Makmal Bumiputera boleh menghubungi Teraju di talian 03-2050 3126 dan laman sesawang info@teraju.gov.my untuk pendaftaran.

Petikan daripada Utusan Malaysia 9 Mac 2011

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

NOVEL BERSIRI - KONFLIK CINTA - BAB 4 / BAH 3

Setiap insan ada rahsianya. Apa rahsia anda?
NOVEL BERSIRI - KONFLIK CINTA
BAB 4 – BAH 3



Mataku mencari-cari di celah orang ramai mencari jaket berwarna ungu milik Zila. Nampak! Dia sedang melangkah laju menuju ke pintu keluar. Nampaknya sekali lagi perkara yang sama berulang lagi. Nafsu seorang wanita “kicks in”. Dia tension lagi atas perkara yang sangat remeh. Hanya kerana Wati menelefon menyebabkan dia menjeruk hati dugaku.

Sepantas kilat aku bergerak mencapai sketch pad , pensel, beg dan jaket. Kopi yang tak berusik aku biarkan di situ. Aku berlari pantas mengejar Zila. Aku nampak kelibatnya melangkah menuju ke arah tempat letak kereta di belakang Hamilton Hall. Ada beberapa biji mata yang memerhatikan tingkahku tidak aku pedulikan. Dalam gegasanku aku terlanggar seorang pemuda berkulit hitam yang melintas di hadapanku. Dia hampir terjatuh sambil memekik memarahiku namun aku hanya sempat mengangkat tangan menyusun jari tanda memohon maaf atas kesalahanku itu.

Keadaan sejuk di luar, salji turun dengan deruan angin yang sedingin ais bertiup mengigit tulang.

Zila berlari-lari anak menuju ke arah kawasan tempat letak kereta yang terletak di belakang Hamilton Hall.

“ Zila! Zila! Tunggu Man kejap. ” Jeritku.

Dia langsung tidak menghiraukan panggilanku malah mengatur langkah yang lebih pantas.

“ Derauan angin bersalji yang bertiup kencang itu memedihkan muka namun ia takkan menghalang aku untuk memulakan larian pantas menuju ke arah Zila. ”  

Sejurus kemudian berdekatan Burnett Hall aku tiba di sisinya. Dia meneruskan langkahannya laju sesekali melompat mengelak kawasan salji yang tebal. Rambutnya yang ikal melambai-lambai dipuput bayu dingin yang bertiup menderu. Aku terus mengikut jejaknya dalam nada hati yang disentap seribu kegelisahan mencari jalan bagaimana ingin aku luahkan apa yang terbuku di penjuru sanubariku.

Tak ada kelibat sebatang tubuh manusiapun yang kelihatan dalam hujan salji yang tebal ini. Hanya kami berdua. Zila terus menuju ke keretanya yang penuh diselaputi salji lantas cuba membuka kunci kereta tersebut.

“ Zila, bagilah peluang pada Man untuk terangkan keadaan. Satu peluang yang terakhir. Kalau selepas ini Zila membenci Man sekalipun Man redha..” Tanganku memegang erat lengannya yang berlapis baju sejuknya yang tebal. Airmata jelas mengalir dari pelupuk matanya.

“ Masuklah... ” Jawabnya dalam keadaan teresak-esak selepas pintu dibuka. Salji yang melekat di pintu itu jatuh bertimpa ke bumi. Aku menuju ke sebelah kanan kereta dan masuk lantas duduk di tempat duduk penumpang. Cermin hadapan gelap dilitupi salji yang tebal.

Dalam kesejukan, Zila menghidupkan enjin kereta dan memasang heater . Wiper kereta tidak bergerak tersangkut kerana salji terlalu tebal. Aku mencapai suis lampu di atas kepalaku dan menyalakannya. Cahaya malap menerangi ruang dalam kereta Buick Grand Am buatan Amerika ini. Nampaknya kami tak dapat kemana-mana buat masa ni.

Aku memandangnya yang masih teresak-esak menangis. Airmata terus mengalir menuruni pipinya yang kemerahan-merahan. Kepalanya dibungkamkan ke atas steering kereta. Sesekali ia bergerak-gerak naik dan turun mengalunkan irama sendu tangisannya itu. Kehibaan suasana yang jelas terasa merobek-robek jiwaku.

 “ Maaf Zila, maafkan Man sekiranya Man ada melakukan kesalahan pada Zila... ” Hanya permohonan sebuah kemaafan yang terpacul keluar dari alur kerongkongku.

Dia terus membisu, hanya tangisan sendu yang kedengaran memecah keheningan.

“ Kenapa Zila menangis? ” Tanyaku dengan nada perlahan penuh kasih sayang.

“ Apa Wati nak? Tak cukup ke apa yang dia dah lakukan pada abang?  Zila sebenarnya sedih mengenangkan keadaan abang. Zila tahu macamana perasaan abang kerana Zila juga pernah melalui penderitaan seperti abang sejak kecil dan di sini di tempat ini jauh dari kesakitan Zila sangkakan kita boleh sama-sama hidup dalam ketenangan tetapi sangkaan Zila meleset sama sekali. Sekarang abang dipulaukan masyarakat. Zila juga terkena tempiasnya sama. Hidup ini kekadang tak adil bang!. Abang seorang insan yang baik, Zila tak pernah jumpa seorang lelaki yang sebaik abang tapi kenapa abang diduga dengan keadaan yang begini teruk? Kenapa bang? ”

Buat pertama kalinya Zila membahasakan diriku sebagai abang. Detik hatiku.

“ Bang, Zila sayang pada abang... Sudah sekian lama Zila menahan tangisan dan entah kenapa kali ini Zila menangis, Zila menangis kerana sayangkan abang..” Dia menelangkupkan kepalanya di bahuku. Airmata jelas menitis menuruni pipinya yang gebu. Tangisnya belum reda..

Tanggapanku selama ini meleset sama sekali. Aku menyangkakan yang dia tidak memahamiku tetapi diamnya selama ini adalah kerana dia bersedih dan tak tahan melihatkan keadaan bagaimana aku diperlakukan.

“ Tak apalah Zila. Zila janganlah menangis. Tiada apa yang hendak ditangiskan. Apa yang berlaku akan tetap berlaku. Abang percaya dengan penuh keyakinan yang semua berlaku atas kehendak Allah Taala. Pasti ada hikmah dan nikmatNya di sebalik semua ini. Sebagai makhluk Allah kita tak boleh menangis kerana makhluk yang sepadan dengan diri kita Zila. Kita hanya boleh menangis kerana Allah Taala. ” Ujarku lembut cuba mententeramkan sendu di penjuru hatinya. Di luar salji masih turun tanpa belas.

“ Zila tak peduli bang. Zila tak sekuat abang.. ”  Terdengar suaranya yang serak kebasahan tersekat-sekat dek sendu tangisan yang mendalam. Hatinya sebak dan kolam matanya seakan tak dapat menakung airmata yang mengalir berterusan. Aku mencapai beberapa helai tisu yang berada di tempat duduk belakang kereta itu lantas mengusap airmata yang membasahi pipinya.

Entah kenapa pada hari ini, pada saat ini, dalam ribut salji ini, dalam kegelapan ini hatiku terbuka luas untuk menceritakan segalanya pada seorang gadis yang mengasihi diriku ini, gadis yang bernama Zila. Segala janji yang aku meterai dengan hatiku sendiri dengan rela hati aku buka. Rahsia yang ingin aku simpan dan aku pendam jauh di lubuk hati aku bawa keluar.  Aku keluarkan dan buka isinya khas untuk tatapan Zila. Zila yang aku sayangi. Aku sanggup menerima apa juga akibat yang bakal berlaku di masa-masa mendatang.

Biarlah abang jelaskan semuanya pada Zila tapi berjanjilah yang Zila akan menyimpan rahsia ini sehingga ke akhir hayat.

“ Zila janji bang. ”

“ Malam itu Wati mengajak abang ke rumahnya kerana katanya dia ingin memberikan hadiah harijadi...

Akupun memulakan penjelasan mengenai apa yang terjadi antara diriku dengan Wati hinggalah ke peristiwa yang baru berlaku tadi. Sesekali matakan memandang ke luar. Suasana mendung kegelapan, salji masih turun dengan rakusnya tanpa belas kasihan.

Entah kenapa kisah itu tak terhenti di situ malah kisah penderitaanku dari kecil juga aku sampaikan pada Zila. Seakan menceritakan sebuah biografi yang panjang. Sesekali aku rasa sedih, mataku berkaca-kaca, seluruh tubuhku terasa seram sejuk, sesendiku terasa lemah, dadaku terasa sakit, manik-manik peluh tetap menitik walau dalam suasana yang sejuk... Aku terus-terusan bercerita. Aku mahu Zila tahu kisah sebenar hidupku. Di luar ribut salji mengiringi kisah sengsaraku ini. Kisah yang tak pernah aku ceritakankan kepada mana-mana jiwa sekalipun.

        Pada masa yang sama Zila hanya berdiam diri... tangisannya semakin dalam... Tersedu-sedu menyelami perasaanku ketika ini. Sesekali dia mengesat airmatanya dan sekali sekala tangannya mengusap, mengurut-urut belakangku. Belaian kasih sayangnya yang tulus ikhlas itu jelas terpancar dari sentuhannya yang lembut. Setiap sentuhan itu dapat kurasai mendamaikan sanubariku.

        Petang itu kami tenggelam dalam suasana kesyahduan, kesedihan yang amat dalam ditemani ribut salji yang seakan tidak mahu berhenti. Waktu seakan terhenti, terasa seakan hanya kami berdua dalam alam yang seputih salju sunyi sepi tanpa kehadiran insan lain di sisi. Dalam hamparan alam putih bersih yang terbentang meluas saujana mata memandang ini hanya kami berdua berada di situ menghargai kehadiran satu sama lain saling melengkapi, saling menyayangi dengan hati yang tulus sesuci salji yang yang berterbangan turun dari langit ke tujuh menimpa alam maya ini. Alam maya yang tidak kuketahui di mana kedudukan tempat dan masanya.

        Pada saat itu dua jiwa menjadi satu. Hatiku seakan berada di dalam hatinya. Aku dapat rasakan seolah-olah aku telah lama bertapak di dalam hati gadis ini, di sebuah tempat yang begitu aman tenteram penuh dengan kasih dan sayang. I believe this is where I belong. Di kejauhan rasa kalbu ada kuntuman bunga-bunga impian dan cinta mula mekar di antara kami berdua di kala itu. Akhirnya kami menobatkan cinta dan berjanji setia menjadi sepasang kekasih.

Bersambung...

' style='padding: 0; border: none;'/>

08 Mac 2011

Kelemahan Orang Melayu Meniaga



Setakat ini sudah beberapa kali saya pergi membeli kue teow kerang di gerai-gerai melayu yang berlainan. Selalunya saya akan membeli 5 atau 6 bungkus buat makanan sekeluarga.

Dan apa yang memelikkan saya ialah mereka atau tukang masak itu akan memasaknya satu demi satu. Jadi terpaksalah saya menunggu untuk mendapatkan kue teow tersebut.

Persoalan saya kenapa begitu? Bukankah lebih senang dan menjimatkan masa kalau ia dimasak kelima-limanya sekali serentak dan kemudiannya membahagikannya kepada 5 bahagian yang lebih kurang sama?

Kemudian bila saya membuat kajian kata mereka, mereka tak mahu menjejaskan rasa kue teow tersebut, rasa standardnya akan terjejas kalau dimasak dengan cara yang berlainan. Ini kerana mereka telahpun mempunyai sukatan yang tertentu untuk setiap kue teow yang dihidang. Yang peliknya pada satu ketika saya meminta kue teow itu tak pedas namun saya tetap mendapat kue teow yang pedas mungkin kerana inilah cara dan kaedah standard yang mereka tahu.

Adoiyai... Bukan apa, pada saya di sini terdapat banyak kelemahannya. Pertamanya ia membazirkan masa. Bila terdapat ramai pelanggan maka kita terpaksa beratur dalam satu jangkamasa yang panjang bagi mendapatkan kue teow tersebut. Kelambatan ini  boleh menyebabkan kita kehilangan pelanggan. Dalam zaman moden yang serba cepat ini sebenarnya kita perlu cepat dan cekap agar kita tidak ketinggalan. Bayangkanlah kalau Mc Donald menyiapkan burger anda dengan begitu lambat. Saya yakin ia pastinya akan menjejaskan perniagaan mereka kerana mereka akan kehilangan pelanggan. Dewasa ini kita nak cepat masa di Bank, di Hospital, berurusan di Jabatan Kerajaan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kita nak cepat nak masuk ke dalam tandas yang ada orang di dalamnya... kalau tak aniaya nanti. Hawhawhaw...

Rakyat di negara maju telahpun tahu akan perkara ini jadi mereka membudayakan diri untuk menjadi efisien dan menjalankan segala urusan dengan cepat, tangkas dan cekap. Lagipun akhir zaman masa setahun akan dirasakan seakan sebulan, sebulan pula akan dirasakan sehari dan begitu jugalah seterusnya.

Sekali lagi saya tekankan masa kehidupan hanyalah dianggarkan kira-kira 25,000 hari untuk setiap kita itupun kalau kita tak mati lebih awal dari itu. Jadi masa menantikan kue teow ini juga sebenarnya merupakan satu masa yang berharga. Peniaga kue teow itu bukan hanya membazir masa kehidupannya malah membazirkan masa pelanggannya yang menanti kue teow yang ingin dibeli.

Sebenarnya dalam apa juga yang kita lakukan, pertamanya janganlah bertangguh, keduanya carilah jalan untuk melakukan sesuatu itu dengan pantas dan berkesan agar kita dapat menjimatkan masa. Semua ini sebenarnya meningkatkan KPI (Key Performance Index) buat kita sebagai individu. Semua ini perlu kita budayakan ke dalam diri untuk menjadikan kita orang yang cemerlang. Masa yang dijimatkan itu pula boleh kita gunakan untuk aktiviti lain bagi meningkatkan produktiviti.

Kemudian, kerana ingin cepat disebabkan ramai pelanggan, kue teow itu dimasak dengan begitu cepat hinggakan sambal tumisnya tak cukup masak lantas menyebabkan masalah percernaan kepada mereka yang lemah tali perutnya. Sudahlah tu kita bayar RM3.50 untuk kue teow itu, dapatnya sedikit, udangnya seekor, kerangnya tiga ketul, sayurnya serupa tak ada... Adoiyai..

Nampaknya lain kali FY kena beli burgerlah... Hawhawhaw...

Sekian dahulu buat kali ini.

Salam sejahtera buat semua.
Buat abang kue teow.. jangan marah aaa...

' style='padding: 0; border: none;'/>