19 Februari 2011

SAYA NAK MELABUR SAHAM TAPI...


Kadangkala saya berasa pelik kenapa hingga kini tak ramai orang melayu yang berkecimpung dalam perihal saham ini. Mungkin pelaburan saham ini sama seperti permainan golf yang mana ia hanyalah untuk golongan orang yang berada.

Apapun bila saya fikirkan maka saya rasa ia melibatkan alasan-alasan berikut;

·         Tiada modal / tabungan / duit untuk melabur
·         Phobia / takut dengan pasaran saham
·         Pasaran saham adalah untuk orang kaya
·         Takut rugi
·         Terlalu complicated
·         Tak faham
·         Tak nak tahu
·         Pernah melabur dan mengalami kerugian
·         Dan lain-lain lagi.

Nampaknya keadaan ini saling tak tumpah seperti ketika kita diminta untuk menderma darah umpamanya maka dalam hal ini alasan-alasan ini pula yang timbul.

·         Darah saya kurang
·         Takut jarum
·         Saya tak layak menderma
·         Saya belum makan
·         Takut sakit
·         Darah saya bukan untuk orang lain
·         Dan pelbagai alasan lagi.

Beginilah kisahnya orang melayu orang kita. Begitu banyak alasan untuk gagal, untuk tidak bergerak kerana telah terbiasa berada dalam zon selesa.

Pada masa bangsa lain sudah memulakan perniagaan, kita dah jauh ketinggalan, pada masa bangsa lain dah lama buka bank, kita baru terhegeh-hegeh mahu berbuat demikian. Pada masa bangsa lain telah berjaya dalam sektor perkilangan dan pembuatan, kilang orang kita boleh dikira dengan jari. Kalau dapat pesanan dari luar negara kilang orang kita tak cukup kapasiti untuk mengeluarkan produk permintaan mereka itu. Pada masa orang lain dah maju dalam bidang pelaburan ini orang kita masih jauh ketinggalan di belakang.

Hai orang kita...

Yang peliknya,

Orang kita laju pulak bila bab pelaburan dalam pertaruhan bolasepak, 4 nombor ekor, skim cepat kaya, skim gores dan menang, MLM dan sebagainya. Pantang nampak orang datang pakai kereta mewah, jam dan handphone mewah maka menggelupurlah orang kita ingin jadi seperti mereka. Sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan keuntungan pada kadar segera. Tapi tahukah anda apa yang terjadi seterusnya?

Penutupnya ramai yang telah BERPUTIH MATA kerugian hingga semuanya tergadai tapi masih ramai juga yang masih tak serik-serik.

Kepada anda yang berada di luar sana yang dijodohkan dengan artikel ini, ambillah insiatif untuk memulakan pelaburan saham demi untuk meningkatkan ekonomi keluarga hari ini dan hari yang mendatang di masa tua nanti.

Kalau di ASB kita boleh mendapatkan pulangan dalam lingkungan 8%, buat masa ini di Bursa Malaysia kita boleh membuat keuntungan yang jauh lebih besar dari itu. Bangsa lain pada masa ini sanggup mengeluarkan duit mereka dari Fixed Deposit, menjual saham amanah, tidak membeli hartanah kerana pada masa saya menulis artikel ini pasaran saham begitu panas hingga menyebabkan mereka melabur kerana mereka tahu mereka boleh mendapatkan pulangan yang lebih tinggi di sini.

Fixed deposit hanya boleh memberikan pulangan sebanyan 5% kepada mereka, saham amanah pula telah berada di tahap yang tertinggi disebabkan kenaikan pasaran saham, ASB memberikan puangan sekitar 8%, Hartanah pula boleh memberikan pulangan sekitar 10% setahun berdasarkan lokasi pembelian hartanah tersebut, jadi pada masa ini Pasaran sahamlah tempat mereka menyimpan duit tersebut bagi mendapatkan pulangan yang tertinggi.

Mereka BIJAK mencari tempat pelaburan yang terbaik agar duit mereka membuat duit yang lebih banyak dan dikala Pasaran Saham lembab dan tak bermaya maka mereka akan keluarkan duit tersebut untuk dilaburkan ke dalam FD, Unit saham amanah, hartanah mahupuh perniagaan yang mereka jalankan. Dalam ertikata lain mereka SEDAR akan aspek DUIT dan bagaimana untuk memaksimakan pulangannya tak seperti orang kita.

Oleh yang demikian kalau anda ada modal minima dalam lingkungan RM5,000.00 dan kalau anda tak tahu bagaimana hendak memulakan pelaburan di Bursa Malaysia ini maka jangan malu dan jangan silu hubungi saya Faizal Yusup. Saya akan membantu anda memahaminya. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430
Faizal Yusup
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Second Floor, 
The CURVE, Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan.

HP : 016 666 7430

Berpengalaman dalam bidang saham sejak tahun 1996
Diploma In Investment Analysis UITM Shah Alam
BBS Finance (Investment) UNL, USA

Hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai pelaburan di Bursa Malaysia pada bila-bila masa.

' style='padding: 0; border: none;'/>

17 Februari 2011

BERPUTUS ASA / HILANG KEPERCAYAAN / HILANG KEYAKINAN


Kisah kali ini saya ingin menceritakan akan kisah manusia yang berputus asa dengan manusia yang lain oleh pelbagai sebab. Ini kerana dalam kehidupan saya yang pendek ini berkali-kali saya bertemu dengan individu yang punya sifat yang sebegini.

Mereka berputus asa / hilang kepercayaan / hilang keyakinan terhadap orang lain kerana pelbagai sebab. Ada yang berputus asa kerana tak berjaya memberi nasihat kepada seseorang itu, kerana orang itu ego dan besar kepala, kerana orang itu pernah menagih dadah / pernah masuk penjara / ditangkap berkhalwat / melakukan maksiat mahupun mereka hilang kepercayaan kerana orang itu tidak menepati janji, lemah, sakit dan banyak sebab lagi.

Saya juga pernah berada dalam keadaan yang serupa. Ada orang yang berputus asa pada saya jadi mereka menjauhkan diri, tidak lagi mempercayai dan sebagainya. Tak mengapalah apa yang penting ialah saya tidak pernah berputus asa pada sesiapapun walaupun mereka berputus asa terhadap saya. Namun demikian apa yang boleh saya simpulkan ialah manusia berubah. Dari masa kesemasa seseorang itu semakin matang dan kemungkinan besar mereka akan berubah walaupun dari segi zahirnya perubahan itu tidak ketara.

Hari ini mungkin seseorang itu penagih dadah atau mungkin seorang yang jahat namun demikian di masa yang akan datang mungkin dia telah insaf dan menjadi manusia yang baik. Hari ini seseorang itu mungkin bodoh dan tak boleh diharap dan sebagainya namun demikian di tahun-tahun yang mendatang dengan ilmu, kefahaman, kesedaran dan hidayah yang dikurniakan kepada mereka maka siapa tahu mereka mungkin akan menjadi seorang yang cemerlang.

Dalam hal ini memang ada segelintir manusia yang punya sifat berputus asa kepada manusia yang lain. Mereka sentiasa akan fokus kepada keburukan yang ada pada seseorang itu tanpa melihat dan fokus kepada kebaikannya mahupun perubahan yang telah berlaku dalam dirinya.

Janganlah begitu kerana sifat yang baik dalam aspek ini ialah untuk tidak berputus asa kepada sesiapapun. Ini kerana Nabi SAW tak pernah berputus asa terhadap umatnya dan yang utama sekali Allah Taala tak pernah berputus asa terhadap mana-mana makhlukNya. Itu pasti.

' style='padding: 0; border: none;'/>

08 Februari 2011

Maafkan saya, saya sibuk dengan pasaran saham...


Salam kembali kepada pengunjung Blog Faizal Yusup ini...

Maafkan saya kerana kebelakangan ini blog ini semakin berhabuk memandangkan saya tak berkesempatan untuk menjengoknya. Sebabnya seperti yang pernah saya terangkan dahulu, pasaran saham Bursa Malaysia sedang dalam jajaran menaik setelah lebih dua tahun ia menurun kerana masalah Sub Prime di Amerika yang menyebabkan kejatuhan pasaran saham global dan ini ditambah pula dengan masalah domestik disebabkan kekalahan BN dalam pilihan raya umum ke 12 tahun 2008 dahulu.

Apapun saya adalah seorang remisier yang minatnya menulis perihal kehidupan. Kalau dahulu saya punya banyak masa untuk menulis namun sekarang saya begitu sibuk di pasaran saham hingga kekurangan ruang untuk menulis.

Kalau difikirkan bila pasaran saham naik inilah masanya saya perlu membuka jala seluas-luasnya supaya banyak ikan yang masuk. Dalam ertikata lain saya IN THE ZONE pasaran saham buat masa ini. Siang hari saya di pasaran, petang dan malam pula digunakan untuk membuat pemasaran dan penyelidikan akan transaksi saham yang bakal dijalankan. Inilah pengisian masa harian saya kebelakangan ini.

Membuat penyelidikan saham baik analisa asas, kewangan mahupun teknikal merupakan asas yang yang penting bagi mendapatkan keuntungan kepada pelabur ataupun bagi mengurangkan risiko kerugian.

Apapun bab Pelaburan Saham ini adalah satu bab yang sangat KURANG dikisahkan oleh orang melayu kerana masih kurang pendedahan dan penglibatan orang kita dalam aspek ini tidak seperti kaum Cina dan bangsa maju yang lainnya.  Mungkin orang kita rata-rata lebih pandai dalam bab politik kalau dibandingkan dengan bab pelaburan saham ini.

Oleh itu kalau ada sesiapa di sini yang ingin melabur atau inginkan tunjuk ajar dalam bab Pelaburan Saham ini hubungilah FY. InsyaAllah saya sedia membantu. 

Okay setakat ini sahaja buat kali ini. Saya kena sambung buat penyelidikan ni...

' style='padding: 0; border: none;'/>

26 Januari 2011

BERADA DALAM ZON / TUMPUAN / FOKUS



Salam mesra di angin lalu...

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis mengenai topik ini. Topik yang baik untuk ramai orang. Topik in the zone atau berada di dalam zon.

Berada di dalam zon ini sebenarnya boleh digunakan di dalam pelbagai konteks baik kehidupan, perniagaan mahupun apa sahaja.
  • Kisahnya begini kadangkala saya bertemu dengan orang yang dalam perniagaan MLM dan mereka begitu In The Zone hinggakan kalau 2 jam pertemuan maka mereka tak ada cerita lain melainkan cerita kebagusan Produk dan perniagaan yang mereka lakukan. Ini disokong pula oleh kawan-kawan yang seangkatan dengannya.
  • Kemudian orang yang In The Zone dalam bidang perniagaan pula tak ada cerita lain melainkan perniagaan mereka. saban hari jasmani, rohani dan akal mereka berfikir dan berusaha untuk memaju dan mengembangkan perniagaan dengan apa juga cara yang yang boleh mereka fikir dan usahakan. Buka mulut, posting dalam internet, facebook, tweeter dan sebagainya semua berkenaan dengan perniagaan yang mereka jalankan.
  • Ada juga orang yang taksub In the Zone dengan kekasihnya, muziknya, ugamanya, politiknya, sukannya dan sebagainya.
Be in the zone dalam perniagaan anda boleh berjaya dalam perniagaan,  be in the zone dalam pelajaran, sukan dan sebagainya anda boleh berjaya dalam apa juga aspek yang anda tumpukan itu...

tapi adakah berada dalam zon ini baik atau tidak?

Biasalah dalam semua keadaan ada baik dan ada buruknya. Ada manfaat dan ada mudaratnya. terus terang hanya orang yang mengenal dan mengawal tindak tanduk dirinya akan tahu bila dia perlu berada dalam zon dan bila dia perlu keluar darinya. Maknanya takkanlah kita bercerita pasal perniagaan hingga kita lupa untuk bersilaturrahim, kita lupa untuk beribadah dan sebagainya.

Berada dalam zon ini baik bila kita sedang membuat satu projek dan untuk menyiapkannya dengan cepat maka kita perlu berada dalam zon. Kalau tidak kita akan melakukannya dengan sambil lewa dan membuang masa malah sumber yang berharga. Tapi ingatlah janganlah terlalu taksub untuk mengejar dunia hingga kita lupa akhirat. Percayalah taksub kepada sesuatu selain Allah Taala sebenarnya boleh memudaratkan diri.

So relax and enjoy your life!

' style='padding: 0; border: none;'/>

23 Januari 2011

Mencari Idea – Inspirasi Untuk Menulis


Alhamdulillah. Tahun 2011 menandakan genap 10 saya menjadi penulis. Saya mula menulis buku pertama iaitu buku genre Motivasi bertajuk Keluar dari Tempurung yang diterbitkan Utusan Publications dalam tahun 2001 dan tahun ini 2011 maka genaplah 10 tahun saya menjadi seorang penulis.

Apapun banyak yang telah berlaku sejak itu. Kalau dahulu ia mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk satu buku sekarang saya boleh menyiapkan satu buku dalam masa kurang dari sebulan. Kalau dahulu saya menulis genre motivasi sekarang saya boleh menulis novel. Kemudian saya juga telah mula menulis dalam blog semenjak penghujungtahun 2009 dan alhamdulillah sehingga kini blog saya masih dikunjungi pelayar-pelayar internet yang sedang mencari jawapan kepada persoalan kehidupan mereka. Apapun saya harap mereka bertemu dengan jawapannya di sini dan InsyaAllah banyak lagi yang ingin saya sampaikan dan saya harap Allah mengizinkan saya untuk terus-terusan berbuat demikian untuk satu jangkamasa yang panjang dengan harapan lebih banyak lagi perihal kehidupan yang akan dapat saya huraikan dengan ilham dan inspirasi yang dikurniakan Allah Taala.

Seperkara lagi tahun lalu saya menulis sejumlah 6 buah manuskrip kesemuanya dan ini merupakan jumlah yang terbanyak dan InsyaAllah semuanya akan terbit tahun ini. Buku novel remaja Trilogi Man Rempit, Buku Himpunan Cerita Lawak dan Teka Teki berjudul Jangan Senyum - (Tajuk-tajuk yang belum muktamad), kemudian novel Konflik Cinta, novel umum saya yang pertama dan novel remaja bertajuk Cinta Komuter. Bagi tahun 2011 ini saya pun tak tahu berapa banyak lagi buku yang akan saya tulis tapi yang pastinya saya akan terus-terusan menulis kerana penulisan telah sebati dengan diri saya. Di siang hari saya seorang Remisier yang menjalankan transaksi saham dan di malam hari pula saya bertukar peranan sebagai seorang penulis. Itulah rutin harian saya.

Susah juga nak jadi Faizal Yusup ni kan... Hawhawhaw...

Baiklah, topik kali ini adalah berkenaan dengan kisah mencari ilham, idea atau inspirasi.

Sebenarnya semenjak pertengahan bulan November iaitu semenjak saya menyiapkan manuskrip novel Cinta Komuter saya seakan tak punya ilham yang baru untuk menulis. Penulisan pada waktu itu seakan terhenti. Selama itu juga saya rasa pelik dan setiap kali saya cuba menulis karya yang keluar darinya bersifat hambar dan tak memuaskan hati. Mungkin kerana pada waktu itu saya memaksa diri untuk berkarya. Jadi selama waktu itu saya lebih banyak berehat. Merehatkan minda, mencari input baru dan sebagainya. Atau mungkin juga kenaikan pasaran saham menyebabkan saya sibuk membuat penyelidikan tentang kaunter-kaunter saham di pasaran.

Apapun dalam masa yang sama saya berdoa kepada Allah Taala agar dia memberikan inspirasi baru untuk saya menulis buku yang baru, buku yang boleh membantu dalam pembaikan ummah. Namun masa berlalu hari demi hari masih kosong. Tiada apa yang muncul.

Untuk pengetahuan anda semua saya selalunya menulis sesuatu yang saya tahu dan saya tak menulis sesuatu yang saya tak tahu atau kurang pengetahuan mengenainya. Atas sebab itulah kalau ada yang bertanya dan meminta saya menulis sesuatu yang saya tak tahu atau belum dikurniakan ilmu mengenainya maka saya tidak menulisnya kerana saya takut apa yang saya tulis itu tidak menepati matlamatnya.

Akhirnya Alhamdulillah dengan keizinan Allah minggu yang lalu ia datang dan saya telah mendapat plot keseluruhannya dalam akal fikiran ini dan yang tinggal hanyalah untuk menulis dan menyiapkannya. Pada ketika saya menulis artikel ini saya telahpun menulis 65 mukasurat manuskrip buku tersebut. Inilah yang dinamakan inspirasi dan saya cukup yakin ia datang dari Allah Taala kerana dengan kedatangannya ia membolehkan saya menulis dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Jadi buku kali ini mengenai apa? Buku kali ini juga merupakan buku novel tetapi pengisiannya adalah berkenaan dengan pelaburan saham dan InsyaAllah sesiapa yang membeli dan membaca akan mendapat tahu rahsia berkesan melabur saham di Bursa Malaysia.

InsyaAllah... Saya harap ia akan siap menjelang penghujung Februari nanti untuk saya hantarkan kepada penerbit.

Apapun doakanlah saya okay...

Sekian dahulu.

' style='padding: 0; border: none;'/>