Menurut Presiden PTS, Tuan Arief Rahmad, sudah mula kelihatan tanda-tanda yang jelas bahawa dalam masa setahun dua ini akan ada kumpulan penulis yang akan dapat menikmati royalti buku yang sama banyak, kalau pun tidak lebih banyak, dibandingkan dengan royalti album yang diterima oleh para penyanyi yang terkenal.
Perkembangan ini amat sihat bagi industri perbukuan dalam negara ini.
Saya yakin trend pembaca ini akan terus menaik di masa-masa yang akan datang. Ini kerana anak-anak generasi ini diterapkan dengan buku lebih dari mainan. Tak seperti kita dulu. La ni generasi baru ini telahpun berada dalam tahap remaja yang menyebabkan kenaikan penjualan buku novel remaja. Pada masa yang sama keterbukaan kepada input ugama juga tidak dapat dinafikan.
Lama kelamaan nilai pembacaan ini juga akan menjadi lebih matang kerana mereka tak mahu lagi membaca buku yang inputnya tidak membina diri atau kerana dia telah punya pengisian yang luas dalam diri hasil dari pembacaan dan pengalaman yang terdahulu.
InsyaAllah perkembangan ini akan berterusan dan rakyat kita satu hari nanti akan mencapai tahap 80% pembaca yang membaca 2 buku sebulan sepertimana di negara maju. Buat masa ini menurut statistik rakyat Malaysia membaca 2 buku setahun dan hanya kira-kira 15% adalah pembaca.
Penulis pula perlu sentiasa melakukan penyelidikan untuk terus berada selangkah di hadapan agar ia dapat menyampaikan pengisian yang dapat membangunkan bangsanya berterusan. Dewasa ini hanya terdapat 0.03 peratus penulis iaitu sekitar 10,000 orang sedangkan di negara maju 10% dari rakyatnya adalah penulis. Masih terdapat ruang yang sangat luas untuk kerjaya ini.
Saya juga yakin satu hari nanti akan ada penulis buku bestseller yang mana bukunya mencapai jualan 1 juta nashkah dalam negara ini. Ini bukanlah mustahil kerana kalau dibuat perbandingan dari apa yang saya tahu buku terlaris ialah buku SHIT tulisan Shahnon Ahmad yang mencapai jualan melebihi 600,000 naskah dengan nilai kontroversi dan politik, sedangkan album yang paling banyak terjual ialah Album Puji-Pujian Raihan yang terjual melebihi 1 juta album dengan penerapan nilai ugama.
Masalahnya populasi di Malaysia hanya 28 juta jadi ia akan mengambil masa untuk sampai ke tahap itu. Namun demikian sekiranya kita menulis dalam Bahasa Malaysia dan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris mahupun menulis terus dalam Bahasa Inggeris maka ia akan meluaskan pasaran ke tahap yang jauh lebih besar.
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.