29 Ogos 2009

Usain Bolt



Usain Bolt seorang pelari pecut dari Jamaica membuat kejutan lagi dalam Kejohanan Sukan Olahraga Dunia di Berlin, Jerman. Dia berjaya memecahkan rekod dunianya sendiri dalam acara 100 dan 200 meter pada 16 Ogos 2009 dengan catatan 9.58 saat dan 19.19 saat bagi kedua-dua acara tersebut. Ini genap setahun yang mana pada 16 Ogos 2008 di Kejohanan Sukan Olimpik Beijing, China beliau berjaya memecahkan rekod yang terdahulu dengan kelajuan 9.69 saat dalam acara 100 meter pecut.



Sebelum ini catatan larian 100 meter ini bergerak menurun dengan kadar yang begitu perlahan. Catatan 9.99 saat yang dicatat oleh Carl Lewis menurun sedetik demi sedetik sehingga 9.72 saat yang dicatat oleh Asafa Powell dalam jangkamasa 30 tahun. Sebelum kehadiran pelari berusia 22 tahun pada masa itu dengan ketinggian setinggi 6 kaki 5 inci tiada siapa yang dapat melepasi kelajuan dibawah 9.70 saat.


Namun dalam jangkamasa setahun sahaja Usian Bolt menurunkan catatan tersebut dari 9.69 kepada 9.58 saat dan ini sebenarnya merupakan sesuatu yang luarbiasa. Penurunan sebanyak 0.11 detik sesaat tak pernah dilakukan oleh mana-mana pelari pecut sekalipun.
Jadi apakah tujuan huraian saya dalam topik kali ini?


Sebenarnya bagi saya catatan yang dibuat Usain Bolt ini merupakan satu quantum leap atau satu lompatan yang mendekatkan manusia sejagat kepada Hari Kiamat.


Pelik bukan?


Soalannya mudah. Berapa lajukan seseorang manusia boleh berlari dalam jarak 100 meter dan kemudiannya rekod itu tak boleh dipecahkan lagi? 


Suatu hari nanti manusia akan sampai ke tahap keupayaan maksimanya dan rekod larian itu malah apa juga rekod yang ada tak akan dapat dipecahkan lagi walaupun dengan bantuan perkembangan sains dan teknologi yang canggih. Mana mungkin manusia dapat berlari 100 meter dalam masa 1 atau 2 saat malah 5 atau 6 saat.


Katalah paling pantas ia berhenti pada takat 8 saat dan kemudiannya tak dapat dipecahkan lagi walau segala sumber telah digunapakai, apa yang akan terjadi? Bukankah lama kelamaan acara ini akan menjadi membosankan malah semua acara renang, lompat tinggi, lontar peluru dan sebagainya akan menjadi begitu membosankan kerana tiada lagi rekod yang dapat dipecahkan.


Apa yang akan terjadi selepas itu? Mungkin acara lain akan dicipta. Acara 60 meter, 150 meter lari pecut contohnya telahpun mula dipertandingkan. Namun demikian hakikatnya tetap sama, acara yang sedia ada telah tiada lagi rekod baru yang dapat dicatatkan.


Bagi saya inilah antara petanda pengakhiran zaman dan Usain Bolt secara tak langsung mempercepatkannya.
                   
Fikir-fikirkanlah.


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.