22 Oktober 2011

TIP SAHAM TERKINI



Ramai yang bertanya pada FY mengenai tip saham apa yang boleh dibeli yang boleh menguntungkan dalam jangkamasa pendek dan panjang.

Sebenarnya ini merupakan satu soalan yang sukar FY jawab. Ini kerana tip saham boleh datang dari pelbagai sudut dan segi. Antaranya ;

Tip saham dari rumors yang kedengaran,
Tip saham dari news yang keluar,
Tip saham dari sindiket,
Tip saham teknikal,
Tip saham fundamental,
Tip saham yang baik untuk long term,
Tip saham yang baik untuk short term,
Tip saham yang buy low sell high,
Tip saham buy high sell higher,
Tip saham berisiko rendah,
Tip saham berisiko tinggi dengan pulangan yang tinggi,
Dan sebagainya.

Jadi tip saham yang mana satu yang sesuai untuk anda dengan strategi pelaburan dan modal yang anda ada?

Kalaupun FY berikan tip tersebut adakah ia merupakan masa yang sesuai untuk membeli saham yang FY nyatakan itu? Mungkin anda telah terlambat kerana harganya telah naik.

Memberi tip saham ini samalah sepertimana FY memberikan ikan kepada anda, sedangkan cara yang lebih baik ialah untuk memberikan joran, mengajarkan cara menangkap ikan dan sebagainya dengan harapan anda faham dan boleh menangkap ikan dengan sendirinya. Anda boleh tahu saham mana yang baik dan yang tak baik juga tahu bilakah masa yang paling sesuai untuk membelinya malah akan berapa jumlah yang baik untuk dibeli pada satu-satu masa berdasarkan nisbah tunai : saham yang boleh anda pegang.

Saham IPO MITI juga begitu. Kalau anda mendapat saham tersebut dan buat duit darinya samalah analogi anda mendapat ikan tetapi anda tak tahu bagaimana untuk memancing untuk mendapatkan ikan-ikan yang seterusnya.

Maka saranan FY ialah samaada anda datang ke pejabat FY di Petaling Jaya untuk FY kongsikan ilmu pelaburan saham ini atau datang ke Seminar Pelaburan yang FY kendalikan. Ilmu ini penting bagi anda mendapatkan gambaran keseluruhan dan dengan itu membolehkan anda menjadi pelabur yang bijak serta mendapat keuntungan dari pelaburan yang anda jalankan itu.


Ketahuilah melabur saham tanpa ilmu akan hanya meningkatkan risiko kerugian di pihak anda.

Sekian dulu.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.