02 Oktober 2011

Kisah Graduan Mengganggur


Isu graduan mengganggur telah menjadi isu nasional dewasa ini dan sering diperkatakan di media-media massa. Ada statistik yang mengatakan jumlahnya adalah 80,000 ada yang 50,000 dan ada juga 18,000. Antara sebab sebab yang selalu kita dengar ialah :

  • Kelemahan graduan
Graduan lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, ko kurikulum, PR, Komunikasi dan banyak lagi.

  • Pemilihan kursus
Kelulusan yang tak sesuai dengan penawaran kerja. Setiap kali bila ada kenaikan pada satu-satu sektor maka sektor itu akan diwar-warkan sebagai contoh di tahun 90an sektor IT ditiikberatkan hingga menyebabkan terdapat lebihan tawaran dalam sektor ini sekarang. Kebelakangan ini pula sektor bioteknologi pula dilaungkan.

  • Mentaliti
Kemudian mentaliti graduan yang tidak global pula menjadi masalah. Graduan pemalas, tidak produktif, tak peka kepada keadan semasa dan bermacam lagi. Hanya mahu bekerja berdasarkan kelayakan, tempat, kedudukan gaji dan sebagainya.

Tapi kalau dilihat faktor-faktor berikut juga merupakan satu masalah.

  • Polisi Kerajaan
Kerajaan Malaysia pada pendapat saya suka menjalankan polisi “trial and error” tanpa menjalankan penyelidikan jangkamasa panjang yang jitu. Inilah sebabnya mengapa kita dapat lihat pelbagai perubahan polisi yang berlaku dari masa ke semasa dari kebanyakan Kementerian.

Beberapa tahun dahulu tempoh pengajian ijazah dipendekkan kepada tiga tahun. Apa yang terjadi ialah selepas tiga tahun graduan yang mengambil kursus 4 tahun juga yang 3 tahun akan lulus dan keluar dari universiti dan ini menyebabkan bermulanya lambakan graduan di pasaran pada tahun tersebut.

Sebagai contoh mudah 100,000 graduan untuk 100,000 kerja. Tiba tiba ada 200,00 graduan untuk 100,000 kerja. Pasti ada yang menganggur.
Ini kerana polisi memendekkan tempoh pembelajaran tidak selari dengan penciptaan kerja.

Kemudian apa yang terjadi? Kerajaan memanjangkannya semula kepada 4 tahun bagi menangani masalah graduan yang menganggur ini.

  • Masalah Global
Keadaan ekonomi dunia dengan kenaikan harga minyak yang menjejaskan banyak syarikat, pertukaran dari tenaga kerja manual yang dilakukan manusia kepada “automation”, pengstrukturan semua syarikat dengan pengurangan tenaga kerja, pengurangan kos, Sistem perniagaan yang tidak lagi menggunakan orang tengah menyebabkan banyak syarikat yang menjadi agen gulung tikar, pertambahan populasi dan banyak sebab lain yang menyebabkan penawaran kerja semakin menurun.

  • Sektor Ekonomi
Di Malaysia beberapa sektor telah sampai ke tahap tepu yang mana ia menyebabkan pertumbuhan syarikat menjadi perlahan. Industri pembuatan di Malaysia menghadapi masalah untuk bersaing kerana isu harga pasaran yang semakin menurun sedangkan kos barang mentah terus meningkat.  Industri Pembinaan, Telekomunikasi dan Hartanah juga nampaknya mengalami nasib yang sama.

Lagipun dalam istilah Inggeris ia dipanggil zero sum game yang mana kalau dilihat dari segi ekonomi, kenaikan dan penurunan sektor dalam sesuatu industri seakan satu kitaran. Bila sesebuah negara itu mula membangun dimulakan dengan sektor pertanian kemudian dari bahan mentah yang ada bermulalah sektor pengeluaran industri. Bila mana negara memerlukan prasarana oleh yang demikian ekonomi berubah ke arah pembinaan dan bila ia menjadi tepu maka sektor yang dahulunya ketinggalan mula diambil kembali kerana ekonomi mula menjadi perlahan dan dana yang terkumpul juga menjadi tak bergerak.

Komoditi seperti getah dan kelapa sawit ada naik dan turunnya, sektor pembinaan ada naik dan turunnya. Ia berlaku bila semakin ramai pesaing dan semakin ramai pengeluar mengeluarkan produk yang serupa atau hampir serupa dan bilamana produk pertanian itu ditinggalkan bila ekonomi tertumpu pada pembinaan maka harganya komoditi tersebut semakin lama semakin meningkat.

Dari segi sejarah ekonomi negara ini dimulakan oleh sektor pertanian dan pengeluaran bahan mentah. Kemudiannya dari kesemua bahan ini bermulalah sektor industri. Pada masa ini sektor pertanian mula menurun. Pulangan yang diterima dari kesemua sektor membolehkan sektor pembinaan dijalankan dengan pesat. Dewasa ini pembinaan pesat ini telah menyebabkan industri ini menjadi tepu melainkan syarikat tersebut bersaing ke peringkat global. Kemudian dengan dana modal yang ada yang mana tidak digunakan mula mencari jalan untuk dipusingkan. Di sini bermulalah kembali kenaikan sektor pertanian yang telah lama ditinggalkan. Ini kerana ketidaktumpuan kepada sektor ini telah meninggalkan ruang yang luas untuk diperkembangkan.

Antara sektor lain yang masih mempunyai ruang untuk peningkatan ialah pendidikan, perlancongan, perkhidmatan perubatan dan banyak lagi

  • Perubahan budaya syarikat
Kalau dahulu syarikat menggajikan pekerja yang ramai namun dengan kemajuan teknologi menyebabkan semakin lama tenaga kerja manual sudah semakin berkurangan kecuali kepada kerja-kerja yang penting sahaja. Persaingan yang hebat di pasaran juga menyebabkan kos terpaksa dikurangkan dan kecekapan kerja mesti dipertingkatkan untuk bersaing. Kalau dahulu produk boleh dijual pada harga premium yang lebih tinggi namun sekarang tidak lagi. Disebabkan persaingan, keuntungan untuk sesuatu produk mahupun perkhidmatan menjadi semakin kecil. Oleh yang demikian, syarikat mesti mencari jalan untuk mengurangkan kos pengeluaran bagi mempertahankan keuntungan. Oleh itu pelbagai cara dilakukan antaranya dengan pengestrukturan semula, pengambilalihan, VSS dan lain-lain lagi.  

  • VSS
Voluntary Separation Scheme iaitu satu skim mengurangkan tenaga kerja di sesuatu syarikat dengan memberikan pampasan telah menjadi lumrah kebelakangan ini. Keadaan ini juga merupakan faktor penyumbang isu yang dihuraikan ini. Ini kerana pekerja yang diberhentikan adalah pekerja yang berpengalaman dan mereka kemudiannya bersaing dengan graduan yang baru lulus tanpa pengalaman bagi mendapatkan jawatan yang ditawarkan. Pada masa yang sama, mereka ini juga sanggup untuk menerima gaji yang lebih rendah kalau dibandingkan dengan gaji mereka sebelum ini. Keadaan ini sekaligus menipiskan peluang kerja kepada para graduan.

  • Lain-lain faktor

SARANAN

Sebagai graduan kita hendaklah peka untuk mencari kerja di industri yang masih mempunyai ruang untuk meningkat dan lakukan perubahan minda atau switch industry bila keadaan memerlukan kita berbuat demikian. Kita sebenarnya tak perlu kerja berdasarkan kelayakan yang kita ada. Apa yang penting ialah kita mendapat gaji yang selesa untuk kita meneruskan kehidupan. Andaikata kita mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan sivil dan keadaan industri pembinaan kurang memberansangkan, kenapa kita tidak menjadi seorang pensyarah sebagai contoh memandangkan kolej yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia dewasa ini pasti mempunyai kekosongan.

Mungkin juga syarikat atau kerajaan boleh memberikan pilihan bersara awal kepada pekerja yang melebihi 50 tahun lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak produktif dengan memberikan ganjaran yang bersesuaian. Saya percaya tindakan ini juga bakal memberikan ruang penawaran kerja kepada graduan mengganggur ini.

Selain itu faktor multitasking iaitu kepelbagaian keupayaan dan kebaranian untuk keluar dari Malaysian untuk bekerja juga merupakan aset bagi seorang graduan.

Apapun usaha itu tangga kejayaan

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.