18 Oktober 2011

Video Mengenai CFA (Chartered Financial Analyst)?


Setelah sekian lama meninggalkan dunia pembelajaran dan pengajian ini akhirnya FY mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran yang telah lama tertangguh untuk mengambil kursus professional CFA ini. Ia sebenarnya merupakan satu peperiksaan yang sukar dan setakat ini di negara ini hanya segelintir sahaja yang melepasinya. Di dunia pula terdapat lebih kurang 90,000 charter holder ini.

Bagi level 1 lebih 3000 mukasurat yang pelu dipelajari dan difahami untuk jangkamasa 7 bulan. Ini belum termasuk kelas-kelas pengajian yang berjumlah 146 jam semuanya. Mereka pula menyarankan antara 250 hingga 300 jam pembelajaran dan pastinya ia akan menjadi painstaking dan mencabar. Oleh itu FY perlu sentiasa fokus untuk lulus.

Jadi di sini apa yang FY cuba sampaikan ialah kemungkinan besar penglibatan FY di alam maya ini mungkin akan berkurangan baik dalam FB, Blog dan sebagainya. Namun FY akan cuba yang terbaik agar dapat terus menulis dalam blog ini.

Sekian dulu. 

Doakan kejayaan buat FY okay agar FY boleh menyumbang kepada anda dalam aspek kewangan dan pelaburan ini dengan lebih baik lagi. InsyaAllah.

Sekian dulu.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.