12 Ogos 2014

SAMBUNGAN KEPADA SURAT TERBUKA KEPADA PM


Assalamualaikum...

Hari ini portal berita semasa telah bermurah hati untuk memanjangkan surat terbuka FY kepada PM mengenai cadangan meningkatkan ekonomi rakyat negara ini melalui pemilikan ekuiti saham di Bursa Malaysia. FY harap ramai lagi di luar sana yang mengikut jejak langkah portal berita semasa ini dengan harapan rayuan dan cadangan penambahbaikkan ekonomi rakyat negara ini dapat didengari dan diterima oleh pemimpin negara ini dan seterusnya dilaksanakan demi kebaikan ramai.   

Apapun linknya adalah seperti berikut ;


Kepada wartawan serta portal Berita Semasa, hanya Allah Taala yang dapat membalas jasa baik kalian.

Pada hari Jumaat 15 Ogos, dua orang pegawai dan pengurus SC telah datang ke pejabat FY untuk menemuduga FY mengenai surat terbuka ini juga bertanya mengenai penglibatan pelabur runcit dalam Pasaran Modal. Mereka mahu menulis proposal dan membawanya kepada pihak pengurusan SC. 

Pada hari Sabtu 16 Ogos - FY emelkan surat terbuka ini kepada pihak Utusan, Harian Metro, Berita Harian, NST, TV3, RTM, SC dan Bursa Malaysia dengan harapan ada yang akan mengambil tindakan seterusnya.

Pada hari Isnin 18 Ogos nanti usul ini akan dibawa ke SC Industry Dialogue oleh Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.

Terima kasih sekali lagi.

Ikhlas,

FY
016 6667430
greng70@yahoo.com

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.